Ingat BN Ingat Barang Naik

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 4 Disember 2010


Yahoo.... barang naik lagi, terima kasih kepada KERAjaan Barisan Nasional @ KERAjaan Barang Naik kerana telah menaikan harga minyak RON 95, gas dan gula. Kami sebenarnya telah lama menunggu akan kenaikan harga barang tersebut dan terus menunggu supaya barang-barang lain pun naik juga hendaknya. Apalah sangat kenaikan harga barang tersebut jika dibandingkan dengan harga di pasaran antarabangsa.

Jika dibandingkan gaji@elaun Perdana Menteri/wakil rakyat adalah diharapkan supaya dapat dinaikan lagi harga barang keperluan dan inilah satu-satunya tanda KERAjaan BN yang amat prihatin kepada rakyat. Biarlah gaji rakyat sedikit/murah kami bersetuju supaya gaji Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dinaikkan lagi kalau boleh mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Kami setuju.

Kos sara hidup pun masih rendah jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Biarlah kami makan pagi kais pagi makan petang kais petang janji Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dapat duduk di rumah vila dan banglo serta berserapan di hotel 5 bintang. Taniah KERAjaan Barisan Nasional BN=Barang Naik. Kami tak sabar hendak menunggu bila lagi barang lain nak naik.

Berita malam tadi mengatakan ekonomi kita berada ditahap yang baik itu pertandanya barang nak naik lagi.

Dialog P.Ramli dalam filem 3 Abdul; "itu kalau anakanda marah, kalau ayahanda marah?", bakal bapa mertua jawab; "kalau ayahanda marah takda apa-apa".....

Kita yang melantik wakil rakyat, kita pula hendak diperbodohkan oleh wakil rakyat. Wakil rakyat hidup senang lenang, rakyat yang melantik mereka hidup dengan penuh kesusahan, apa lagi tunggu....jom tukar kerajaan.

-mp-


0 ulasan

Catat Ulasan