Kemalangan Di Lebuhraya

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 27 Disember 2009 0 ulasan

Pada pagi 26 Disember 2009 berlaku kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas ekspres dan 10 nyawa melayang di lebuhraya PLUS di Ipoh. Selepas kejadian kemalangan banyak pihak hendak 'bercakap' berkenaan dengan kemalangan itu, pihak 'kera jaan BN', media massa, individu-individu tertentu, 'kera jaan Negeri' dan termasuklah saye.

Banyak perkara yang hendak disentuh dan biarlah orang lain yang sentuh perkara seperti faktor jalan, bas, cuaca dan sikap pemandu. Apa yang saya nak katakan ialah atas dasar kebajikan. Sepatutnya Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) WAJIB memasang lampu jalan di sepanjang lebuhraya mereka dari Johor sampai ke Perlis bagi kemudahan pengguna lebuhraya diwaktu malam, apalah nak difikirkan kerugian jika ratusan ribuan kenderaan menggunakan lebuhraya dan membayar tol ambillah purata satu kederaan membayar RM 3.00 cuba bayangkan betapa untungnya PLUS hari-hari, itu baru kira purata sahaja. JanganlahPLUS berkira untung RM sahaja, untung Akhirat dan kebajikan kepada pengguna hendaklah difikirkan juga.

Malaysia suka mengambil contoh negara maju dan kita cuba mendahului negara lain dengan memasang lampu disepanjang lebuhraya, tak gitu Pak Jib... Kalau belaku juga kemalangan apa nak buat dah nama pun keMALANGan, tapi saye raya dengan terlaksananya projek ini kemalangan di waktu malam dapat dikurangkan, InsyaALLAH...... amin... Berfikirlah dengan iman didada. (jangan pula kalau projek ini dilaksanakan kadar tol pun naik, kalau macam tu dah kira zalim tu kang kena doa kang...)

-mp-


| edit post

Sekadar Hiburan Bagi Jet Yang Ada Enjin....

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 25 Disember 2009 0 ulasan



Tiada kena mengena bagi yang hidup atau pun yang sudah mati...hehehe

-mp-

| edit post

Dua tiga minggu ni heboh pasai GST tetapi isu ni semacam sejuk dek kerana isu enjin jet hilang. 'Kera jaan BN' akan melaksanakan GTS ni pertengahan tahun 2011 menggantikan cukai perkhidmatan la kunun-kununnye...

Yang menjadi masalahnye bagi rakyat yang berpendapatan rendah dengan gaji di bawah RM 1000 ni waktu sekarang ni pun dah semput yeop... nak ditambah dengan GST bodoh ni lagi. Alasan 'kera jaan' supaya kita setanding dengan negara maju....wekk nak muntah... Cukuplah rakyat disusahkan dengan harga barang keperluan harian yang mahal dan bermacam kerenah 'kehidupan' lagi. Kalau nak ikut negara maju, majukan gaji rakyat dahulu. Kenapa tak dicontohkan gaji rakyat Malaysia dengan gaji rakyat negara maju contoh Jepun cukup le... gaji rakyatnya tinggi, barang keperluan murah, kereta baru pun murah dan pengangkutan awamnya tepat pada masa, cekap dan maju barulah rakyatnya seronok nak hidup...

Sudah-sudah le 'kera jaan BN' ni jangan le lagi menyusahkan dan menzalimi rakyat negara ini, ingatlah doa orang yang dizalimi tiada hijab disisi ALLAH S.W.T, kang rakyat doa pecah perut pada pemimpin BN kang, ni pun dan macam-macam 'pecah' dah dalam One Malaysia ni yang ternow TUDM....hehehe

-mp-

| edit post

Abang Mat Sabu Di Parit

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 16 Disember 2009 1 ulasan

Ceramah Perdana Mat Sabu di Blanja Kiri

Tarikh: 17 Disember 2009
Masa: 9:00 Malam
Tempat: Dataran Surau Solok Blanja Kiri
(boleh berjalan kaki menyeberang titi dari pekan Parit)

Jom kite dengo ceramah Mat Sabu weh...

