Proton Inspira

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 16 November 2010 0 ulasan


Proton baru ni melancarkan model baru yang diberi nama 'Inspira'. Cantik dan menawan dengan moto; "Yang Bijak Memilikinya"......hehehe.... macam lawak je.... dengan harga RM 78,999 ke RM 91,+++ (untuk model 2.0) rasanya sebagai rakyat Malaysia adalah tidak berbaloi kerana jika untuk kegunaan dalam Malaysia adalah terlalu mahal. Dari segi kualitinya pula adalah 50-50 jika dibandingkan dengan kereta import.

Pada saya jika anda bijak anda akan memiliki kereta yang berkualiti tinggi seperti Toyota Vios ataupun Honda City dengan harga yang lebih kurang tetapi jika dibandingkan dengan kualiti jauh lebih baik dari proton. Sepatutnya proton meningkatkan kualiti kereta yang dikeluarkan bukannya meningkatkan harga kereta yang dikeluarkan. Anda bijak, anda fikirkan.

-mp-

| edit post

Sejarah: Tanah Melayu

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 10 November 2010 0 ulasan


Sidang Dewan Rakyat, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata 3 penjawat awam telah dikenakan tindakan termasuk digantung tugas kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman..... kesian kat 3 orang Melayu tu.....

Isunya di sini bukannya perkauman, adalah pelik bin ajaib yang asyik kena dalam isu perkauman ni adalah bangsa Melayu je, bangsa lain 'lepas'.... Sekarang ini ada dua bangsa (tak boleh disebut, nanti perkauman) yang lagi perkauman dari bangsa Melayu. Terutama golongan muda meraka, bukan setakat perkauman malah bersikap kurang ajar dengan bangsa Melayu. Sebenarnya mereka ini tidak tahu berterima kasih dengan tuan tanah di sini.

Memang patut pun mata pelajaran sejarah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah, biar mereka tahu asal usul mereka. Biar mereka tahu Rukun Negara, makna bendera Malaysia dan bunga kebangsaan Malaysia. Mereka ini sekarang sudah lupa asal usul mereka.

-mp-

| edit post

Minyak Petrol Naik Lagi..... Ron 97

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 3 November 2010 0 ulasan


Minyak petrol naik lagi Ron 97 kali ni 5sen, apa la ada dengan nilai 5sen tu, ye tak? Sebab naik adalah kerana harga minyak Ron 97 ditentukan oleh pasaran kata pak menteri yang menjaga hal ehwal harga Barang Naik (BN).

Kata pak menteri tu lagi di dalam KOSMO muka surat 2 bertarikh 3 November 2010, harga Ron 95 kekal tahun ini, ini sudah bagus, baiknya KERAjaan BN ni... eehhh untuk tahun ini???? laaa hanya tinggal satu bulan dua puluh tujuh hari je lagi... tahun depan sah lah mesti naik lagi.....BN la kata kan..... Kesian kat rakyat yang sokong pembangkang, sebab yang sokong BN tidak terlibat dengan kenaikan ini.

Bagi pengundi di Galas dan Batu Sapi inilah peluang anda untuk mengajar KERAjaan BN sepaya mereka tidak akan menaikkan harga barang sesuka hati.... jom kita tolak BN.

p/s:- Kenapa sejak akhir-akhir ini kalau kemalangan kenderaan selalu terbakar adakah kerana minyak Ron 97 dan Ron 95 mudah terbakar...

-mp-

| edit post