Bahasa Melayu oh bahasa....

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 28 Ogos 2009 0 ulasan

Pagi tadi saya berurusan dengan sebuah bank yang terkenal. Apa yang dikesalkan semua kakitangan dibank tersebut tidak kira Melayu, Cina dan India men'daulat'kan bahasa inggeris dari bahasa MELAYU tempat kelahiran tanah tumpah darah mereka dan tempat pencarian rezeki mereka. Kaum Cina dan India sudah tentu menggunakan bahasa inggeris sebab mereka 'bangga' dengan bahasa tersebut, tapi yang menyedihkan bangsa Melayu pun bercakap dengan bahasa inggeris. Apa cerita?!

Kita akui bahasa inggeris bahasa antarabangsa, tapi agak-agaknya kalau kita tinggal di negara Cina atau India mahukah mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa harian mereka atau kita men'daulat'kan bahasa Melayu di negara tersebut. Kalau bangsa Melayu dan penduduk negara ini tidak MENDAULATKAN BAHASA MELAYU siapalah agak-agaknya yang hendak mendaulatkan bahasa Melayu itu, fikir-fikirkanlah wahai kalian yang mengaku "aku warganegara Malaysia"

p/s setahu saya orang yang bercakap menggunakan bahasa inggeris dalam urusan seharian mereka sebenarnya mereka itu 'perasan' mereka macam orang putih walaupun kulit mereka hitam ketuap.....hehe

'BAHASA JIWA BANGSA'

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

-mp-

| edit post

Terkena daa....

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 27 Ogos 2009 3 ulasan

Manusia ini macam-macam perangai, hari Selasa lepas saya dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan diri sebagai agen dari Real Rewards (sebenarnya agen insuran A.I.G) menyatakan saya terpilih berkenaan dengan insuran harta benda di dalam rumah dan dikenakan stem duty RM 10.00 sahaja, saya pun terus bersetuju, tetapi pada hari Khamis dia meminta nombor kad debit visa saya setelah diberi dia memberitahu kos yang saya kena bayar ialah RM 385.00. Saya terkedu sekejap.....

Petang tadi saya menghubungi pihak bank untuk membatalkan urusan pembayaran, pihak bank maklumkan kepada saya kena buat pembatalan kad debit tersebut dalam kadar segera supaya pembayaran tidak boleh dibuat oleh agen insuran tersebut.

Moral dari cerita ini kita jangan mudah percaya pada orang yang menggunakan kemudahan teknologi dan telefon untuk berurusan dengan kita sebab pegawai bank yang saya hubungi bagitau bila kita sudah bagi nombor yang tetera pada muka depan kad bermakna mereka boleh menggunakan kad kita dari itu berhati-hatilah, jangan jadi macam saya.

p/s. Kalau nak cari makan biarlah beritika dan bermoral jangan mengenakan orang nanti rezeki tak halal dan tak berkat, tak gitu En. Mohd. Ridzuan b. ***** no. tel. 03-27225555 atau 1800-88-8811

-mp-

| edit post

Pindah Rumah Dan Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarrak

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 22 Ogos 2009 0 ulasan

Sekadar gambo hiasan...

Gembira dengan kedatangan bulan pose ni..... sape yang tak pose tak boleh raye.... itulah ungkapan bebudak mase kechik-kechik dulu, sebenonye bulan puasa ni bulan yang penuh keberkatan dan bulan untuk membuat pahala banyak-banyak, tapi yang sedihnye dah 'tua' pun malas nak puasa... apa celita? Malu le kat bebudak, bebudak pun pose.....

Salingan........ 2 minggu sudah pindah rumah baru (baru beli je... hutang... hehe) letih pindah rumah pun tak hilang lagi, tapi syukur kepada ALLAH S.W.T sebab semuanya dipermudahkan dan diberi oleh ALLAH S.W.T kesihatan kami sekeluarga yang baik.... syukur... amin.

-mp-


| edit post

Apa bezanye.....

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 13 Ogos 2009 0 ulasan

Selsema Babi
Wabak penyakit yang paling ditakuti diseluruh dunia waktu ini kerana belum ada penawar bagi penyakit ini.

Siput Babi
Mengambarkan tindakan 'kerajaan' yang lembab di dalam menangani wabak selsema babi.

Babi
Binatang yang pengotor dan membawa pelbagai penyakit serta HARAM dimakan oleh Umat Islam.

-mp-

| edit post

H1N1..... selsema babi

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan

Kes kematian akibat selsema babi terus meningkat setiap hari sehingga tulisan ini dicatat sudah hampir 50 kes kematian. Apa yang mendukacitakan tindakan 'kerajaan' di dalam kes ini amat lemah dan lembab lagi lambat dari "siput babi". Dengan bilangan pesakit yang makin bertambah di hospital, 'kerajaan' masih lagi sebuk dengan urusan politik bodoh dan isu pembangunan.

Rakyat yang semakin gelisah tidak dihiraukan, hanya kempen kesedaran dan menjaga kebersihan disarankan dan iklan di dalam tv. Apa yang menjadi tanda tanya kenapa di negara lain bilangan kes kematian adalah rendah dan berita mengenai kes ini diluar negara seperti Mexico, Amerika dan Kenada telah senyap atau pun reda?

Apakah langkah yang diambil oleh 'kerajaan' sekarang ini tidak berkesan? Jika 'ya' sepatutnya 'kerajaan' lagi agresif dalam menangani wabak ini. LUPAKAN HAL POLITIK DAN PEMBANGUNAN TUMPUKAN HAL WABAK INI DAN SELAMATKAN NYAWA RAKYAT ADALAH AGENDA TERPENTING. Jadikan ia masalah utama di negara ini, sepatutnya kempen menangani wabak ini dijadikan tajuk utama di dalam akhbar dan tv. Sepatutnya 'kerajaan' telah melacarkan kempen 'BBT' (Berusaha Berdoa Tawakkal).

Selamatkan nyawa rakyat dahulu dari agenda politik dan pembangunan dunia ini. Kami rakyat kecewa dengan tindakan 'kerajaan' yang lembab ini. Betul ajal maut di'tangan' Tuhan, tetapi ALLAH S.W.T menyuruh kita berikhtiar dahulu. Jangan sampai WABAK H1N1 ini bertambah parah lagi.

-mp-

| edit post

Kereta lama da....

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 11 Ogos 2009 0 ulasan

Isu kereta lama 'dimainkan' oleh syarikat insuran ni dah lama dah. Macam-macam hal dan alasan diberikan oleh mereka untuk tidak diberi insuran 'pihak ketiga' oleh mereka. Kalau kita terus ke Pejabat Pos bermacam-macam alasan juga diberikan termasuklah menyuruh kita pergi ke Puspakom dulu untuk membuat pemeriksaan air kencing dan darah tinggi kereta tersebut takut-takut terkena H1N1 . Yang untung siapa didalam hal ini? Mestilah 'kerajaan', tauke syarikat insuran, Pos Malaysia Berhad, Puspakom dan kroni-kroni tertentu. Yang rugi dan susah (sebenarnya menyusahkan) siapa? Rakyat bawahan yang pakai kereta lama. Kenapa mereka pakai kereta lama? Sebabnya ialah mereka tak mampu nak beli kereta baru. Duit tak cukup untuk menanggung kos hidup yang semakin tinggi. 'Kerajaan' tak pernah fikir masalah ini pun!.

Adalah disarankan kepada 'kerajaan' supaya tidak menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah dan susah 'macam aku' ni pinjam cakap Mat Sabu supaya hanya dikenakan cukai jalan sahaja dan terus berurusan dengan JPJ sahaja (JPJ bersama rakyat) baru adil. Pergi JAHANAM dengan syarikat insuran lintah darat ni.

Kalaulah aku kaya dah tentu pakai BMW 7 siri...... tak gitu....

-mp-

| edit post

Sudah-sudah le....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 9 Ogos 2009 0 ulasan

'Kerajaan' yang ada ini (BN) dinasihatkan sudah-sudah le JANGAN menyusahkan rakyat lagi dengan bermacam-macam masalah yang diberi kepada rakyat. Bermula dengan pemakaian tali pinggang belakang, menyuruh menggunakan topi keledar yang ada tanda Sirim dan menghadkan tempoh usia topi keledar, menyusahkan pemilik kenderaan berkenaan urusan insuran pihak ketiga bagi kenderaan berusia lebih 10 tahun untuk mengambil cukai jalan, harga barang dipasaran naik, harga ikan dan ayam yang mahal tidak dikawal, gula tiada dipasaran (lepas ini tepung, minyak masak, telur, beras, ayam, daging dan macam-macam lagi akan tiada dipasaran ataupun harga naik melambung gila babi), minyak petrol Ron98 naik 20 sen, kaji semula tarif elektrik (untuk dinaikkan) walaupun TNB untung berbilion ringgit, lembab dan lambat (macam siput babi) bertindak menangani wabak selsema babi dan bermacam masalah yang akan di timbulkan lagi selepas ini oleh 'kerajaan' contoh pemasangan kemera perangkap had laju berfungsi 24 jam yang akan berkuatkuasa dalam bulan September ini, ops tarfik menjelang hari raya dan hari kebesaran lain. Cuba kita fikirkan dengan iman dan hati yang terbuka ini semua menyusahkan rakyat bawahan yang miskin dan memberi tekanan kepada rakyat (tak hairanlah dengan peningkatan kadar jenayah dan pesakit jiwa).

