Isu penggunaan nama ALLAH Yang Maha Suci sekali lagi ditimbulkan oleh puak kristian yang pada hemat saya iri hati pada Umat Islam di Malaysia, sebabnya mereka gagal untuk memurtadkan Umat Islam Malaysia seperti yang berlaku di Indonesia.
Pada saya sekiranya pihak kristian ini jujur mereka hendaklah mengenal ALLAH S.W.T tentang ZAT Nya, mengenal sifat wajib, mustahil dan harus bagi ALLAH S.W.T dan membesarkan ALLAH, tidak menyamakan dengan tuhan mereka yang banyak itu. God, Lord, Jesus, Son Of Living bagi mereka adalah tuhan mereka, bukannya ALLAH Yang Maha Suci. Itulah sebabnya di dalam Al-Quran turun surah Al Kafirun ayat; "bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku" ayat 6 surah ke 109.
Ini isu besar, isu Akidah dan tidak boleh dipermainkan. Agenda utama puak kristian ini adalah untuk memesongkan akidah Umat Islam di Malaysia ini. Jika pihak gereja/puak kristian ini jujur hendak menggunakan nama ALLAH S.W.T, masuklah Islam dan gunalah nama ALLAH itu untuk tujuan berdakwah kepada puak kristian yang lain.
Isu ini isu besar jangan pihak gereja kristian hendak bermain dengan isu agama pula. Kita boleh lihat muka-muka puak kristian ini di tv, tidak ada kejujuran pada muka mereka, yang ada pada mereka adalah untuk memesongkan akidah Umat Islam terutama bangsa Melayu di Malaysia, itulah agenda utama mereka.
Umat Islam di Malaysia kena bersatu di dalam isu ini tanpa mengira fahaman politik dan kaum, sebabnya Agama Islam dan kesucian Islam tidak boleh dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak sekalipun. Agama rasmi bagi negara Malaysia adalah Agama Islam ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Bagi rakyat Malaysia yang lahir di negara yang tercinta ini dimana darah mereka tumpah di sini kenalah taat dan patuh pada pelambagaan negara. Kalau ada rasa 'kekurangan' di negara ini eloklah mohon jadi warganegara negara lain, contohnya Amerika ke, India ke, China ke tak pun Kenya ke ataupun negara yang sewaktu dengannya.
-mp-