SELAMAT HARI RAYA EID-UL ADHA

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 27 November 2009 1 ulasan

Selamat menyambut hari raya Eid-ul Adha buat kaum Muslimin dan Muslimat di mana anda berada dan juga untuk kaum keluarga serta sahabat andai rakan taulan blogger-blogger yang ikhlas menulis kerana ALLAH S.W.T.

Mari kite 'korbankan' jiwa yang jahat dan tegakkan Kerajaan yang diredhoi ALLAH.....takbir!!!!

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR.....walillahilham

-mp-

| edit post

PAS BOLEH! (santai jab...)

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 5 November 2009 0 ulasan



Hayati gambo dan senikata lagu ni.....

-mp-

| edit post

Hari ini di Ipoh sepanjang hari muram hujan dari pagi sampai ke petang, dan hari ini juga sepatunya keluar keputusan daripada Mahkamah Persekutuan tentang keputusan siapa MB Perak yang sah samaada Datuk Seri Mohamad Nizar atau Zamreee (kalau ikut saye, saye pilih le orang yang baik lagi 'putih' sesuci salju....dah tentu le Datuk Seri Mohamad Nizar), tunggu punya tunggu dengo redio tengok tv 'kera jaan' tengok 'blog' last-last tangguh.....cis....penat nunggunye yeop...

Patutle hari hujan dari pagi tadi rupanye 'deme' dah tau keputusan tangguh.....itu yang muram je hari ini....ape boleh buat sabo je le, apa lagi yang kita ade selain berdoa pada ALLAH s.w.t supaya keadilan memehak kepada DS Nizar, InsyaALLAH. (doa orang-orang yang terinaya tiada hijab di sisi ALLAH s.w.t)

-mp-

| edit post

Kereta 'tua' tapi baru berumur 15 tahun....

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 2 November 2009 0 ulasan

Apa yang ditakuti bagi pemilik kereta yang berusia 15 tahun ke atas akhirnya menjadi kenyataan apabila 'kera jaan' bercadang untuk mewajibkan ke klinik Puspakom dahulu sebelum mengambil insuran dan cukai jalan sebab takut kereta 'tua' tu mengidap kencing manis, tekanan darah tinggi ataupun takut terkena serangan jantung nanti 'kera jaan' rugi....

Bagi yang banyak duit macam Mustapa Muhamad, Mukriz Mahadir, Mahazhir Mohamad, Paklah Abdulah, Bang Najib, Mamak Zamreee dan yang seangkatan dengan deme memang le tak sampai 15 bulan dah tukar kereta baru, alasan dah jemu, kereta pun bukannye proton paling koman BMW 5siri... (bukan Bas Merah Wai Thong Kuala Kangsor...)

Bagi rakyat miskin kereta 'tua' tulah yang menjadi 'edola' deme nak ke sana ke mari mencari rezeki untuk anak bini atau membawa anak bini ke klinik bila sakit demam, cuba le pemimpin 'kera jaan' pikir sikit masalah rakyat yang susah ni... ini belum lagi cerita pasal insuran kereta untuk pihak ketiga yang naik macam gila kinzir lepas tu nak di tambah dengan bayaran pemeriksaan Puspakom, dah takde cara lain ke nak menyusahkan rakyat.....

Jangan membodohkan rakyat terutama Melayu sebab keme dan bijak..... di Negara Luar seperti Jepun nilai kereta baru lagi solid tak sampai pun RM 10 ribu, cuba turunkan harga kereta Proton dan Produa baru di Malaysia sebuah harga RM 5 ribu baru le semua rakyat boleh pakai kereta baru.... jangan pikir nak untung kroni je, pikir le kebajikan untuk rakyat terutama BANGSA MELAYU..... ('kera jaan' kena ingat doa orang yang terinaya macam rakyat miskin lagi susah ini tiada hijab di sisi ALLAH S.W.T)

-mp-

| edit post

Pada malam 31 Oktober 2009 Tuan Guru Datuk Nik Aziz bersama dengan Datuk Seri Mohamad Nizar, Saudara Mustaffa Kamil Ayob dan Dato' Ngeh Koo Ham memberikan ceramah di Markas PAS Chemor, semuanya hebat-hebat belaka tetapi ada beberapa kata-kata menarik daripada Tuan Guru Datuk Nik Aziz malam itu yang segar dalam ingatan saya ialah; Tuan Guru berkata: "Datuk Seri Mohamad Nizar adalah Menteri Besar Yang Sah", kemudian beliau berkata lagi "orang Perak ni kuat-kuat belaka sebab keturunan pahlawan dan ada 'perakman'" dan yang paling lucu Tuan Guru berkata lagi "UMNO ni macam kereta yang tiada brek itu sebab UMNO tu main redah aje... rasuah boleh, menipu boleh, kereta lumba pun ada brek......"

Cuba bayangkan kereta tiada brek?! kereta lumba F1 yang dipandu laju itu pun ada brek.....hehehe..... fikir-fikirlah dengan Iman di dada....

Email: perakmen@yahoo.com.my

-mp-

| edit post