Ulamak UMNO

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 25 Jun 2010 0 ulasan

Berita tv3 suku tadi dibahagian akhirnya memberitahu 40 ulama menyerahkan borang keahlian umno dan masuk umno, syabas diucapkan kepada 40 orang ulama tersebut. Bagus le bila dah ada ramai ulama dalam umno.

Dengan adanya ulama di dalam umno ni kita harapkan mereka menjadi ulama yang baik dan menegur pemerintah dengan berani kerana ALLAH s.w.t, jangan jadi ulama 'jahat' yang takut menegur pemerintah.

Tugas pertama dan utama ulama umno ni menyuruh pemerintah MENEGAKKAN HUKUM ALLAH S.W.T MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS RASULLULLAH S.A.W (ada berani ker...), selepas itu menghalalkan yang HALAL dan mengharamkan yang HARAM, (contohs; lesen judi, lesen arak, kronilisma, rasuah, menyalahgunakuasa, menindas rakyat dll) menyuruh wakil rakyat BN yang Islam kembali taat secara menyeluruh sama ada suka atau terpaksa kepada ALLAH DAN RASUL.

Kalaulah ulama umno ini berjaya 'menyedokan' pemimpin umno dan ahlinya alangkah bahagianya 1Malaysia ini, adakah ini akan berlaku?, Tunggu dan lihat.....hehehehe..... tentu hidup kita aman damai tenang sebab dapat dengo ceramah agama tak payah permit, gula senang dapat, barang murah, bil api dan bil ayor murah giler....gaji tinggi....duit jadi berkat sebab dapat redho ALLAH...... (fikir-fikirkan lah dengan iman di dada...)

p/s:- boleh buat rancangan macam imam muda di astro, tapi tajuk rancangan kali ni 40 ulama umno yang berjaya menjadi pemimpin umno.......hehehe....

-mp-

| edit post

41% Kakitangan Kerajaan Makan Rasuah

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 4 Jun 2010 0 ulasan


Dalam kajian CUEPACS deme bagi tahu 41% kakitangan Kerajaan Malaysia makan rasuah, WoW banyak tu dah dekat separuh, ini kes berat ni..... sebagai contoh dalam 10 orang kakitangan 4 orang makan rasuah..... dasyat tu, kenapa mereka makan rasuah tak le teman tahu, mungkin gaji ciput kut... Apa yang teman dengo kalau kakitangan kerajaan makan rasuah tak le banyak sangat, masa teman sekolah dulu pun ada satu mamat polis ni suka nahan basikal budak sekolah kalau basikal bolin jawab nya kena tahan, kalau nak lepas kena bagi dia rasuah... sekupang pun dia ambik..... bukannya banyak pun sekupang dua aje, kesian kat kakitangan kerajaan.

Itu kajian CUEPACS pada kakitangan kerajaan, macam mana pulak menteri-menteri, timbalan menteri, SU Politik, ketua-ketua Bahagian dan Cawangan serta kroni yang sapu duit rakyat dan makan rasuah sampai berbilion dan jutaan ringgit tu..... kenapa tak diheboh dan siasat sumbat mereka dalam penjara, kenapa senyap je.... kekadang tu dah siap buat laporan tapi masih senyap aje..... kaya sangat ke menteri-menteri kita baru sepenggal dua dah ada harta berjuta-juta ringgit....kalau dah kaya tu tak payah le jadi menteri dah bagi can le orang lain pulak.

Sedarkah kita yang sekarang ini kos kehidupan terlalu tinggi di 1Malaysia ni, KERA jaan siap ugut lagi nak tarik subsidi untuk rakyat (sebenonye nak membodohkan Melayu), apa KERA jaan ingat duit yang ada dalam Perbendaharaan Malaysia tu duit menteri-menteri ke? Itu semua duit Rakyat Malaysia la, itu duit KAMI.....

p/s:- KERA jaan BN (Barang Naik) yang ada ini tau ngabihkan duit aje..... nak cari duit tak tahu.....

-mp-

| edit post