Ekonomi Malaysia Baik.... Betul Ke?!

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 18 Ogos 2010


Berita TV3 jam 8 malam tadi memberitahu ekonomi Malaysia berada di tahap yang baik. Baguslah, dengan ini tiada alasan lagi bagi KERAjaan 1Malaysia untuk menaikkan gaji kakitangan kerajaan dan MEMBERI BONUS kepada mereka, kalaulah ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang amat baik bolehlah bagi bonus 8 bulan gaji. (adakah ini terjadi...mimpi kut)

Tapi apa yang pelik bin ajaibnya baru-baru ini KERAjaan BN menyelaraskan (menaikkan) harga barang keperluan serta minyak. Harga barang keperluan harian pengguna semakin hari semakin naik dan mahal ini secara langsung meningkatkan kos sara hidup yang amat tinggi sedangkan ianya sudahpun tinggi selama ini.

Mata wang Malaysia juga sekarang ini semakin susut nilai dipasaran terbuka, jika hendak dibandingkan dengan mata wang Thailand pun kita sudah susut nilai. Belum lagi harga barang yang melambung tinggi di pasaran, belum lagi dikira harga ayam yang naik berganda di bulan Ramadhan ini. Harga juadah berbuka puasa di Pasar Ramadhan pun naik berganda-ganda. (Kes ribut di Melaka, mungkin ada kena mengena dengan perniaga yang mengambil kesempatan kepada pembeli....fikir-fikirkan lah dengan iman di dada)

Apa yang mendukacitakan KERAjaan BN langsung tidak mengambil apa-apa tindakan di dalam mengawal harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi, yang ada KERAjaan BN masih lagi mengutamakan projek-projek mega yang membazir (projek untuk kroni mereka) tanpa mengambil kira masalah rakyat bawahan.

-mp-

1 Responses to Ekonomi Malaysia Baik.... Betul Ke?!

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Apa la yang akan jadi pada Malaysia ni di masa hadapan jika KERAjaan BN terus memerintah...Sama-samalah kita berdoa semoga negara Malaysia ni akan dipimpin oleh pemimpin yang berpegang teguh kepada Islam dan semoga rakyat kita tak perlu lagi menanggung kos sara hidup yang membebankan.

     

Catat Ulasan