Bahasa Inggeris vs Bahasa Malaysia

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 5 November 2011


Semalam berita TV3 dan pagi ini dimuka depan Kosmo heboh pasal mata pelajaran Sains dan Matematik yang sekarang ini diajar dengan menggunakan dwi bahasa akan diajarkan semula dalam bahasa MELAYU sepenuhnya bermula 2016 bagi sekolah rendah dan 2021 bagi sekolah menengah. (mudah-mudahan BN dah tumbang pada masa tu...) dari segi kosnya pula melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Isu ini saya sudah komen semasa mula-mula ia hendak dilaksanakan sebabnya ini akan menggagalkan sebilangan besar murid berbangsa Melayu terutamanya di luar bandar untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Ini sebenarnya agenda tertentu dari puak-puak tertentu untuk menjatuhkan bangsa Melayu dari segi pembelajaran dan perkerjaan di dalam sektor kerajaan dan swasta. Pemimpin Melayu di dalam BN ini pula sebagai 'pak turut' dan otak dikepala lutut tidak dapat berfikir secara resional. Sekarang ini pun kaum Melayu jauh tertinggal dari semua segi berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini.

Disini timbul beberapa persoalan yang wajib Pemimpin UMNO yang kata mereka hendak membela nasib Bangsa Melayu menjawabnya secara jujur;
i. Kenapa kita perlu tunduk dengan desakan kaum lain?
ii. Kenapa kita tidak mendaulatkan bahasa Melayu dan meWAJIBkan semua bangsa bertutur di dalam bahasa Melayu?
iii.Kenapa kita mengagungkan bahasa Inggeris satu bangsa yang pernah menjajah kita?
iv. Kenapa kita tidak mencotohi negara Jepun, Korea, China dan negara-negara lain di dunia ini yang mengagungkan bahasa ibundanya sendiri tetapi terus maju di dunia?
v. Kenapa kaum-kaum lain yang lahir di negara ini masih bercakap tunggang-langgang dan pelat semacam bila bercakap menggunakan bahasa Melayu?
vi. Kenapa pendatang asing contoh dari negara Nepal, Afrika, Bangla, China dan India boleh dengan cepat menguasai bahasa Melayu berbanding dengan kaum lain yang lahir di negara ini tetapi masih pelat lagi?
vii. Kenapa ada ura-ura hendak dijadikan bahasa Inggeris salah satu mata pelajaran wajib lulus di dalam SPM?
viii. Kenapa kaum Negro di Amerika tidak tahu cakap 'negro' sebaliknya terus tahu cakap 'amerika' tidak macam kaum lain di Malaysia ini yang masih pelat berbahasa Melayu?
ix. Kenapa sudah 54 tahun merdeka pemimpin Melayu UMNongok tidak berjaya mendaulatkan bahasa Melayu di negara ini?
x. Kenapa ada sesetengah Melayu koperat@keparat bercakap sesama Melayu menggunakan bahasa penjajah lagi?

Kesimpulannya mudah, kalau kita bangsa Melayu itu sendiri pun tidak menDAULATkan bahasa Melayu adakah kaum-kaum lain hendak mendaulatkan bahasa Melayu itu? Sedarlah BANGSA MELAYU bahawa bahasa itu adalah jiwa bangsa. Jika kita menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu di Malaysia ini barulah kaum-kaum lain menghormati BANGSA MELAYU yakni yang diperTUAN TANAH MELAYU di Malaysia ini.

p/s: fikir-fikirkan lah...

-mp-



0 ulasan

Catat Ulasan