Kereta 'tua' tapi baru berumur 15 tahun....

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 2 November 2009

Apa yang ditakuti bagi pemilik kereta yang berusia 15 tahun ke atas akhirnya menjadi kenyataan apabila 'kera jaan' bercadang untuk mewajibkan ke klinik Puspakom dahulu sebelum mengambil insuran dan cukai jalan sebab takut kereta 'tua' tu mengidap kencing manis, tekanan darah tinggi ataupun takut terkena serangan jantung nanti 'kera jaan' rugi....

Bagi yang banyak duit macam Mustapa Muhamad, Mukriz Mahadir, Mahazhir Mohamad, Paklah Abdulah, Bang Najib, Mamak Zamreee dan yang seangkatan dengan deme memang le tak sampai 15 bulan dah tukar kereta baru, alasan dah jemu, kereta pun bukannye proton paling koman BMW 5siri... (bukan Bas Merah Wai Thong Kuala Kangsor...)

Bagi rakyat miskin kereta 'tua' tulah yang menjadi 'edola' deme nak ke sana ke mari mencari rezeki untuk anak bini atau membawa anak bini ke klinik bila sakit demam, cuba le pemimpin 'kera jaan' pikir sikit masalah rakyat yang susah ni... ini belum lagi cerita pasal insuran kereta untuk pihak ketiga yang naik macam gila kinzir lepas tu nak di tambah dengan bayaran pemeriksaan Puspakom, dah takde cara lain ke nak menyusahkan rakyat.....

Jangan membodohkan rakyat terutama Melayu sebab keme dan bijak..... di Negara Luar seperti Jepun nilai kereta baru lagi solid tak sampai pun RM 10 ribu, cuba turunkan harga kereta Proton dan Produa baru di Malaysia sebuah harga RM 5 ribu baru le semua rakyat boleh pakai kereta baru.... jangan pikir nak untung kroni je, pikir le kebajikan untuk rakyat terutama BANGSA MELAYU..... ('kera jaan' kena ingat doa orang yang terinaya macam rakyat miskin lagi susah ini tiada hijab di sisi ALLAH S.W.T)

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan