Kotak Ikan Berinsulasi

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 28 Februari 2010


Penggunaan kotak ikan berinsulasi bermula 1 Mac ini, tetapi mengimport ikan hendak melancarkan mogok bagi membantah penggunaan kotak tersebut yang dikatakan jauh lebih mahal dari harga kotak ikan lama. Ada juga pengusaha ikan akan menaikkan harga ikan kerana kos bertambah kata mereka. Taniah kepada pengusaha ikan kerana berjaya menaikkan harga ikan yang sebelum inipun harga ikan sudah sememangnya tinggi, bayangkan harga sekilo ikan kembong RM 10.00 ke RM 12.00 di bandar Ipoh.

Taniah juga kepada pak-pak menteri dan penyokong tegar umno/BN kerana sejak BN memerintah banyak harga Barang Naik almaklumlah BN katakan, macam yang saya selalu katakan yang senang-lenang menteri, kroni dan pengampu yang sama waktu dengannya, yang susah rakyat bawahan, sudahlah kos kehidupan melambung tinggi, gaji dan pendapatan ditahap dahulu juga, orang atas ini tiada otak ke hendak berfikir. Patutlah kes jenayah di 1Malaysia ini makin menjadi-jadi rakyat hidup dalam tekanan serta tidak mendapat redho ALLAH sebab dapat 'KERA jaan' yang zalim serta membelakangkan hukum ALLAH.

Fikir-fikirkan lah......

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan