Pada hari raya ke dua saya dan keluarga ke Perlis kerana ada majlis pernikahan anak saudara. Kami pergi dengan ber'konvoi' 11 buah kereta. Apa yang saya nak ceritakan disini berkenaan dengan sikap pemandu kenderaan di lebuh raya utara selatan. Boleh dikatakan 80% pemandu di Malaysia 'kurang ajar' bukan sahaja di lebuh raya tetapi di jalan lain juga, terutama pemandu muda yang membawa kenderaan mewah dan pemandu yang baru dapat lesen memandu, dimana mereka ini rata-ratanya 'gian stering' dan menunjuk-nunjuk walaupun lebuh raya sesak dengan kenderaan.
'Kerajaan' mengadakan berbagai kempen dan operasi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi tidak berhasil, bukan kerana faktor jalan raya atau kenderaan tetapi yang sebenarnya adalah SIKAP pemandu atau pengguna jalan raya itu sendiri. Kita boleh mengelakkan kemalangan jika kita mengubah sikap kita dengan mengikut peraturan jalan raya dan bertimbang rasa di jalan raya. Fikir-fikirkanlah....
-mp-

0 ulasan