Hari Pejuang Bahasa Melayu

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 17 Februari 2010


Kosmo 16 Feb. 2010 didalam mukasurat 4, tajuk: 'Golongan anggap bahasa Melayu kolot dibidas'. Kritikan itu dilontarkan beberapa ahli panel yang membentangkan kertas kerja seperti Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"..... bahasa Melayu tidak seharusnya bergelut dalam usaha untuk dimertabatkan kerana ia sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968 Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pelajaran 1996"

Tetapi apa yang berlaku sekarang ini apabila orang Melayu itu sendiri segan dan malu untuk menggunakan bahasa ibundanya sendiri, terutama golongan terpelajar dan golongan pemimpin negara. Apabila orang Melayu pun tidak mahu bercakap menggunakan bahasa Melayu kaum-kaum lain seperti Cina dan India lagilah tidak mahu menggunakan bahasa Melayu.

Itulah sebabnya setelah 53 tahun merdeka kita masih lagi berjumpa dengan kaum Cina, India dan Melayu yang tidak tahu bercakap menggunakan bahasa Melayu dan loghatnya masih pekat kecinaan dan keindiannya. Mereka (Cina dan India) masih mengagungkan bahasa Inggeris dari bahasa Melayu itu sendiri, sedangkan darah mereka tumpah dibumi bertuah ini (Malaysia). Lain pula bangsa Negro (Afrika Amerika) mereka langsung tidak tahu berbahasa 'negro' sebaliknya mereka mendaulatkan bahasa Amerika, macam itulah kalau hendak jadi warganegara yang baik.

Kita tidak menafikan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa tetapi kita juga kena menDAULATkan bahasa Melayu sekiranya kita menghormati negara Malaysia ini yang pemimpin negaranya orang Melayu dan asalnyapun nama negara ini Tanah Melayu. Generasi muda sekarang ini kurang mencintai negara kelahirannya serta bahasa Melayu ialah kerana mereka kurang memahami sejarah Tanah Melayu itu sendiri.

Kalau bukan kita yang hendak menDAULATkan bahasa Melayu ini siapa lagi yang hendak menDAULATkannya adakah rakyat negara Peru, Cuba, Kenya, Samoa, Afrika Selatan atau yang sewaktu dengannya yang hendak menDAULATkan bahasa MELAYU ini, ataupun kita rakyat MALAYSIA..... fikir-fikirkan lah sendiri....

"BAHASA JIWA BANGSA"

-mp-

1 Responses to Hari Pejuang Bahasa Melayu

  1. admin Says:
  2. Hidup melayau...hahahaha

     

Catat Ulasan