Doa... Senjata Mukmin

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 3 Disember 2009

Baru-baru ni kecoh dan kepoh isu Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) mendoakan mengadu hal maslahat kepada ALLAH S.W.T tentang ketidakadilan dalam 'satu' hal urusan politik. Apa yang menghairankan ulamak 'kera jaan' telah pun menghentam TGNA berkenaan dengan doa beliau yang dikatakan tidak mengikut tertib dan adab-adab berdoa, sedangkan TGNA berdoa adalah untuk kebaikan rakyat negeri Kelantan yang dipimpin oleh beliau.

Kita kena ingat kelebihan seorang mukmin ialah kita terus kepada ALLAH S.W.T tanpa ada perantara termasuklah berdoa kepada Yang Maha Pencipta. ALLAH S.W.T Maha Melihat, Maha Megetahui, Maha Bijaksana, Maha Besar, Maha Pemakbul Doa dan segala macam Maha lagi untuk ALLAH Yang Maha Suci, jadi pemimpin negara dan puak-puak umno tidak perlu risau, kecut perut atau takut sekiranya mereka dipihak yang benar dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira fahaman politik.

Tapi kita kena ingat sekiranya pemimpin negara tadi tidak berlaku adil kepada rakyatnya, doa orang-orang yang terinaya tiada hijab disisi ALLAH S.W.T, dan ingatlah sesungguhnya ALLAH S.W.T Maha Mendengar rintihan hambanya yang terinaya.... berfikirlah dengan akal yang diberi dan tanyalah iman didada.

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan