Hebatnya Melayu

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 13 Ogos 2012 0 ulasan

Kaum Melayu memang hebat di Malaysia ini. Apa kehebatan kaum Melayu ini? jawabnya banyak sekali. Apabila bulan Ramadhan datang di situlah letaknya kehebatan kaum Melayu ini, bukan kerana puasanya atau solat sunat terawihnya (sepatutnya itulah letaknya kehebatan kaum Melayu) tetapi kerana kepakaran membuat mercun buatan sendiri, walaupun setiap tahun ada sahaja mangsa mercun buatan sendiri, tetapi kaum Melayu ini tidak serik-serik untuk menunjukkan kebodohan tahap cipan mencipta mercun buatan sendiri, adakah mereka ini berjaya? Jawapannya tidak.... malah mereka akan menderita dengan kecacatan seumur hidup meraka dan ada juga mangsa yang mati 'katak'. Tulisan ini bukan tujuaan untuk menghina mereka tetapi adalah untuk menyedarkan meraka dan juga 'bakal' pencipta mercun buatan sendiri. Ini adalah perbuatan yang sia-sia disamping mereka juga boleh dikenakan dengan tindakan undang-undang Negara yang membolehkan mereka didenda dan dipenjara.

Sedarlah wahai kaum Melayu, jadilah satu kaum yang dihormati dan disanjung tinggi, kalau kita cacat ataupun mati mempertahankan Negara itu adalah satu pengorbanan yang tinggi. Apa yang memalukan kita ialah apabila tiba perayaan kaum-kaum lain sebagai contoh kaum India dan kaum Cina tiada pula kes-kes yang melibatkan kecederaan atau kematian kerana mencipta mercun buatan sendiri. Kalau kita pergi lagi jauh banyak lagi 'kehebatan' kaum Melayu ini; sebagai contoh kaum Melayu juga menjadi juara di pusat-pusat Seranti diseluruh Negara, kaum Melayu juga yang menjadi juara bunting @ mengandung anak luar nikah, kaum Melayu juga yang menjadi juara 'haruan makan anak', kaum Melayu juga juara 'mat rempit', kaum Melayu juga menjadi juara berpeleseran dan ber'disko' di kelab-kelab malam dan kaum Melayu juga menjadi juara bagi kes-kes jenayah.

Kenapakah perkara ini belaku? Jawapannya ialah kerana kita telah meninggalkan Islam sebagai Ad-din dan pegangan hidup kita. Kembalilah kita kepada Agama Islam secara keseluruhannya supaya kita dapat mendapat Rahmat dan Redho ALLAH Aza Wajjala.

-mp-

| edit post
Dicatat oleh -matparit- Isnin, 14 Mei 2012 0 ulasan

Caya la Y.B Nizar!!!!


Malam kelmarin YB Nizar hadir ke ceramah UMNO di Tualang Sekah dan dengan selambanya duduk bersama-sama orang UMNO.... caya la YB Nizar.... Taqbir!!!!



p/s:- berani kerana benor...

-mp-

| edit post
Dicatat oleh -matparit- Ahad, 13 Mei 2012 0 ulasan

Rangkuman Berita Tertinggal

Pertama kali  saya mohon maaf kerana sudah lama tidak mem'blog' disebabkan kesebukkan tugas hakiki dan peribadi. Semenjak pakai tab ni tertinggal komputer retro di rumah.

Nampak gayanya pilihanraya umum semakin hampir, desas desus mengatakan esok (Isnin) 14.5.2012 hari pembubaran Parlimen... kita tunggu dan lihat, sama ada ianya benar atau tidak... tunggggguuuuu... (dah macam melodi la pulak) Apa-apa pun kita kena siap sedia untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya umum kali ini.

Rasanya sempat lagi saya nak ucapkan taniah kepada "Bersih 3.0" diatas kejayaan untuk menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya berlaku adil untuk pilihanraya umum kali ini... (harap-harap belaku adil ler...) jika tidak berlaku adil Tuan Guru Nik Aziz berkata kita akan adakan "Bersih 4.0" pula dan insyaAllah 1 juta orang pula akan turun ke Dataran Merdeka.

Akhirnya kita tunggu dan lihat akan perubahan besar di Malaysia untuk pilihanraya umum kali ini. Bagi yang beragama Islam kita hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t dan berserah diri kepadaNya supaya kebenaran akan tertegak dan Syiar Islam dapat dilaksanakan 100% di dalam negara yang kita cintai ini. (InsyaAllah.... taqbir!)

-mp-

| edit post

Kaum Nabi Lut Muncul Kembali

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 12 November 2011 1 ulasan


(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam - Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. (Surah Al-Qamar: 33-36)

Bagi orang yang beriman bergetar jiwa mereka apabila mendengar peringatan daripada ALLAH S.W.T. bagi yang tidak beriman tiada perasaan takut dengan bala dan azab ALLAH S.W.T di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Baru-baru ini ada ura-ura hendak diadakan Program Seksualiti Merdeka. Program ini menjurus kepada perhimpunan seks bebas dan perhimpunan untuk seks kaum sejenis sama ada lelaki dengan lelaki (homoseksual) atau perempuan dengan perempuan (lesbian).

Persoalannya disini kenapa hendak dibuat (dosa besar itu) di negara Malaysia yang mejoritinya orang Islam dan agama rasmi negara inipun agama Islam. Tidakkah kita takut dengan azab ALLAH S.W.T atau sengaja kita menempah bala dari ALLAH S.W.T, kenapa kita hendak melayan perkara yang begitu sensitif bagi umat Islam. Adakah kita telah lupa tentang kisah kaum Nabi Lut yang mengamalkan hubungan seks kaum sejenis dimana ALLAH S.W.T telahpun menurunkan balaNya yang Maha dasyat sehingga kaum Nabi Lut ini pupus dimuka bumi satu masa dahulu. Kenapa kita biarkan orang yang mengamalkan hubungan seks sejenis ini subur semula di dunia ini lebih-lebih lagi di negara Malaysia ini. Adakah kita telah lupa dengan peringatan ALLAH S.W.T di dalam Al-Quran tentang kisah kaum Nabi Lut.

Mungkin juga kita telah lupa tentang kisah kaum Nabi Lut itu kerana Kerajaan yang ada sekarang ini bukannya Kerajaan yang mahu MENDAULATKAN ISLAM SEPENUHNYA seperti yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T melalui RasulNya Nabi Muhamad s.a.w., Undang-Undang Islam pun tidak dilaksanakan walaupun kita telah merdeka selama 54 tahun. Maka dengan ini wajiblah bagi orang Islam yang beriman menolak kerajaan BN ini di dalam pilihanraya yang akan datang, supaya Undang-Undang ALLAH S.W.T dapat tertegak di Malaysia tanah air yang tercinta ini.

p/s:- dengor cerite yang hendak menganjurkan Program Seksualiti ini orang terpelajor belake tapi otak letak kat lutut, ce pekior kalau dah jantan dengan jantan dan betine dengan betine mana nak datang zuriat untuk nyambung keturunan demer. Agak-agak nyer demer tu datang dari maner ye... dari lubang jubor demer kut... tengin (bodoh) bebenor demer tu ye.... demer lupe kut yang demer tu asai dari emak bapak demer.... lagi satu kalau demer kene AIDS nanti demer mampus dah bersedia ker demer nak ngadap ALLAH... cer pekior cer pekior dengan iman.....

-mp-

| edit post

"Selamat Menyambut Hari Raya Eid'al-Adha"

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 5 November 2011 0 ulasan


"Selamat menyambut hari raya Eid'al-Adha, maaf zahir dan batin" buat yang mengenali diri ini, sanak saudara, sahabat handai, blogger-blogger dan kangkawan sepejuangan semoga kita bergembira di hari yang berbahagia ini.

