BN = Barang Naik

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 1 Januari 2010

Hadiah tahun baru masihi 2010 ialah gula naik 20 sen. Terima kasih 'KERA jaan BN'. Gula yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan boleh kena sweet pissing. Kenaikan harga gula ini tidak terlibat pada penyokong 'KERA jaan BN' hanya pada penyokong PR sahaja.

Adalah dijangka harga barang yang berasaskan gula turun tahap melampau ini sudah terbukti apabila pihak bbSB membuat siasatan harga segelas besar teh tarik adalah cuma 10 sen, WOW. Peniaga (mamak eeee) berkata sebab teh tarik beliau murah adalah kerana gula naik 20 sen, sumber berita dari Bertiadanama.

'KERA jaan BN' memberi jaminan lagi selepas ini tiada kenaikan harga atau kos pada minyak masak, tepung, petrol, ayam, tol dan bil elektrik. Lagi satu harga insuran kereta yang melebih sepuluh tahun adalah murah jika dibandingkan dengan negara Kenya dan Samoa, sumber berita dari Bertiadanama.

MELAYU ni kena tipu oleh 'KERA jaan BN' ni dari dulu kini dan selamanya..... berubahle kita sokong PR pulak.....

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan