Kesan 'Budget 2012' Pak Jib...

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 25 Oktober 2011


Sejak Pak Najib kita membentangkan belanjawan 2012 kita di buai angan-angan yang barang keperluan akan murah 'giler'.... rupa-rupa nya barang keperluan bukan sahaja tak turun tapi naik dengan melambung-lambung. Dalam Berita TV3 tadi bagitau harga ayam naik dengan mendadak. Alasan penjual macam biasa la.... ayam tiada, pemborong jual mahal le... tu la dia bila ekonomi kita diurus dengan sistem kapitalis bukanya dengan sistem Islam.

Sekarang ni semuanya naik harga, BN la kata kan.... "Barang Naik".... Gaji kakitangan kerajaan belum naik tapi Barang Naik dah... sedangkan belanjawan yang dibentangkan oleh Pak Jib kita ni pun namanya 'Belanjawan 2012' tapi barang naik dah dalam tahun 2011. Sikap peniaga dan pemborong yang tamak menyebabkan pekara ini berlaku. Rasa tanggungjawab kepada rakyat yang berpendapatan rendah tiada di dalam diri peniaga dan pemborong (tidak semua) disebabkan sifat tamak tadi dan sifat mengambil kesempatan.

Inilah bila kita hidup tidak mengambil Islam sebagai cara hidup kita dan KERAjaan yang ada ini (BN) tidak mengikut Islam dan kalau boleh mereka mahu Islam itu mengikut KERAjaan BN, takkan pelik bin ajaib......ada 'hati' kita menyuruh Islam mengikut kita....

p/s:- kita nyahkan BN dalam PRU yang akan datang ini... InsyaALLAH....

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan