Kotak Ikan Berinsulasi

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 28 Februari 2010 0 ulasan


Penggunaan kotak ikan berinsulasi bermula 1 Mac ini, tetapi mengimport ikan hendak melancarkan mogok bagi membantah penggunaan kotak tersebut yang dikatakan jauh lebih mahal dari harga kotak ikan lama. Ada juga pengusaha ikan akan menaikkan harga ikan kerana kos bertambah kata mereka. Taniah kepada pengusaha ikan kerana berjaya menaikkan harga ikan yang sebelum inipun harga ikan sudah sememangnya tinggi, bayangkan harga sekilo ikan kembong RM 10.00 ke RM 12.00 di bandar Ipoh.

Taniah juga kepada pak-pak menteri dan penyokong tegar umno/BN kerana sejak BN memerintah banyak harga Barang Naik almaklumlah BN katakan, macam yang saya selalu katakan yang senang-lenang menteri, kroni dan pengampu yang sama waktu dengannya, yang susah rakyat bawahan, sudahlah kos kehidupan melambung tinggi, gaji dan pendapatan ditahap dahulu juga, orang atas ini tiada otak ke hendak berfikir. Patutlah kes jenayah di 1Malaysia ini makin menjadi-jadi rakyat hidup dalam tekanan serta tidak mendapat redho ALLAH sebab dapat 'KERA jaan' yang zalim serta membelakangkan hukum ALLAH.

Fikir-fikirkan lah......

-mp-

| edit post

PLUS

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 26 Februari 2010 0 ulasan


Dalam rancangan 999 (TV3) semalam ada memaparkan kisah PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) lambat menarik kereta yang rosak dilebuhraya sehingga ke rumah tol yang berhampiran dan diambil alih oleh kereta penunda persendirian. Ini secara langsung akan menyusahkan pengguna lebuhraya PLUS, sudahlah dibeban dengan kadar tol yang tinggi kena pula bayar perkhidmatan kereta penunda dan yang paling penting keselamatan pengguna lebuhraya tersebut. Dalam hal ini pihak PLUS kenalah bertimbang rasa, peka, cepat dan pantas dalam mengambil tindakan apa bila kenderaan pengguna rosak dilebuhraya mereka tetapi apa yang saya lihat sekarang ini cukup susah untuk kita jumpa PLUS Ronda sekarang ini.

Untung dah juta-juta, sepatutnya PLUS dah tambah PLUS Ronda serta pasang lampu jalan disepanjang lebuhraya mereka untuk keselamatan dan keselesaan pengguna berilah sedikit kebajikan kepada pengguna lebuhraya mereka, inilah gambaran sistem kapitalis tahu untung sahaja servis macam hampas.... apa komen JKJR Malaysia dalam hal ini....

-mp-

| edit post

Hari Pejuang Bahasa Melayu

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 17 Februari 2010 1 ulasan


Kosmo 16 Feb. 2010 didalam mukasurat 4, tajuk: 'Golongan anggap bahasa Melayu kolot dibidas'. Kritikan itu dilontarkan beberapa ahli panel yang membentangkan kertas kerja seperti Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"..... bahasa Melayu tidak seharusnya bergelut dalam usaha untuk dimertabatkan kerana ia sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968 Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pelajaran 1996"

Tetapi apa yang berlaku sekarang ini apabila orang Melayu itu sendiri segan dan malu untuk menggunakan bahasa ibundanya sendiri, terutama golongan terpelajar dan golongan pemimpin negara. Apabila orang Melayu pun tidak mahu bercakap menggunakan bahasa Melayu kaum-kaum lain seperti Cina dan India lagilah tidak mahu menggunakan bahasa Melayu.

Itulah sebabnya setelah 53 tahun merdeka kita masih lagi berjumpa dengan kaum Cina, India dan Melayu yang tidak tahu bercakap menggunakan bahasa Melayu dan loghatnya masih pekat kecinaan dan keindiannya. Mereka (Cina dan India) masih mengagungkan bahasa Inggeris dari bahasa Melayu itu sendiri, sedangkan darah mereka tumpah dibumi bertuah ini (Malaysia). Lain pula bangsa Negro (Afrika Amerika) mereka langsung tidak tahu berbahasa 'negro' sebaliknya mereka mendaulatkan bahasa Amerika, macam itulah kalau hendak jadi warganegara yang baik.

Kita tidak menafikan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa tetapi kita juga kena menDAULATkan bahasa Melayu sekiranya kita menghormati negara Malaysia ini yang pemimpin negaranya orang Melayu dan asalnyapun nama negara ini Tanah Melayu. Generasi muda sekarang ini kurang mencintai negara kelahirannya serta bahasa Melayu ialah kerana mereka kurang memahami sejarah Tanah Melayu itu sendiri.

Kalau bukan kita yang hendak menDAULATkan bahasa Melayu ini siapa lagi yang hendak menDAULATkannya adakah rakyat negara Peru, Cuba, Kenya, Samoa, Afrika Selatan atau yang sewaktu dengannya yang hendak menDAULATkan bahasa MELAYU ini, ataupun kita rakyat MALAYSIA..... fikir-fikirkan lah sendiri....

"BAHASA JIWA BANGSA"

-mp-

| edit post

Sketsa: Kapal Selam Tak Boleh Selam

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 14 Februari 2010 0 ulasan

Kapal selam pertama Malaysia, KD Tengku Abdul Rahman (KD TAR) baru tiga bulan berada di perairan kita tetapi sudah tidak boleh menyelam ada masalah tenikal kata 'deme'. Apa celita?!. Apa bila kita rajin membaca samaada melalui buku atau 'muka buku' kita akan mendapat banyak ilmu pegetahuan. Dalam banyak-banyak ilmu pengetahuan berkenaan dengan kapal selam ini, ada tiga jenis kapal selam yang belum pernah orang cerdik pandai menciptanya.

Tiga jenis kapal selam yang belum dicipta ialah, satu kapal selam yang boleh terbang diudara keduanya kapal selam yang boleh berjalan di daratan dan yang ketiganya kapal selam yang tidak boleh menyelam di dalam laut, eloklah 'KERA jaan' Malaysia menciptanya supaya boleh tepahat dalam sejarah dunia.

Sebelum ini pun kita hampir-hampir mencipta sejarah apabila kita mempunyai dua jet perjuang (F-5E) tanpa enjin untuk kita terbangkan mengawal ruang udara kita. Lagi satu kalau boleh kita cipta pula kereta kebal yang tidak kebal boleh kan, kan, kan, kenapa jadi macam ini..... pikioq le sendiri.....

-mp-


| edit post

Sketsa: Main Bola

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 10 Februari 2010 0 ulasan


Ada member tu anak orang berada lagi berkuasa ajak main bola sepak siap bagi baju lagi tapi ada beberapa syarat yang perlu diikuti kalau nak main bola dengan dia; antara syarat-syaratnya:
i. Padang mesti padang dia
ii. Pengadil bapa saudara dia
iii. Penjaga garisan sepupu dia
iv. Tiang gol dia 2 kaki, tiang gol kita 20 kaki
v. Masa pelawanan mata kita ditutup, tangan kita diikat.
Akhir sekali dia kata kalau kamu menang dia bagi dua hinggit aje.... abih cham no...

-mp-

| edit post

Lima Kosong

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan


Keputusan telahpun keluar, Mahkamah Persekutuan memihak kepada Zamri Abdul Kadir, apa boleh buat takdir menentu segalanya. Sabar menunggu PRU-13, untuk tumbangkan BN. Mereka merancang tapi mereka lupa bahawa ALLAH S.W.T Maha Merancang.

Tolak BN, tegakkan Daulah Islamiah. PAS untuk semua. Dari sekarang kita kena menyusun gerakan parti untuk berhadapan dengan pilihanraya yang ke 13.

"TOLAK BN UNDI PR"
"PAS
UNTUK SEMUA"

-mp-

| edit post

Harga Beberapa Barang Keperluan Naik Sehingga 140%

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 7 Februari 2010 1 ulasan

Dalam Kosmo Ahad muka surat 3 melaporkan; "Pulau Pinang - Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.......
....... beberapa barangan lain seperti milo, susu pekat manis dan rempah ratus mungkin naik antara 5 hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang." - Tahniah BN= Barang Naik.

Yang mengadu susah ialah orang kampung dan rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan tidak pandai nak makan rasuah juta-juta, yang senang-lenang ialah menteri-menteri dan pecacai UMNO/BN, meraka ni makan makanan berzat lagi berkhasiat, rakyat makan 'hampas' mereka.

Kalau dah macam ni sepatutnya 'KERA jaan BN' kena wujudkan kementerian baru yang di beri nama Kementerian Harga Barang Malaysia (KHBM) kawal semua harga barang di dalam Malaysia ni hapuskan sistem kapitalis yang menghisap darah rakyat dan hapuskan juga 'taukeh-taukeh' dan 'orang tengah' yang sentiasa mengambil kesempatan dan meneguk di air yang keruh.

-mp-

| edit post

Gaji Polis Naik

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 3 Februari 2010 0 ulasan


Berita TV3 jam 8:00 malam tadi memaklumkan bahawa kerajaan akan menaikan gaji anggota Polis Di Raja Malaysia mengikut pangkat dan gaji metrik diantara RM 1500 ke RM 6000. Itu sudah bagus, taniah Polis.

Gaji kakitangan kerajaan yang lain bila nak naik pulak? Barang keperluan aje yang selalu naik... naik le gaji kakitangan gomen yang lain pulak.... baru adil....

-mp-

| edit post



Hebat PAS Perak.

-mp-

| edit post