RM 250 + RM 250 = RM 500 = PM Najib...

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 10 September 2009

Apa yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan 'kerajaan' untuk bonus tahun ini jawabnya tiada bonus, yang ada bantuan khas sahaja. Itupun dibayar beransur-ansur (macam berhutang atau main 'kutu' la pulak...) RM 500 dibayar 2x..... letih nak ngabiskan RM 250 tu, banyak sangat barang boleh dibeli dengan RM 250, sebagai contoh mancis api dan penyapu lidi....

Harap-harap pembentangan belanjawan dalam bulan Oktober 2009 nanti ada bonus untuk kakitangan 'kerajaan' dan bonus untuk rakyat. Bagi pemimpin negara dan wakil rakyat RM 250 tu untuk bayar serapan pagi mereka di hotel-hotel ataupun duit minyak kereta mereka untuk seminggu je, tapi bagi kakitangan 'kerajaan' sokongan yang dah memang susah RM 250 tu besar bagi mereka walaupun tak cukup sebab sekarang ni semuanya 'barang naik' (BN). Minta 'kerajaan' pantau le harga barang keperluan yang naik mendadak seperti ikan dan lain-lain, kesian kat orang susah. Tolong ye...

Apa-apapun bersyukurlah sebab dapat bantuan khas walaupun ciput...

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan