Hebatnya Melayu

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 13 Ogos 2012

Kaum Melayu memang hebat di Malaysia ini. Apa kehebatan kaum Melayu ini? jawabnya banyak sekali. Apabila bulan Ramadhan datang di situlah letaknya kehebatan kaum Melayu ini, bukan kerana puasanya atau solat sunat terawihnya (sepatutnya itulah letaknya kehebatan kaum Melayu) tetapi kerana kepakaran membuat mercun buatan sendiri, walaupun setiap tahun ada sahaja mangsa mercun buatan sendiri, tetapi kaum Melayu ini tidak serik-serik untuk menunjukkan kebodohan tahap cipan mencipta mercun buatan sendiri, adakah mereka ini berjaya? Jawapannya tidak.... malah mereka akan menderita dengan kecacatan seumur hidup meraka dan ada juga mangsa yang mati 'katak'. Tulisan ini bukan tujuaan untuk menghina mereka tetapi adalah untuk menyedarkan meraka dan juga 'bakal' pencipta mercun buatan sendiri. Ini adalah perbuatan yang sia-sia disamping mereka juga boleh dikenakan dengan tindakan undang-undang Negara yang membolehkan mereka didenda dan dipenjara.

Sedarlah wahai kaum Melayu, jadilah satu kaum yang dihormati dan disanjung tinggi, kalau kita cacat ataupun mati mempertahankan Negara itu adalah satu pengorbanan yang tinggi. Apa yang memalukan kita ialah apabila tiba perayaan kaum-kaum lain sebagai contoh kaum India dan kaum Cina tiada pula kes-kes yang melibatkan kecederaan atau kematian kerana mencipta mercun buatan sendiri. Kalau kita pergi lagi jauh banyak lagi 'kehebatan' kaum Melayu ini; sebagai contoh kaum Melayu juga menjadi juara di pusat-pusat Seranti diseluruh Negara, kaum Melayu juga yang menjadi juara bunting @ mengandung anak luar nikah, kaum Melayu juga yang menjadi juara 'haruan makan anak', kaum Melayu juga juara 'mat rempit', kaum Melayu juga menjadi juara berpeleseran dan ber'disko' di kelab-kelab malam dan kaum Melayu juga menjadi juara bagi kes-kes jenayah.

Kenapakah perkara ini belaku? Jawapannya ialah kerana kita telah meninggalkan Islam sebagai Ad-din dan pegangan hidup kita. Kembalilah kita kepada Agama Islam secara keseluruhannya supaya kita dapat mendapat Rahmat dan Redho ALLAH Aza Wajjala.

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan