Berita hari ini dikejutkan dengan bencana alam di dua tempat yang berasaingan, Tsunami di kepulauan Samoa dan gempa bumi berukuran 7.7 skala rachter di Selatan Sumatera. Bagi mereka yang 'kurang' iman bolehlah diandaikan ianya fenomena alam atau gangguan alam atau hukum alam, tetapi bagi orang-orang yang beriman ianya adalah 'AMARAN' daripada ALLAH S.W.T supaya kita kembali kepangkal jalan dan banyak membuat kebajikan serta meninggalkan kemaksiatan.

Apa yang hendak saya katakan di sini berkenaan dengan gempa bumi di Selatan Sumatera yang juga dapat dirasai di Semananjung Malaysia. Menariknya sebelum belaku gempa bumi ini, akhbar semalam memaklumkan sebuah syarikat filem di Indonesia hendak menjemput seorang pelakon filem lucah dari Jepun bernama Maria Ozawa dan yang lagi menariknya ia tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI). Indonesia ini jenis yang mudah lupa walaupun pernah diberi 'Amaran' keras dari ALLAH S.W.T iaitu Tsunami di Aceh beberapa tahun yang lepas, jadi fikir-fikirkanlah......

p/s. sanggup jemput pelakon lucah dari Jepun sebab nakkan 'habuan dunia' takut esok Malaysia tanah airku nak jemput juga pelakon lucah sebab nak kejo 'glemer' maklumle 'Malaysia boleh'.... ditambah dengan 1Malaysia.....

-mp-

| edit post

RM168 Juta Untuk F1 1Malaysia

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 27 September 2009 0 ulasan

Berita 'Kosmo' sabtu 26.09.09 di dalam mukasurat 53 ruangan sukan memaklumkan, "pasukan F1 Malaysia akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala baget tahunan pasukan dianggarkan mencecah RM308 juta......", walaupun projek ini ditanggung oleh pihak swasta, saya rasa adalah lebih baik RM ratusan juta itu digunakan untuk bantuan kebajikan kepada rakyat Malaysia yang di dalam kesusahan dan kemiskinan tegar seperti yang selalu dipaparkan di dada-dada 'akhbar arus perdana' dan di tv 'kerajaan' Malaysia.

Mewah sungguh orang-orang Malaysia ini......fikir-fikirkan lah dengan fikiran yang waras, tepuk dada tanya iman.....

-mp-

| edit post

Santai Jab..... Pak Arab tekejut....

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 26 September 2009 1 ulasan



Pak Arab ni tengah sembang pasai hari raye kot....hehe

-mp-

| edit post

Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Parit

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 25 September 2009 0 ulasan


Jamuan hari raya PAS kawasan Parit akan diadakan pada 26.09.2009 (Sabtu) jam 3:00 ptg. Bertempat di Markas PAS Titi Gantung. Ahli dan Penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir.

Sumber maklumat daripada En. Jamaluddin.

-mp-

| edit post

Sikap Pengguna Jalan Raya Di Hari Raya

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 24 September 2009 0 ulasan

Sekadar gambar hiasan

Pada hari raya ke dua saya dan keluarga ke Perlis kerana ada majlis pernikahan anak saudara. Kami pergi dengan ber'konvoi' 11 buah kereta. Apa yang saya nak ceritakan disini berkenaan dengan sikap pemandu kenderaan di lebuh raya utara selatan. Boleh dikatakan 80% pemandu di Malaysia 'kurang ajar' bukan sahaja di lebuh raya tetapi di jalan lain juga, terutama pemandu muda yang membawa kenderaan mewah dan pemandu yang baru dapat lesen memandu, dimana mereka ini rata-ratanya 'gian stering' dan menunjuk-nunjuk walaupun lebuh raya sesak dengan kenderaan.

'Kerajaan' mengadakan berbagai kempen dan operasi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi tidak berhasil, bukan kerana faktor jalan raya atau kenderaan tetapi yang sebenarnya adalah SIKAP pemandu atau pengguna jalan raya itu sendiri. Kita boleh mengelakkan kemalangan jika kita mengubah sikap kita dengan mengikut peraturan jalan raya dan bertimbang rasa di jalan raya. Fikir-fikirkanlah....

-mp-

| edit post

PERUTUSAN HARI RAYA

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 20 September 2009 0 ulasan

Assalammualaikum w.m.t, Bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dipanjangkan umur untuk menyambut hari yang berbahagia ini yakni hari kemenangan melawan hawa nafsu di dalam bulan Ramadhan yang lepas.

Dibulan keampunan ini marilah kita bermaaf-maafan dan melupakan sengketa serta ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Sekian, terima kasih kerana melawat blog ini.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin" - matparit & famili

-mp-

| edit post

Takbir Eid-ul Fitr

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 19 September 2009 0 ulasan



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin
Marilah kita bersama-sama bertakbir membesarkan ALLAH S.W.T dihari yang berbahagia ini.

-mp-

| edit post

SELAMAT HARI RAYE

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan



"Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin" dari: Mat Parit & famili

| edit post

RM 250 + RM 250 = RM 500 = PM Najib...

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 10 September 2009 0 ulasan

Apa yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan 'kerajaan' untuk bonus tahun ini jawabnya tiada bonus, yang ada bantuan khas sahaja. Itupun dibayar beransur-ansur (macam berhutang atau main 'kutu' la pulak...) RM 500 dibayar 2x..... letih nak ngabiskan RM 250 tu, banyak sangat barang boleh dibeli dengan RM 250, sebagai contoh mancis api dan penyapu lidi....

Harap-harap pembentangan belanjawan dalam bulan Oktober 2009 nanti ada bonus untuk kakitangan 'kerajaan' dan bonus untuk rakyat. Bagi pemimpin negara dan wakil rakyat RM 250 tu untuk bayar serapan pagi mereka di hotel-hotel ataupun duit minyak kereta mereka untuk seminggu je, tapi bagi kakitangan 'kerajaan' sokongan yang dah memang susah RM 250 tu besar bagi mereka walaupun tak cukup sebab sekarang ni semuanya 'barang naik' (BN). Minta 'kerajaan' pantau le harga barang keperluan yang naik mendadak seperti ikan dan lain-lain, kesian kat orang susah. Tolong ye...

Apa-apapun bersyukurlah sebab dapat bantuan khas walaupun ciput...

-mp-

| edit post