Sejarah: Tanah Melayu

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 10 November 2010


Sidang Dewan Rakyat, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata 3 penjawat awam telah dikenakan tindakan termasuk digantung tugas kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman..... kesian kat 3 orang Melayu tu.....

Isunya di sini bukannya perkauman, adalah pelik bin ajaib yang asyik kena dalam isu perkauman ni adalah bangsa Melayu je, bangsa lain 'lepas'.... Sekarang ini ada dua bangsa (tak boleh disebut, nanti perkauman) yang lagi perkauman dari bangsa Melayu. Terutama golongan muda meraka, bukan setakat perkauman malah bersikap kurang ajar dengan bangsa Melayu. Sebenarnya mereka ini tidak tahu berterima kasih dengan tuan tanah di sini.

Memang patut pun mata pelajaran sejarah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah, biar mereka tahu asal usul mereka. Biar mereka tahu Rukun Negara, makna bendera Malaysia dan bunga kebangsaan Malaysia. Mereka ini sekarang sudah lupa asal usul mereka.

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan