PLUS

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 26 Februari 2010


Dalam rancangan 999 (TV3) semalam ada memaparkan kisah PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) lambat menarik kereta yang rosak dilebuhraya sehingga ke rumah tol yang berhampiran dan diambil alih oleh kereta penunda persendirian. Ini secara langsung akan menyusahkan pengguna lebuhraya PLUS, sudahlah dibeban dengan kadar tol yang tinggi kena pula bayar perkhidmatan kereta penunda dan yang paling penting keselamatan pengguna lebuhraya tersebut. Dalam hal ini pihak PLUS kenalah bertimbang rasa, peka, cepat dan pantas dalam mengambil tindakan apa bila kenderaan pengguna rosak dilebuhraya mereka tetapi apa yang saya lihat sekarang ini cukup susah untuk kita jumpa PLUS Ronda sekarang ini.

Untung dah juta-juta, sepatutnya PLUS dah tambah PLUS Ronda serta pasang lampu jalan disepanjang lebuhraya mereka untuk keselamatan dan keselesaan pengguna berilah sedikit kebajikan kepada pengguna lebuhraya mereka, inilah gambaran sistem kapitalis tahu untung sahaja servis macam hampas.... apa komen JKJR Malaysia dalam hal ini....

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan