Buang Bayi

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 24 Ogos 2010 1 ulasan


Semenjak dua menjak ni di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat ini kes membuang bayi yang baru dilahirkan menjadi-jadi di 1Malaysia ini, hingga menyebabkan kehilangan nyawa bayi tersebut dan kerajaan terpaksa mengubal undang-undang untuk mensabitkan sipelaku kepada kes bunuh dan dijatuhi hukuman yang setimpal. Siapa yang wajib dipersalahkan di dalam kes ini?

Pada saya yang salah mengikut susunan ialah pertamanya KERAjaan BN, kemudian ibu bapa yang terlibat dan yang ketiganya pasangan yang terlibat. KERAjaan yang ada ini cuma memikirkan keuntungan dunia sahaja tanpa memikirkan AKHIRAT. Satu contoh; dalam urusan perkahwinan (nikah mengikut syariah) disusahkan dengan perbagai syarat dan peraturan yang menyusahkan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, ini belum lagi kes hendak berpoligami, yang hendak buat perkara 'baik' cemas tak dipenjara yang bersekedudukan dibiarkan bebas, inilah Malaysia yang pelik.

Apa yang kita takuti ialah bala dari ALLAH S.W.T, seperti apa yang berlaku di Pakistan, dengan banjir besarnya, ingat tidak lagi apa bila Kerajaan Pakistan bersekongkol dengan Amerika Syarikat memerangi mujahiddin di Afghnistan (Taliban) di atas alasan 'pengganas', berapa banyak umat Islam dibunuh tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Bila ALLAH S.W.T menurunkan balanya bukan sahaja kerajaan yang kena malah rakyat yang tidak berdosapun turut kena. Mana dia 'kawan baik' (Amerika Syarikat) yang di sanjung sangat oleh rejim Pakistan ketika Pakistan menerima 'azab' dari ALLAH S.W.T sekarang ini.

p/s:- renungkanlah dengan hati dan fikirkanlah dengan iman didada, jangan jadikan kes buang bayi di Malaysia ini mengundang bala dari ALLAH... (minta dijauhkan..... Amin)

-mp-

| edit post

RM Kukuh Berbanding Dolar US

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 19 Ogos 2010 1 ulasan


Berita TV3 8 malam tadi 'berkata' Ringgit Malaysia kukuh berbanding Dolar US dengan nilai tinggi (RM 3.00 - 1.00 Dolar US). Tinggi tu.... Ini menunjukkan nilai Ringgit sudah bagus. Dengan nilai Ringgit yang tinggi ni sepatutnya KERAjaan BN menurunkan semula harga minyak dan barang keperluan yang lain di pasaran supaya rakyat Malaysia dapat merasai nikmat kehidupan disebabkan Ringgit Malaysia berada dalam keadaan kukuh dan stabil.

Berita gembira bagi rakyat Malaysia dan juga kakitangan kerajaan, Ringgit kukuh ekonomi baik ini bermakna kos sara hidup akan menurun, barang keperluan murah dan gaji kakitangan kerajaan naik serta diberi bonus dan duit raya...... betul ke..... entah le. Melodi kata; tungguuuuuu....

p/s: cuma takut ini hanya propaganda KERAjaan BN aje.... semua kata ok tapi barang keperluan melambung tinggi termasuklah kos sara hidup.... pak-pak menteri bukannya tahu apa sebab deme semua kaya raya senang lenang walaupun baru sepenggal jadi wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat....rakyat hidup susah.....pelik bin ajaib Malaysia ni....
-mp-

| edit post

Ekonomi Malaysia Baik.... Betul Ke?!

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 18 Ogos 2010 1 ulasan


Berita TV3 jam 8 malam tadi memberitahu ekonomi Malaysia berada di tahap yang baik. Baguslah, dengan ini tiada alasan lagi bagi KERAjaan 1Malaysia untuk menaikkan gaji kakitangan kerajaan dan MEMBERI BONUS kepada mereka, kalaulah ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang amat baik bolehlah bagi bonus 8 bulan gaji. (adakah ini terjadi...mimpi kut)

Tapi apa yang pelik bin ajaibnya baru-baru ini KERAjaan BN menyelaraskan (menaikkan) harga barang keperluan serta minyak. Harga barang keperluan harian pengguna semakin hari semakin naik dan mahal ini secara langsung meningkatkan kos sara hidup yang amat tinggi sedangkan ianya sudahpun tinggi selama ini.

Mata wang Malaysia juga sekarang ini semakin susut nilai dipasaran terbuka, jika hendak dibandingkan dengan mata wang Thailand pun kita sudah susut nilai. Belum lagi harga barang yang melambung tinggi di pasaran, belum lagi dikira harga ayam yang naik berganda di bulan Ramadhan ini. Harga juadah berbuka puasa di Pasar Ramadhan pun naik berganda-ganda. (Kes ribut di Melaka, mungkin ada kena mengena dengan perniaga yang mengambil kesempatan kepada pembeli....fikir-fikirkan lah dengan iman di dada)

Apa yang mendukacitakan KERAjaan BN langsung tidak mengambil apa-apa tindakan di dalam mengawal harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi, yang ada KERAjaan BN masih lagi mengutamakan projek-projek mega yang membazir (projek untuk kroni mereka) tanpa mengambil kira masalah rakyat bawahan.

-mp-

| edit post