Kaum Nabi Lut Muncul Kembali

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 12 November 2011 1 ulasan


(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam - Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. (Surah Al-Qamar: 33-36)

Bagi orang yang beriman bergetar jiwa mereka apabila mendengar peringatan daripada ALLAH S.W.T. bagi yang tidak beriman tiada perasaan takut dengan bala dan azab ALLAH S.W.T di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Baru-baru ini ada ura-ura hendak diadakan Program Seksualiti Merdeka. Program ini menjurus kepada perhimpunan seks bebas dan perhimpunan untuk seks kaum sejenis sama ada lelaki dengan lelaki (homoseksual) atau perempuan dengan perempuan (lesbian).

Persoalannya disini kenapa hendak dibuat (dosa besar itu) di negara Malaysia yang mejoritinya orang Islam dan agama rasmi negara inipun agama Islam. Tidakkah kita takut dengan azab ALLAH S.W.T atau sengaja kita menempah bala dari ALLAH S.W.T, kenapa kita hendak melayan perkara yang begitu sensitif bagi umat Islam. Adakah kita telah lupa tentang kisah kaum Nabi Lut yang mengamalkan hubungan seks kaum sejenis dimana ALLAH S.W.T telahpun menurunkan balaNya yang Maha dasyat sehingga kaum Nabi Lut ini pupus dimuka bumi satu masa dahulu. Kenapa kita biarkan orang yang mengamalkan hubungan seks sejenis ini subur semula di dunia ini lebih-lebih lagi di negara Malaysia ini. Adakah kita telah lupa dengan peringatan ALLAH S.W.T di dalam Al-Quran tentang kisah kaum Nabi Lut.

Mungkin juga kita telah lupa tentang kisah kaum Nabi Lut itu kerana Kerajaan yang ada sekarang ini bukannya Kerajaan yang mahu MENDAULATKAN ISLAM SEPENUHNYA seperti yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T melalui RasulNya Nabi Muhamad s.a.w., Undang-Undang Islam pun tidak dilaksanakan walaupun kita telah merdeka selama 54 tahun. Maka dengan ini wajiblah bagi orang Islam yang beriman menolak kerajaan BN ini di dalam pilihanraya yang akan datang, supaya Undang-Undang ALLAH S.W.T dapat tertegak di Malaysia tanah air yang tercinta ini.

p/s:- dengor cerite yang hendak menganjurkan Program Seksualiti ini orang terpelajor belake tapi otak letak kat lutut, ce pekior kalau dah jantan dengan jantan dan betine dengan betine mana nak datang zuriat untuk nyambung keturunan demer. Agak-agak nyer demer tu datang dari maner ye... dari lubang jubor demer kut... tengin (bodoh) bebenor demer tu ye.... demer lupe kut yang demer tu asai dari emak bapak demer.... lagi satu kalau demer kene AIDS nanti demer mampus dah bersedia ker demer nak ngadap ALLAH... cer pekior cer pekior dengan iman.....

-mp-

| edit post

"Selamat Menyambut Hari Raya Eid'al-Adha"

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 5 November 2011 0 ulasan


"Selamat menyambut hari raya Eid'al-Adha, maaf zahir dan batin" buat yang mengenali diri ini, sanak saudara, sahabat handai, blogger-blogger dan kangkawan sepejuangan semoga kita bergembira di hari yang berbahagia ini.

Marilah kita KORBANkan kepercayaan bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia ini. Yakinlah dengan sebenar-benar yakin bahawa hanya ALLAH S.W.T sahaja yang MAHA BERKUASA untuk menjatuhkan pemimpin dan mengangkat pemimpin lain di atas izinNYA dan kehendakNYA, kita hanya perlu berusaha keras, berdoa dan seterusnya tawakal kepada ALLAH S.W.T.... InsyaALLAH.

p/s: jom kita KORBANkan umno dan BN dipilihanraya yang akan datang ini...

-mp-

| edit post


Semalam berita TV3 dan pagi ini dimuka depan Kosmo heboh pasal mata pelajaran Sains dan Matematik yang sekarang ini diajar dengan menggunakan dwi bahasa akan diajarkan semula dalam bahasa MELAYU sepenuhnya bermula 2016 bagi sekolah rendah dan 2021 bagi sekolah menengah. (mudah-mudahan BN dah tumbang pada masa tu...) dari segi kosnya pula melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Isu ini saya sudah komen semasa mula-mula ia hendak dilaksanakan sebabnya ini akan menggagalkan sebilangan besar murid berbangsa Melayu terutamanya di luar bandar untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Ini sebenarnya agenda tertentu dari puak-puak tertentu untuk menjatuhkan bangsa Melayu dari segi pembelajaran dan perkerjaan di dalam sektor kerajaan dan swasta. Pemimpin Melayu di dalam BN ini pula sebagai 'pak turut' dan otak dikepala lutut tidak dapat berfikir secara resional. Sekarang ini pun kaum Melayu jauh tertinggal dari semua segi berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini.

Disini timbul beberapa persoalan yang wajib Pemimpin UMNO yang kata mereka hendak membela nasib Bangsa Melayu menjawabnya secara jujur;
i. Kenapa kita perlu tunduk dengan desakan kaum lain?
ii. Kenapa kita tidak mendaulatkan bahasa Melayu dan meWAJIBkan semua bangsa bertutur di dalam bahasa Melayu?
iii.Kenapa kita mengagungkan bahasa Inggeris satu bangsa yang pernah menjajah kita?
iv. Kenapa kita tidak mencotohi negara Jepun, Korea, China dan negara-negara lain di dunia ini yang mengagungkan bahasa ibundanya sendiri tetapi terus maju di dunia?
v. Kenapa kaum-kaum lain yang lahir di negara ini masih bercakap tunggang-langgang dan pelat semacam bila bercakap menggunakan bahasa Melayu?
vi. Kenapa pendatang asing contoh dari negara Nepal, Afrika, Bangla, China dan India boleh dengan cepat menguasai bahasa Melayu berbanding dengan kaum lain yang lahir di negara ini tetapi masih pelat lagi?
vii. Kenapa ada ura-ura hendak dijadikan bahasa Inggeris salah satu mata pelajaran wajib lulus di dalam SPM?
viii. Kenapa kaum Negro di Amerika tidak tahu cakap 'negro' sebaliknya terus tahu cakap 'amerika' tidak macam kaum lain di Malaysia ini yang masih pelat berbahasa Melayu?
ix. Kenapa sudah 54 tahun merdeka pemimpin Melayu UMNongok tidak berjaya mendaulatkan bahasa Melayu di negara ini?
x. Kenapa ada sesetengah Melayu koperat@keparat bercakap sesama Melayu menggunakan bahasa penjajah lagi?

Kesimpulannya mudah, kalau kita bangsa Melayu itu sendiri pun tidak menDAULATkan bahasa Melayu adakah kaum-kaum lain hendak mendaulatkan bahasa Melayu itu? Sedarlah BANGSA MELAYU bahawa bahasa itu adalah jiwa bangsa. Jika kita menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu di Malaysia ini barulah kaum-kaum lain menghormati BANGSA MELAYU yakni yang diperTUAN TANAH MELAYU di Malaysia ini.

p/s: fikir-fikirkan lah...

-mp-



| edit post

Raja yang tunduk kepada RAJA segala Raja

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 3 November 2011 0 ulasan



p/s: hayatilah titah Sultan Brunai ini, jangan jadi macam Najib...

Nota: Diambil dari Malaysiaberih.blogspot.com, Youtube.

-mp-

| edit post

Kesan 'Budget 2012' Pak Jib...

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 25 Oktober 2011 0 ulasan


Sejak Pak Najib kita membentangkan belanjawan 2012 kita di buai angan-angan yang barang keperluan akan murah 'giler'.... rupa-rupa nya barang keperluan bukan sahaja tak turun tapi naik dengan melambung-lambung. Dalam Berita TV3 tadi bagitau harga ayam naik dengan mendadak. Alasan penjual macam biasa la.... ayam tiada, pemborong jual mahal le... tu la dia bila ekonomi kita diurus dengan sistem kapitalis bukanya dengan sistem Islam.

Sekarang ni semuanya naik harga, BN la kata kan.... "Barang Naik".... Gaji kakitangan kerajaan belum naik tapi Barang Naik dah... sedangkan belanjawan yang dibentangkan oleh Pak Jib kita ni pun namanya 'Belanjawan 2012' tapi barang naik dah dalam tahun 2011. Sikap peniaga dan pemborong yang tamak menyebabkan pekara ini berlaku. Rasa tanggungjawab kepada rakyat yang berpendapatan rendah tiada di dalam diri peniaga dan pemborong (tidak semua) disebabkan sifat tamak tadi dan sifat mengambil kesempatan.

Inilah bila kita hidup tidak mengambil Islam sebagai cara hidup kita dan KERAjaan yang ada ini (BN) tidak mengikut Islam dan kalau boleh mereka mahu Islam itu mengikut KERAjaan BN, takkan pelik bin ajaib......ada 'hati' kita menyuruh Islam mengikut kita....

p/s:- kita nyahkan BN dalam PRU yang akan datang ini... InsyaALLAH....

-mp-

| edit post

Ce dengor... Ce dengor....

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan



p/s:- Nama saya Ahmad...

-mp-

| edit post

'SALAM EIDULFITRI'

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 29 Ogos 2011 0 ulasan


Syukur kepada ALLAH S.W.T sebab dengan limpah kurniaNYA dapat kita sekali lagi menyambut Hari Raya Eidulfitri di dalam keadaan sihat waafiat, aman tenteram dan bahagia disamping keluaga dan sanak saudara. Bagi mereka yang mempunyai ibu-bapa tentu raya tahun ini lebih bermakna lagi.

Bagi pengguna jalan raya berhati-hatilah ketika memandu dimusim perayaan ini, kesabaran dan ketaqwaan perlu ada pada diri anda. Biar lambat asal selamat. Kunjung mengunjung meneratkan lagi persaudaraan kita pada sesama insan.

p/s: "selamat hari raya, maaf zahir dan batin"

-mp-

| edit post

BN = 'Bonus Najib'

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 9 Ogos 2011 0 ulasan


Terima kasih PM Najib selepas aje mc sebab lutut sakit, keroje je terus umum bonus untuk kakitangan gomen. Lega la sikit kakitangan gomen tersebut sebab dapat BN=Bonus Najib. Tapi PM kita tu tahu ke yang harga barang keperluan dan harian sekarang ni melambung tinggi. Harga lauk pauk dan kuih juadah berbuka puasa melambung tinggi dan tidak sepadan dengan saiz lauk pauk dan kuih tersebut. Ce PM kite bagi bonus bior bebetul bonus sampai 3 bulan gaji ke, baru la boleh kakitangan gomen nak beraya sakan. PM dan Menteri serta kroni lain le dah memang kaye raye..... tapi ape-ape pun kita bersyukur la apa yang ade.

p/s:- kalau ada duit hari tak raya pun raya, tapi kalau tak ada duit hari raya pun tak raya.... renung-renungkan le ye....

-mp-

| edit post

Bulan Puasa

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan

| edit post

Perutusan Khas BERSIH

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 16 Julai 2011 0 ulasan

"TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT PEJUANG BERSIH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN SAMA ADA LANGSUNG MAHU PUN TIDAK LANGSUNG" Teruskan pejuangan kita sehingga BN tumbang dan SPR belaku adil. Kepada kepimpinan saf tertinggi PR taniah di atas kejayaan ini.

Kepada Sastrawan Negara Datuk A.Samad Said taniah untuk Datuk di atas pejuangan Datuk yang tidak goyah bersama-sama PR dan "BERSIH".

Untuk PDRM yang berlaku zalim kepada penunjuk perasaan @ orang awam @ rakyat Malaysia @ warganegara Malaysia @ pembayar cukai @ pembayar gaji 'kamu' tunggulah anda semua akan didakwa di Mahkamah ALLAH YANG MAHA AGUNG diakhirat nanti, tunggulah masanya nanti.... InsyaALLAH.

p/s:- untuk Najib taniah jugak sebab Ratu Elizebeth berbaju kuning semasa diterima mengadap beliau....hehehehe....

-mp-

| edit post

Lagu BERSIH

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan

| edit post

Lagu PR

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan

| edit post

Menunggang Motorsikal Di Laluan Maut...

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 12 April 2011 0 ulasan


Aaahhhhh.... tension2x bila bawa moto dari jalan Kuala Kangso ke bando Ipoh, dah le sikap pemandu kenderaan yang lain banyak yang kurang ajor dan macam gam%@#g serta hampehhh...

Jalanraya nye pulok banyak lubang yang menjadi perangkap maut... lubang tu terjadi disebabkan hujan dan kerja-kerja menebuk lubang oleh kontraktor tertentu dan mereka tidak menyudahkan kerja mereka dengan baik, cantik dan kemas.

Bila berlaku kemalangan masing-masing menunding jari kepada orang lain. Inilah sikap masyarakat kita di 1Malaysia ni.... bagi penunggang moto kenalah lebih berhati-hati di jalanraya.

p/s: susahnya bila mengaku kita maju dan moden tapi otak bingai tahap gaban... jalan berlubang pun nak tunggu orang exsiden atau orang komplen baru nak tampal ke....

-mp-

| edit post

Apa Nak Jadi Malaysia Ni....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 10 April 2011 0 ulasan


Dalam berita TV3 tadi ada kes bunuh tikam dan bakar di Happy Garden, Brickfield, Kuala Lumpur. Kalau diperhatikan kes jenayah bunuh ini sudah macam biasa sahaja di Malaysia Tanah Air ku ini. Salah satu penyumbangnya ialah kebanjiran pendatang tanpa izin di Malaysia yang terlalu ramai.

Apabila pendatang tanpa izin ini terlalu ramai maka timbullah berbagai bagai masalah sosial dan jenayah, yang amat menggerunkan ialah kes bunuh ini sudah jadi macam biasa di Malaysia ini, silap sahaja sikit bunuh, bakar, tikam dan tembak. Bagi warganegara Malaysia yang prihatin ini memberi tekanan kepada cara hidup mereka.

Apa yang mendukacitakan ahli politik BN yang memerintah sekarang ini lebih tertumpu kepada mengumpul kekayaan kaum keluarga dan kroni mereka disamping membincangkan masalah yang remeh dan memualkan di dalam Parlimen seperti kes liwat dan isu cd sex dari membincangkan masalah rakyat yang lebih serius seperti peningkatan kes jenayah di dalam negara dan satu pekara yang amat melucukan bila berlaku pilihan raya kecil atau besar barulah nampak muka wakil rakyat BN dan janji palsu pun ditabur supaya dapat mengumpul kekayaan untuk sepenggal lagi. Kes jenayah tidak dibincangkan kepada pengundi tetapi isu pembangunan dan ekonomi sahaja yang diketengahkan kepada pengundi.

Yang susah dan menjadi mangsa adalah rakyat yang senang dan kaya raya adalah wakil rakyat BN, kalau ikut logik wakil rakyat sepatutnya hidup macam rakyat yang memilih mereka bukannya hidup lagi senang dari rakyat yang memangkah mereka. Kita rakyat ada kuasa untuk menolak wakil rakyat yang mengumpul kekayaan untuk diri mereka sendiri di dalam pilihan raya yang akan datang ini. Pilihlah wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat serta menjaga harta dan nyawa rakyat.

