Berita hari ini dikejutkan dengan bencana alam di dua tempat yang berasaingan, Tsunami di kepulauan Samoa dan gempa bumi berukuran 7.7 skala rachter di Selatan Sumatera. Bagi mereka yang 'kurang' iman bolehlah diandaikan ianya fenomena alam atau gangguan alam atau hukum alam, tetapi bagi orang-orang yang beriman ianya adalah 'AMARAN' daripada ALLAH S.W.T supaya kita kembali kepangkal jalan dan banyak membuat kebajikan serta meninggalkan kemaksiatan.

Apa yang hendak saya katakan di sini berkenaan dengan gempa bumi di Selatan Sumatera yang juga dapat dirasai di Semananjung Malaysia. Menariknya sebelum belaku gempa bumi ini, akhbar semalam memaklumkan sebuah syarikat filem di Indonesia hendak menjemput seorang pelakon filem lucah dari Jepun bernama Maria Ozawa dan yang lagi menariknya ia tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI). Indonesia ini jenis yang mudah lupa walaupun pernah diberi 'Amaran' keras dari ALLAH S.W.T iaitu Tsunami di Aceh beberapa tahun yang lepas, jadi fikir-fikirkanlah......

p/s. sanggup jemput pelakon lucah dari Jepun sebab nakkan 'habuan dunia' takut esok Malaysia tanah airku nak jemput juga pelakon lucah sebab nak kejo 'glemer' maklumle 'Malaysia boleh'.... ditambah dengan 1Malaysia.....

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan