Perpaduan UMNO Dan PAS

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 24 Julai 2010 0 ulasan


Dalam minggu ini heboh pasal perpadauan UMNO dan Pas, nampak kalut pada sebelah pehak UMNO sampaikan PM, TPM dan lain-lain pihak hendak bercakap soal perpaduan UMNO dan PAS, dari pehak PAS nampak 'cool' saja. Apa nak dikalutkan sebelum ini PAS pernah 'join' BN serta diperlekehkan dan pada UMNO selama ini tiada yang 'baik'nya dari PAS ini.

Atau pun ini hanya gimik supaya rakyat terutama Melayu lupa isu 'pelarasan' atau lebih tepat lagi isu kenaikan barang dan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini. UMNO takut rakyat tahu pemimpin dan kroni mereka hidup dalam kemewahan tetapi rakyat termasuklah ahli UMNO sendiri dalam kemiskinan dan penderitaan.

Satu sahaja cadangan saya; bubar UMNO dan seluruh ahli dan Presiden UMNO masuk PAS atas dasar iman dan taqwa serta tukar Perlembagaan Malaysia kepada Al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w. itupun kalau Melayu UMNO berani atas sebab Islam dan bangsa Melayu. Sekian.

p/s:- UMNO ada berani ker...
-mp-

| edit post

Yahoooo....Best....Harga Barang Naik Lagi.....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 18 Julai 2010 0 ulasan


Bermula 16 Julai 2010 harga minyak, gas dan gula dinaikkan oleh KERAjaan BN. Dalam akhbar dan TV pro BN KERAjaan BN mereka kata pengurangan subsidi. Pemotongan subsidi akan membantu Malaysia untuk mengurangkan defisit dan mencapai sasaran pembangunan. Pengurangan subsidi gula pula akan membolehkan kita mempromosi gaya hidup sihat... kata 'deme' dalam KERAjaan BN yang bodoh lagi bangang. Sudah dua hari isu kenaikkan harga minyak, gas dan gula berlangsung tetapi yang PELIK BIN AJAIBNYA di dalam berita TV dan akhbar langsung tiada 'cerita' ini, takut sungguh mereka.

Isunya kenapa rakyat yang dijadikan mangsa? para Menteri dan kroni hidup dengan gaya mewah, dan rakyat yang melebihi 20 juta masih menjadi MANGSA dengan wakil rakyat yang tak sampai pun 300 orang di dalam Parlimen Malaysia. Rakyat seolah-oleh dijadikan mangsa dan KERAjaan BN hanya sebagai 'pembuli' kepada rakyat bukannya pembela. Alasan KERAjaan BN ialah isu subsidi dan isu pembangunan. Kalau hendak berjimat cermat kenapa projek MEGA yang bernilai ratusan juta ringgit diteruskan juga, hentikan projek-projek yang membazir wang rakyat serta potong elaun wakil rakyat dan persoalannya kenapa wakil rakyat BN yang baru sepenggal menjadi wakil rakyat BN hidup dalam kemewahan, dari mana datangnya wang yang bergitu banyak sedangkan rakyat tahu berapa elaun seorang wakil rakyat.

KERAjaan BN harus sedar rakyat 1Malaysia bukan lagi bodoh tetapi rakyat melihat KERAjaan BNlah yang bodoh tidak tahu merancang ekonomi negara. Malaysia sebagai negara pengeluar bahan mentah (minyak) tetapi harga minyak di Malaysia tinggi jika dibandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain. Bila rakyat tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi rakyat akan berdoa kepada ALLAH s.w.t dan KERAjaan BN kena ingat doa orang terinaya tiada hijab di sisi ALLAH s.w.t. jangan sampai besok rakyat berdoa setiap wakil rakyat BN meninggal dunia supaya dapat diadakan pilihanraya kecil ataupun mereka berdoa supaya BN dan UMNO tumbang dan berkubur di 1Malaysia ini.

p/s:- berfikirlah menggunakan akal yang diberi ALLAH supaya kita gunakan untuk menumbangkan kerajaan yang zalim ini (BN) di dalam PRU-13, InsyaALLAH

-mp-

| edit post

Oh! Malaysia Tanah Air Ku...

