Bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia ini, aman damai dan tenteram. Kita sebagai umat Islam di Malaysia ini WAJIB bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana Semenanjung Malaysia selamat dari segala bencana alam. Malaysia terlepas dari lingkaran api gunung berapi, tiada gunung berapi, gerak gempa, ribut taufan besar dan angin puting beliung. Yang terbaru gempa bumi berskala 7.1 di Chirstchurch New Zealand. Kita lihat bertapa dasyatnya kejadian tersebut serta banyak kemusnahan nyawa dan harta benda.
Pemimpin di Malaysia yang beragama Islam wajib menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan adil kepada rakyat supaya tidak terkena bala dan azab dari ALLAH S.W.T seperti bencana besar walaupun kadang-kadang kita diuji oleh ALLAH S.W.T dengan tanah runtuh, banjir dan angin. Janganlah pemimpin yang mengaku Islam ini mementingkan projek dunia sahaja dan melupakan 'projek' kita di akhirat.
p/s:- orang-orang dahulu kala memanggil Semenanjung Malaysia ni dengan nama Semenanjung Emas dan Tanah Melayu, takde la pula terdapat catatan dalam sejarah nama seperti semenanjung tanah india atau semenanjung tanah cina, walaupun deme banyak di Malaysia ni hidup dengan harmoni di sini....
-mp-