-mp-

| edit post

Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 12 Mac 2011 0 ulasan



Kekuasaan ALLAH S.W.T mengatasi segala-galanya. Renung-renungkanlah wahai sekelian manusia terutamanya pemimpin Malaysia yang beragama Islam.

-mp-

| edit post

Semenanjung Emas

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 8 Mac 2011 0 ulasan


Bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia ini, aman damai dan tenteram. Kita sebagai umat Islam di Malaysia ini WAJIB bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana Semenanjung Malaysia selamat dari segala bencana alam. Malaysia terlepas dari lingkaran api gunung berapi, tiada gunung berapi, gerak gempa, ribut taufan besar dan angin puting beliung. Yang terbaru gempa bumi berskala 7.1 di Chirstchurch New Zealand. Kita lihat bertapa dasyatnya kejadian tersebut serta banyak kemusnahan nyawa dan harta benda.

Pemimpin di Malaysia yang beragama Islam wajib menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan adil kepada rakyat supaya tidak terkena bala dan azab dari ALLAH S.W.T seperti bencana besar walaupun kadang-kadang kita diuji oleh ALLAH S.W.T dengan tanah runtuh, banjir dan angin. Janganlah pemimpin yang mengaku Islam ini mementingkan projek dunia sahaja dan melupakan 'projek' kita di akhirat.

p/s:- orang-orang dahulu kala memanggil Semenanjung Malaysia ni dengan nama Semenanjung Emas dan Tanah Melayu, takde la pula terdapat catatan dalam sejarah nama seperti semenanjung tanah india atau semenanjung tanah cina, walaupun deme banyak di Malaysia ni hidup dengan harmoni di sini....

-mp-


| edit post

Isu Minyak Masak La Pulak....

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 4 Januari 2011 0 ulasan


Semenjak dua menjak ini timbul la pulak isu minyak masak susah nak dapat di beberapa negeri di Semenanjung. Dalam berita pun dah masuk cerita isu minyak masak ni. Pelik bin Ajaib nya negara Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Lagi pelik kenapa di negara ini susah nak dapat minyak masak yang dibuat dari minyak sawit, mana perginya minyak-minyak tersebut.

Isu yang sebenarnya ialah kemungkinan besar pemborong dan pembekal hendak menaikkan harga minyak tersebut, dan yang paling kelakarnya KERAjaan BN kata tiada masalah dengan minyak masak dan masih banyak dipasaran. 'Terbalik kot', satu Malaysia dah tahu minyak masak susah nak dapat, KERAjaan kata tiada masalah. Yang ada dipasaran minyak jagung, minyak dari bunga matahari, minyak masak jenama mahal yang mampu dibeli oleh kroni dan menteri sahaja dan lagi satu minyak babi. Rakyat hendak minyak masak yang murah sebab rakyat hidup susah, bukannya macam Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri yang banyak duit tu.

Di sinilah letaknya kelemahan penguatkuasaan kita, isu remeh ini pun KERAjaan tak dapat nak diselesaikan. Ingatlah balik isu gula, minyak petrol, minyak diesel, bila naik saja harga berlambak la balik barang tersebut, yang kena tipu hidup-hidup rakyat, yang untung pemborong, pembekal, peniaga lintah darat, kroni dan KERAjaan BN (Barang Naik).

Esok-esok timbul la isu, jangan pakai banyak minyak masak nanti boleh kena darah tinggi, serangan jantung dan kancing gigi, lepas tu keluar la cerita dan iklan dalam tv serta akhbar pro KERAjaan gambar orang mati badan sebelah dok tengah pegang tin minyak babi sambil buat isyarat 'bagus' wakil KERAjaan BN pun tersenyum simpul dok sebelah dia....hahahaha....

-mp-

| edit post