Rangkuman Berita Tertinggal
Pertama kali saya mohon maaf kerana sudah lama tidak mem'blog' disebabkan kesebukkan tugas hakiki dan peribadi. Semenjak pakai tab ni tertinggal komputer retro di rumah.
Nampak gayanya pilihanraya umum semakin hampir, desas desus mengatakan esok (Isnin) 14.5.2012 hari pembubaran Parlimen... kita tunggu dan lihat, sama ada ianya benar atau tidak... tunggggguuuuu... (dah macam melodi la pulak) Apa-apa pun kita kena siap sedia untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya umum kali ini.
Rasanya sempat lagi saya nak ucapkan taniah kepada "Bersih 3.0" diatas kejayaan untuk menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya berlaku adil untuk pilihanraya umum kali ini... (harap-harap belaku adil ler...) jika tidak berlaku adil Tuan Guru Nik Aziz berkata kita akan adakan "Bersih 4.0" pula dan insyaAllah 1 juta orang pula akan turun ke Dataran Merdeka.
Akhirnya kita tunggu dan lihat akan perubahan besar di Malaysia untuk pilihanraya umum kali ini. Bagi yang beragama Islam kita hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t dan berserah diri kepadaNya supaya kebenaran akan tertegak dan Syiar Islam dapat dilaksanakan 100% di dalam negara yang kita cintai ini. (InsyaAllah.... taqbir!)
-mp-
0 ulasan