Apa Ada Pada UMNO...

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 26 September 2010 0 ulasan


Apalah yang nak diharapkan pada UMNO;

1. Agama Islam... hancus.... di bawah UMNO, Hukum ALLAH pun tak tertegak sejak UMNO memerintah dan kita dah pun merdeka 53 tahun. Perdana Menteri kita seorang ISLAM dan menjadi WAJIB seorang pemimpin ISLAM untuk mendirikan Kerajaan ISLAM sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat beliau. (bagi seorang ISLAM yang taat pada ALLAH dan Rasul, tiada alasan untuk berdalih)

2. Bangsa Melayu... hancusss.... sejak UMNO memerintah bangsa Melayu bukannya terkehadapan tetapi terkebelakang dari bangsa lain, bangsa menoriti kaum India pun dan terkehadapan terutama dalam bidang ekonomi. Sebab pemimpin mereka membela bangsa mereka biarpun bangsa mereka berada di pihak pembangkang. Pemimpin UMNO mengkayakan anak bini dan kroni mereka sahaja, bangsa Melayu terutamanya pembangkang Melayu biar mati pun tak apa. Itulah sebabnya bangsa Melayu jauh tertinggal kebelakang. Sebab UMNO berjuang untuk kroni UMNO, bukannya bangsa Melayu. Bangsa Cina jangan cakap la, walaupun mereka MCA, DAP, Keadilan mereka tetap saling bantu membantu. Yang dengki hasat hanya Melayu UMNO sahaja, bila dengar aje orang pembangkang terutama dari PAS datang nak minta bantuan pada wakil rakyat, macam nak terkeluar biji mata dan isi perut.....punya meluatnya dengan muka sekali tunjuk meluat.

3. Bahasa Melayu.... lagi la hancusss.... sekarang ini mana ada bangsa lain yang nak menghormati bangsa Melayu kecuali jika ada kepentingan. UMNO sendiri pun dinamakan dalam bahasa Inggeris satu bangsa yang pernah menjajah kita. Bahasa Jiwa Bangsa, jika bangsa Melayu sendiri tidak mendaulatkan bahasa mereka, kaum-kaum yang lain lagi la tidak peduli. Itu yang beranak di Malaysia sampai tua bangka pun tak tahu cakap Melayu dan bila kita tegur mereka kata pekauman pula. Yang peliknya mat bangla, mat pakistan, mat negro baru masuk Malaysia dah tahu cakap Melayu. Bila kita sendiri tidak mendaulatkan Bahasa Melayu, macam mana bangsa lain nak menghormati bangsa Melayu, itulah salah satu sebabnya bangsa lain dah berani 'naik tocang'.

4. Ekonomi.... malas nak cakap, lihatlah sendiri wahai bangsaku... tapi yang kelakarnya ada pemimpin UMNO kata kita sudah maju dengan bangsa lain, silap tu bukan bangsa Melayu, tapi kroni UMNO...... fikirlah sendiri dengan akal yang ALLAH S.W.T beri kepada kita....

5. Pembangunan..... yang ini UMNO selalu jadikan modal bercakap, apa yang hendak dikejarkan dengan pembangunan jika rakyat terutama bangsa Melayu hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Semua kerajaan di dunia ini wajib menyediakan pembangunan seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan lain-lain lagi, lagi pun wang yang digunakan bukannya wang UMNO, tapi wang rakyat yang dikutip dengan pelbagai cukai yang dikenakan kepada rakyat. Di Thailand dan Indonesia tiada UMNO pun tetapi masih terdapat pembangunan di sana......

Rumusannya, apalah yang nak diharapkan pada UMNO, UMNO ini bersifat mahluk dan sifat mahluk adalah tidak kekal, UMNO tidak membela bangsa Melayu dari itu berubahlah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebab mereka hendak Mendirikan Kerajaan Islam dan memerintah secara adil untuk semua rakyat Malaysia.

-mp-

| edit post

Melayu Hilang Kuasa?????

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan


Semenjak dua menjak ni, media arus perdana mencanangkan isu Melayu akan hilang kuasa sekiranya Melayu tidak bersatu. Selama ini Melayu bersatu ke? Pecahan Melayu sekarang ini pun dah banyak dah... dengan politiknya dengan NGO nya...

Yang mengelabah ialah Melayu UMNO, sebenor-benornya UMNO le yang takut, sebab mereka tahu merekalah yang akan hilang kuasa, bukannya bangsa Melayu.

Bangsaku Melayu lagi kuat di bawah naungan ISLAM. Bangunlah bangsaku berjuang di bawah Parti ISLAM SeMalaysia (PAS).

-mp-

| edit post

Gula Susah Balik.....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 19 September 2010 0 ulasan


Selepas seminggu berhari raya, banyak yang membuat rumah terbuka, dalam kemeriahan menjamu rakan taulan gula pula payah nak didapati dan dicatu semula oleh peniaga lintah darat. Di berberapa kawasan sekitar Ipoh, Batu Gajah dan di Seri Iskandar kebanyakan peniaga lintah darat ini membenarkan hanya 2 kg sahaja yg boleh dibeli oleh orang ramai.

Apa punya 'turrr' KERAjaan BN ni.... gula punya masalah pun tak boleh diselesaikan. Adakah ini tanda-tanda gula akan dinaikkan harga lagi, jika ini berlaku sudah tentu barang-barang yang lain akan naik lagi termasuklah minyak petrol (Ron 95 ada kajian mengatakan minyak ini mudah terbakar- itulah sebab sekarang ini jika berlaku kemalangan banyak kenderaan terbakar)

KERAjaan BN yang ada ini cuma tahu mengumpul kekayaan untuk mereka, anak bini dan kroni sahaja, rakyat biar 'mampus' kebulur dan hidup dalam kemiskinan serta kepayahan. Cuba kita lihat dengan mata kasar tentang kekayaan dan kemewahan pemimpin BN ini sampaikan tak munasabah diakal kita. Berapa elaun sebulan wakil rakyat?! Sedangkan mereka ini adalah wakil kita di Parlimen sahaja tetapi kekayaan mereka ini macamlah Malaysia ini emak bapak mereka yang punya.

-mp-


| edit post

Taniah Polis DiRaja Malaysia

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 13 September 2010 0 ulasan


Seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telahpun melancarkan Ops Sikap dan seminggu selepas Raya Ops Sikap pun berakhir. Di harap tiadalah dikeluarkan saman ekor keatas pemandu kenderaan yang pulang berhari Raya.

Kemudian kita dikejutkan dengan kehilangan ahli perniagaan kecantikan Dato' Sosilawati bersama tiga yang lain, di sini satu kepujian dan sekalung taniah harus diberikan kepada Pihak PDRM kerana dengan kecekapan dan kepantasan berjaya menyelesaikan kes misteri kehilangan Dato' Sosilawati dengan tertangkapnya suspek kes tersebut.

Apa yang diharapkan kepada PDRM di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara yang baru imej Polis dapat dipulihkan semula dan dihormati oleh rakyat. Syabas PDRM.

-mp-

| edit post