-mp-

| edit post

Doa Orang-Orang Yang Dizalimi

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 13 Disember 2009 1 ulasan

Dalam blogger yang pro BN isu doa oleh Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) belum selesai lagi ini mengambarkan bertapa takutnya mereka akan doa TGNA. Kekadang ulasan atau komen yang mereka tulis menunjukkan bertapa dangkal dan ceteknya ilmu Agama Islam pada mereka. Tidak hairanlah mereka ini diperkudakan oleh BN terutamanya UMNO dari dulu kini dan selamanya.....

Tidak zalimkah 'kera jaan' BN ini?!, apabila menyusahkan rakyat 1Malaysia dengan kos sara hidup yang tinggi, harga barang yang melambung tinggi, harga ikan tinggi, harga sayur tinggi, harga beras tinggi segala macam tinggi di 1Malaysia ini. Apa yang kita dapat dengan gaji dibawah RM 900 sekarang ini? nak beli barang makan untuk sebulan pun I.C.U (semput) .Yang pelik bin ajaibnya wakil rakyat terutama dari BN yang kita pilih hidup kaya-raya, senang-lenang walaupun baru sepenggal memegang jawatan YB.

Tidak zalimkah 'kera jaan' BN ini?!, apa bila media masa utama dikawal berita yang benar dan disembunyikan, di'hebah'kan propaganda kunun-kununnya hanya 'kera jaan' BN saja yang boleh majukan 1Malaysia, kakitangan kerajaan yang pro pembangkang ditukarkan sesuka hati dan sesedap rasa, Jabatan-Jabatan kerajaan yang diberikan amanah tidak amanah dalam menjalan tanggungjawab.

Tidak zalimkah 'kera jaan' BN ini?!, apabila dinafikan hak rakyat yang menyokong pembangkang dari segala macam bentuk bantuan dari sabsidi dan permohonan tanah dinafikan hak mereka sebab mereka menyokong Pakatan Rakyat..... dan.....

Tidak zalimkah 'kera jaan' BN ini?!, apabila 'hak' ALLAH S.W.T pun dinafikan, hukum ALLAH S.W.T tidak dilaksanakan dan Negara Islam tidak didirikan. Ingatlah wahai 'kera jaan' BN, sesungguhnya doa-doa orang (rakyat) yang dizalimi tiada hijab disisi ALLAH S.W.T..... amin!!!!

-mp-


| edit post

Doa... Senjata Mukmin

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 3 Disember 2009 0 ulasan

Baru-baru ni kecoh dan kepoh isu Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) mendoakan mengadu hal maslahat kepada ALLAH S.W.T tentang ketidakadilan dalam 'satu' hal urusan politik. Apa yang menghairankan ulamak 'kera jaan' telah pun menghentam TGNA berkenaan dengan doa beliau yang dikatakan tidak mengikut tertib dan adab-adab berdoa, sedangkan TGNA berdoa adalah untuk kebaikan rakyat negeri Kelantan yang dipimpin oleh beliau.

Kita kena ingat kelebihan seorang mukmin ialah kita terus kepada ALLAH S.W.T tanpa ada perantara termasuklah berdoa kepada Yang Maha Pencipta. ALLAH S.W.T Maha Melihat, Maha Megetahui, Maha Bijaksana, Maha Besar, Maha Pemakbul Doa dan segala macam Maha lagi untuk ALLAH Yang Maha Suci, jadi pemimpin negara dan puak-puak umno tidak perlu risau, kecut perut atau takut sekiranya mereka dipihak yang benar dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira fahaman politik.

Tapi kita kena ingat sekiranya pemimpin negara tadi tidak berlaku adil kepada rakyatnya, doa orang-orang yang terinaya tiada hijab disisi ALLAH S.W.T, dan ingatlah sesungguhnya ALLAH S.W.T Maha Mendengar rintihan hambanya yang terinaya.... berfikirlah dengan akal yang diberi dan tanyalah iman didada.

-mp-

| edit post