Gula Susah Balik.....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 19 September 2010


Selepas seminggu berhari raya, banyak yang membuat rumah terbuka, dalam kemeriahan menjamu rakan taulan gula pula payah nak didapati dan dicatu semula oleh peniaga lintah darat. Di berberapa kawasan sekitar Ipoh, Batu Gajah dan di Seri Iskandar kebanyakan peniaga lintah darat ini membenarkan hanya 2 kg sahaja yg boleh dibeli oleh orang ramai.

Apa punya 'turrr' KERAjaan BN ni.... gula punya masalah pun tak boleh diselesaikan. Adakah ini tanda-tanda gula akan dinaikkan harga lagi, jika ini berlaku sudah tentu barang-barang yang lain akan naik lagi termasuklah minyak petrol (Ron 95 ada kajian mengatakan minyak ini mudah terbakar- itulah sebab sekarang ini jika berlaku kemalangan banyak kenderaan terbakar)

KERAjaan BN yang ada ini cuma tahu mengumpul kekayaan untuk mereka, anak bini dan kroni sahaja, rakyat biar 'mampus' kebulur dan hidup dalam kemiskinan serta kepayahan. Cuba kita lihat dengan mata kasar tentang kekayaan dan kemewahan pemimpin BN ini sampaikan tak munasabah diakal kita. Berapa elaun sebulan wakil rakyat?! Sedangkan mereka ini adalah wakil kita di Parlimen sahaja tetapi kekayaan mereka ini macamlah Malaysia ini emak bapak mereka yang punya.

-mp-


0 ulasan

Catat Ulasan