Dalam berita TV3 tadi ada kes bunuh tikam dan bakar di Happy Garden, Brickfield, Kuala Lumpur. Kalau diperhatikan kes jenayah bunuh ini sudah macam biasa sahaja di Malaysia Tanah Air ku ini. Salah satu penyumbangnya ialah kebanjiran pendatang tanpa izin di Malaysia yang terlalu ramai.
Apabila pendatang tanpa izin ini terlalu ramai maka timbullah berbagai bagai masalah sosial dan jenayah, yang amat menggerunkan ialah kes bunuh ini sudah jadi macam biasa di Malaysia ini, silap sahaja sikit bunuh, bakar, tikam dan tembak. Bagi warganegara Malaysia yang prihatin ini memberi tekanan kepada cara hidup mereka.
Apa yang mendukacitakan ahli politik BN yang memerintah sekarang ini lebih tertumpu kepada mengumpul kekayaan kaum keluarga dan kroni mereka disamping membincangkan masalah yang remeh dan memualkan di dalam Parlimen seperti kes liwat dan isu cd sex dari membincangkan masalah rakyat yang lebih serius seperti peningkatan kes jenayah di dalam negara dan satu pekara yang amat melucukan bila berlaku pilihan raya kecil atau besar barulah nampak muka wakil rakyat BN dan janji palsu pun ditabur supaya dapat mengumpul kekayaan untuk sepenggal lagi. Kes jenayah tidak dibincangkan kepada pengundi tetapi isu pembangunan dan ekonomi sahaja yang diketengahkan kepada pengundi.
Yang susah dan menjadi mangsa adalah rakyat yang senang dan kaya raya adalah wakil rakyat BN, kalau ikut logik wakil rakyat sepatutnya hidup macam rakyat yang memilih mereka bukannya hidup lagi senang dari rakyat yang memangkah mereka. Kita rakyat ada kuasa untuk menolak wakil rakyat yang mengumpul kekayaan untuk diri mereka sendiri di dalam pilihan raya yang akan datang ini. Pilihlah wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat serta menjaga harta dan nyawa rakyat.
-mp-

0 ulasan