Gula Oh Gula....

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 20 Mei 2010 0 ulasan


Berita TV3 suku tadi dok ada berita pasal gula susah nak dapat balik, dulu sekali dah belaku bila naik harga ada balik sekejab.... lepas tu tak mandang balik.... Kosmo hari ni (4 Jun 2010) melaporkan PPDNKK nak kad jemputan kahwin untuk beli gula pada deme sebelum 3 hari majlis perkahwinan tersebut.... apa punya turrrr menteri yang berkenaan, sebelum tu ada satu kedai kalau nak beli gula kena tunjuk sijil nikah dulu, ada juga kena beli barang lain dulu sampai RM 100 ke atas baru dapat beli gula.

Perdana Menteri Melayu, Menteri berkenaan Melayu tapi nyusahkan orang Melayu, kalau dah tak boleh buat kerja turun dan letak jawatan, bagi yang berkelayakan, ramai lagi orang Melayu Islam boleh jadi PM dan Menteri lagi baik dari yang ada ini.

Bulan Ogos nanti kita nak sambut Ramadhan jawabnya dah tentu lagi susah nak cari gula, macam tahun lepas jugak, bila harga gula naik ada pulak.... yang untung kroni dan 'chukong' apa punya Menteri Melayu yang ada dalam Parlimen dok makan duit hasil titik peluh rakyat je..... bodoh punya kebinet 1Malaysia.

-mp-

| edit post

Tenaga Nuklear

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 18 Mei 2010 0 ulasan


Malaysia sedang mengkaji tenaga nuklear untuk kegunaan elektrik bagi pengguna di masa hadapan, tapi masalahnya adakah selamat digunakan? Kita takut macam mana berlakunya peristiwa kebocoran radio-aktif seperti di Chernobyl Rusia, apa yang dibimbangi tahap keselamatan nuklear tersebut..... sebabnya 1Malaysia ni buat ape pun runtuh, buat stedium runtuh, buat jambatan runtuh, buat jejatas runtuh, jadi kita takut buat logi nuklear runtuh jawabnye haru biru la dan kesan radio-aktifnye yang amat-amat merbahaya dan memakan masa yang lama untuk pulih.

Ada ura-ura Negeri Perak tak kesah jika loji nuklear didirikan di Perak, tapi pada saya janganlah dibuat di negeri ini ataupun di 1Malaysia sebab resikonya tinggi. Tapi kalau nak buat juga di 1Malaysia ni tempat yang sesuai tu banyak juga, antaranya;
i. Sebelah pejabat PM di Putrajaya
ii. Bangunan UMNO di PWTC
iii. Berhampiran Bukit Aman
iv. Kat belakang rumah Saifool Bukhari.....hehehe....

p/s:- ini satu lagi projek membodohkan orang melayu dan menipu rakyat malaysia, projek untuk bagi kroni kaya raya dan membazirkan wang rakyat, ada jaminankah bil elektrik jadi lagi murah, gula pun KERA jaan BN tak boleh kawal dok bagi rakyat susah hari-hari......

-mp-


| edit post

Rangkuman.....

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 15 Mei 2010 0 ulasan

Seminggu dua minggu ini sebuk sikit dengan hal ehwal peribadi... lama tak update blog...
Banyak berita 'panas', berita 'suam-suam kuku' dan berita sejuk mutakhir ini...

PANAS - Isu pilihanraya kecil Sibu:
Tak tahu le kalau kalah lagi Pakatan Rakyat jawabnnya harga barang dan kos kehidupan akan naik lagi, ini pun gula dah payah nak dapat di beberapa negeri itu adalah tanda-tanda jelas yang harga gula nak naik lagi, kalau harga gula naik maksudnya harga barang yang bersangkutan dengan gula akan naik juga, menteri apa tahu serapan pagi pun di hotel......., KERA jaan BN pun canang le jika gula berlebihan nanti dapat bermacam-macam penyakit kemudian hospital pun diswastakan.... padan dengan muka penyokong UMNO dan aku.... siapa susah? Rakyat, siapa senang-lenang dan kaya-raya? Menteri dan kroninya.....


SUAM-SUAM KUKU - Isu Polis:
Banyak pihak menuntut supaya Polis meminta maaf pada keluarga remaja yang tertembak tempoh hari, pada saya Polis tak payah minta maaf pada mereka, kerana mereka (Polis) hanya menjalankan tugas pada ketika itu, cuba bayangkan jika negara 1Malaysia ni tiada Polis, apa akan jadi dengan kita, nyawa kita, harta kita dan keluarga kita, jangan kita menunding jari kepada pihak Polis sahaja, cuba kita jadi warganegara yang baik dan sentiasa mengikut dan patuh pada undang-undang dan Polis pula jadilah anggota yang baik serta berhemah tinggi dalam menjalankan tugas dah tentu negara ini aman damai, sekarang ni pun banyak kes jenayah berlaku dan di tambah dengan pendatang asing yang memasuki secara haram di 1Malaysia ni.....

SEJUK - Isu Mohd. Saiful Bukhari Azlan:
Siapa dia, seorang jejaka tampan bergaya dan macam ala-ala lelaki berwatak lembut, beliau telah membuat laporan Polis yang beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yakni majikan beliau dan sedang dibicarakan di mahkamah, isu ini mencuri tumpuan dan jijik untuk dibaca bagi yang tengah makan.... "saya tidak membasuh dubur saya untuk menyimpan bukti".... selepas dua hari di........ lu pikir la sendiri....... wekkkkk

p/s:- nak komen pasal isu Polis, Unit SB Politik dan F.R.U sahaja yang saya tak suka sebab mereka ini memehak pada kepada UMNO dan BN..... berkerjalah secara adil, jujur, mesra rakyat dan berhemah sebab tuan-tuan akan ditanya di akhirat kelak.....

-mp-

| edit post

RM 130 Juta Untuk Sekolah Tamil

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 2 Mei 2010 0 ulasan


Kosmo 2 Mei 2010 di muka surat 4 ruangan semasa ada berita tajuk: 'RM 130 juta naik taraf sekolah Tamil' oleh KERA jaan 1Malaysia, WOW banyak tu, seronok deme, bangga walaupun menjadi kaum ketiga terbesar di 1Malaysia dan mendapat layanan 'istemewa' serta boleh tuntut macam-macam.

Minta KERA jaan 1Malaysia jangan abaikan dengan kaum nombor 1 terbesar di 1Malaysia ni dah le, kesian tengok bangsa Melayu yang masih merempat dan susah di bumi sendiri, jangan esok orang Melayu kata "kera di hutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan", kekadang tu ada sesetengah bangsa di 1Malaysia ni bila diberi sesuatu tak tahu berterima kasih pada bangsa yang menjadi Yang Di Pertuan tanah Melayu ni, dan tuntut macam-macam lagi, sebabnya deme ni buta sejarah dan lupa asal usul datuk nenek moyang deme.... fikir-fikirkan le......

p/s:- kesian kat bangsaku Melayu Islam di Tanah Melayu ni....masih ada yang susah walaupun tanah Melayu dah merdeka 53 tahun, bangsa Melayu masih ketinggalan dalam semua lapangan, tapi kesian lagi pada orang Melayu yang tak sedar-sedar dan tak nak berubah tukar kerajaan....kesian....

-mp-

| edit post