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 12 Julai 2010 0 ulasan


Di 1Malaysia ni selama ini kita ada Kaum Melayu (Yang DiPertuan), Kaum Pribumi, Kaum Cina Dan Kaum India (fakta sejarah kaum cina dan kaum india di bawa masuk oleh Penjajah Inggeris) tetapi selepas kita merdeka hampir 53 tahun 1Malaysia sudah ada berbagai kaum dari berbagai negara. Kita ada Mat Indon, Mat Bangla, Mat Vet., Mat Pilipina, Mat Siam, Awang Hitam, China Doll dan rakan yang sewaktu dengannya, pendek kata negara kita dah jadi macam negara antarabangsa la pulak, esok tukar nama negara "Malaytarabangsia".

Apa yang dirisaukan sejak ramai pendatang berhijrah mencari rezeki di negara ini kadar jenayah pun mula bertambah-tambah dan penyakit yang merbahaya tidak dapat dikawal lagi, kalau dahulu penyakit seperti TB (batuk kering), Malaria dan penyakit berjangkit lain dapat kerajaan mengawalnya tetapi sekarang kes-kes penyakit tersebut telahpun bertambah dengan mendadaknya. Apa yang dikesalkan rakyat negara ini yang menjadi mangsanya. Dah la kos rawatan bertambah dengan harga ubat yang mahal.

Pihak yang diberi kuasa WAJIB memantau dan mengambil tindakan yang TEGAS supaya keselamatan rakyat dan negara terjamin dan pintu keluar masuk negara hendaklah KEBAL serta tidak dapat dibolosi oleh Pendatang Tanpa Izin. Bagi Pendatang Dengan Izin juga hendaklah dikawal supaya 'rezeki' rakyat 1Malaysia terjamin.

p/s:- KERA jaan yang ada ini kenalah pantau dan kawal PATI jangan asyik pandai cakap dalam Parlimen aje, pas tu bior mereka bebas merayau jangan tahu nak untung ikut 'satu kepala' je.. tak gitu YB... risau tengok Malaysia ni tak setegas macam negara lain di dunia ni...

-mp-

| edit post

Saman Ekor

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 10 Julai 2010 0 ulasan


Timbul lagi isu saman ekor daripada PDRM, PM 1Malaysia telah mengulas isu ini dengan berkata "yang salah tetap salah,....." betul le tu.... tapi PDRM dan PM pernahkah terfikir bahawa adakah pemandu kenderaan tersebut betul-betul salah?!

Adalah lebih wajar dan adil bagi kedua-dua belah pehak sekiranya setaip operasi jalan raya yang dijalankan oleh PDRM persalah ditahan serta-merta dan di beri saman pada ketika itu juga supaya penjelasan dan keselahan dapat diperjelaskan.

Apa yang dipertikaikan dengan saman ekor ini ialah tempoh penyerahan saman tersebut terlalu lama serta memakan masa dan yang amat mendukacitakan pesalah telah di senarai hitamkan tanpa pengetahuan meraka (kerana saman tersebut tidak sampai kepada mereka) ini telah menyusahkan dan membebankan mereka dalam urusan seharian, hidupkan lesen memandu dan cukai jalan, semua itu kena di'jelas'kan oleh pesalah pada ketika itu juga, contoh; saman kena bayar baru boleh ambil cukai jalan, ini menyusahkan rakyat, mana pergi slogan: "RAKYAT DI DAHULUKAN".

Kebanyakan saman ekor ini berkait rapat dengan kes 'lari laju' di kawasan-kawasan tertentu, tetapi apakah resionalnya Polis yang bertugas bersembunyi dan tidak meletak tanda "Awas Polis Sedang Operasi" sebagai peringatan kepada pemandu kenderaan, barulah adil dan tidak sebagai 'mengena' pemandu. Lagi satu had laju perlu dinaikan bagi kawasan 60 km/j dan 70 km/j kerana pada masa sekarang kuasa kuda kenderaan pun dah tinggi-tinggi belaka.

Akhir sekali PDRM dan JPJ kena berganding bahu membuat operasi sekerap yang mungkin untuk menguatkusakan undang-undang serta mendidik pemandu supaya menjadi lebih berhemah bukannya menyaman mereka sekerap yang mungkin.

p/s:- ala-ala latuk, ala-ala latuk jangan saman....lagu Poei satu masa dulu, kenapa kerap sangat saman rakyat, KERA jaan dah takde duit ke... tahu tak kos hidup rakyat dah melambung tinggi sejak KERA jaan BN memerintah....pikir la sikit en. polis.... akai ada ka.... gaji en. polis tinggi campur ngan 'elaun' lagi.... rakyat susah en. polis....

-mp-

| edit post