Marilah kita KORBANkan kepercayaan bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia ini. Yakinlah dengan sebenar-benar yakin bahawa hanya ALLAH S.W.T sahaja yang MAHA BERKUASA untuk menjatuhkan pemimpin dan mengangkat pemimpin lain di atas izinNYA dan kehendakNYA, kita hanya perlu berusaha keras, berdoa dan seterusnya tawakal kepada ALLAH S.W.T.... InsyaALLAH.

p/s: jom kita KORBANkan umno dan BN dipilihanraya yang akan datang ini...

-mp-

| edit post


Semalam berita TV3 dan pagi ini dimuka depan Kosmo heboh pasal mata pelajaran Sains dan Matematik yang sekarang ini diajar dengan menggunakan dwi bahasa akan diajarkan semula dalam bahasa MELAYU sepenuhnya bermula 2016 bagi sekolah rendah dan 2021 bagi sekolah menengah. (mudah-mudahan BN dah tumbang pada masa tu...) dari segi kosnya pula melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Isu ini saya sudah komen semasa mula-mula ia hendak dilaksanakan sebabnya ini akan menggagalkan sebilangan besar murid berbangsa Melayu terutamanya di luar bandar untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Ini sebenarnya agenda tertentu dari puak-puak tertentu untuk menjatuhkan bangsa Melayu dari segi pembelajaran dan perkerjaan di dalam sektor kerajaan dan swasta. Pemimpin Melayu di dalam BN ini pula sebagai 'pak turut' dan otak dikepala lutut tidak dapat berfikir secara resional. Sekarang ini pun kaum Melayu jauh tertinggal dari semua segi berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini.

Disini timbul beberapa persoalan yang wajib Pemimpin UMNO yang kata mereka hendak membela nasib Bangsa Melayu menjawabnya secara jujur;
i. Kenapa kita perlu tunduk dengan desakan kaum lain?
ii. Kenapa kita tidak mendaulatkan bahasa Melayu dan meWAJIBkan semua bangsa bertutur di dalam bahasa Melayu?
iii.Kenapa kita mengagungkan bahasa Inggeris satu bangsa yang pernah menjajah kita?
iv. Kenapa kita tidak mencotohi negara Jepun, Korea, China dan negara-negara lain di dunia ini yang mengagungkan bahasa ibundanya sendiri tetapi terus maju di dunia?
v. Kenapa kaum-kaum lain yang lahir di negara ini masih bercakap tunggang-langgang dan pelat semacam bila bercakap menggunakan bahasa Melayu?
vi. Kenapa pendatang asing contoh dari negara Nepal, Afrika, Bangla, China dan India boleh dengan cepat menguasai bahasa Melayu berbanding dengan kaum lain yang lahir di negara ini tetapi masih pelat lagi?
vii. Kenapa ada ura-ura hendak dijadikan bahasa Inggeris salah satu mata pelajaran wajib lulus di dalam SPM?
viii. Kenapa kaum Negro di Amerika tidak tahu cakap 'negro' sebaliknya terus tahu cakap 'amerika' tidak macam kaum lain di Malaysia ini yang masih pelat berbahasa Melayu?
ix. Kenapa sudah 54 tahun merdeka pemimpin Melayu UMNongok tidak berjaya mendaulatkan bahasa Melayu di negara ini?
x. Kenapa ada sesetengah Melayu koperat@keparat bercakap sesama Melayu menggunakan bahasa penjajah lagi?

Kesimpulannya mudah, kalau kita bangsa Melayu itu sendiri pun tidak menDAULATkan bahasa Melayu adakah kaum-kaum lain hendak mendaulatkan bahasa Melayu itu? Sedarlah BANGSA MELAYU bahawa bahasa itu adalah jiwa bangsa. Jika kita menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu di Malaysia ini barulah kaum-kaum lain menghormati BANGSA MELAYU yakni yang diperTUAN TANAH MELAYU di Malaysia ini.

p/s: fikir-fikirkan lah...

-mp-



| edit post

Raja yang tunduk kepada RAJA segala Raja

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 3 November 2011 0 ulasan



p/s: hayatilah titah Sultan Brunai ini, jangan jadi macam Najib...

Nota: Diambil dari Malaysiaberih.blogspot.com, Youtube.

-mp-

| edit post