RM Kukuh Berbanding Dolar US

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 19 Ogos 2010


Berita TV3 8 malam tadi 'berkata' Ringgit Malaysia kukuh berbanding Dolar US dengan nilai tinggi (RM 3.00 - 1.00 Dolar US). Tinggi tu.... Ini menunjukkan nilai Ringgit sudah bagus. Dengan nilai Ringgit yang tinggi ni sepatutnya KERAjaan BN menurunkan semula harga minyak dan barang keperluan yang lain di pasaran supaya rakyat Malaysia dapat merasai nikmat kehidupan disebabkan Ringgit Malaysia berada dalam keadaan kukuh dan stabil.

Berita gembira bagi rakyat Malaysia dan juga kakitangan kerajaan, Ringgit kukuh ekonomi baik ini bermakna kos sara hidup akan menurun, barang keperluan murah dan gaji kakitangan kerajaan naik serta diberi bonus dan duit raya...... betul ke..... entah le. Melodi kata; tungguuuuuu....

p/s: cuma takut ini hanya propaganda KERAjaan BN aje.... semua kata ok tapi barang keperluan melambung tinggi termasuklah kos sara hidup.... pak-pak menteri bukannya tahu apa sebab deme semua kaya raya senang lenang walaupun baru sepenggal jadi wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat....rakyat hidup susah.....pelik bin ajaib Malaysia ni....
-mp-

1 Responses to RM Kukuh Berbanding Dolar US

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Rasanya berita tu sekadar propaganda aje.Nak bagi sedap telinga mendengar je.Padahal dah banyak harapan rakyat dikecewakan.Hehe

     

Catat Ulasan