Sepatutnya 'kerajaan' yang ada ini meringankan beban rakyat dengan menaikan taraf hidup meraka dan menyediakan bantuan berupa kewangan atau barang keperluan kepada rakyat dengan wang yang rakyat berikan kepada 'kerajaan' dengan cukai kepada 'kerajaan'. Paling tidak pun kawal dan turunkan harga barang keperluan sebagai contoh harga beras yang naik melambung.

PM, menteri, pegawai polis, pegawai tentera dan pegawai 'kerajaan' tidak pernah merasa susah macam mana rakyat biasa susah untuk meneruskan kelansungan hidup seharian. Di sini saya lontarkan beberapa soalan untuk kita fikirkan jawapanya;

1. Pernahkah pak menteri pergi ke market membeli ikan kembong yang sudah pecah perut atau ayam sudah naik biru dan menanyakan berapa harga sekilo?

2. Pernahkah pak menteri memandu kereta sendiri ke stesyen minyak dan mengisi minyak petrol RM 20.00 dan berapa lama tahan dengan isian RM 20.00 tadi?

3. Pernahkah pak menteri singgah di kedai mamak 786 dan minum teh tarik satu, roti canai satu dan berapakah harganya?

4. Pernahkah pak menteri naik motosikal EX5 pakai topi keledar buruk dan singgah dikedai motor menanyakan berapakah harga satu topi keledar?

5. Pernahkah pak menteri merasa duit cuma tinggal RM100 sedangkan baru awal bulan?

6. Pernahkah pak menteri beratur panjang di pejabat Pos untuk membayar bil elektrik, bil air, bil telefon, bil handfon, bil astro, bil internet, cukai jalan, lesen memandu, cukai tanah dan entah amende lagi yang nilainya semakin lama semakin mahal?

7. Pernahkah pak menteri terfikir memikirkan masalah rakyat bukannya memikir masalah kroninya dan macam mana nak mengayakan anak bini pak menteri?

dan yang terakhir ini, soalan cepumas, PERNAHKAH PAK MENTERI TERFIKIR KALAH DALAM PILIHAN RAYA YANG KE-13?

-mp-

| edit post

Santai jab....

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan

Moto idaman...... nak bawak gi mesjid, solah tarawih bulan pose dah dekat ni..... tu dalam peti tu isi bubur lambok dan ayor nyor mude.......hehe...

-mp-

| edit post

Selsema babi.....

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan

H1N1 makin merebak dan menjadi wabak yang paling ditakuti di dunia ini pada masa ini, ada yang mengatakan ini angkara Israel dan Amerika (senjata biologi) tapi apa-apa pun kita sebagai Umat Islam mempercayai ianya dari ALLAH S.W.T untuk menguji iman seseorang dan peringatan bagi mereka yang lupakan Tuhan supaya kembali kepangkal jalan. Ini adalah qadak dan qadar dari ALLAH S.W.T. Langkah pencegahan yang paling utama adalah berdoa kepada ALLAH S.W.T untuk menjauhkan kita dan saudara kita dari penyakit ini kerana hanya ALLAH S.W.T sahaja yang maha besar dan maha perkasa untuk menghapuskan wabak ini disamping ikhtiar kita untuk mengelak wabak ini. Ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w ada menerangkan cara-cara mengelak penyakit berjangkit sejak 1400 tahun dulu lagi, begitulah majunya Islam mendahului masa... tapi pernahkah kita terfikir.....

-mp-

| edit post

Menyusahkan....

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan

Kenderaan (contoh: kereta) melebihi 10 tahun dan kurang dari RM 10,000.00 teramat susah nak dapat insuran pihak ketiga untuk ambil cukai jalan, macam-macam syarat dikenakan termasuklah kena bawak ke Puspakom, apa cerita ni.... yang untung syarikat insuran (syarikat insuran ini lebih teruk dari ahlong... lebih teruk dari lintah darat) yang susah rakyat bawahan berpendapatan rendah, ini semua bukan apa untuk melupuskan kenderaan tersebut secara halus (konon-kononnye nak ikut negara maju macam Jepun, tapi tahukah deme harga kereta di Jepun jauh lebih murah dari 'malaya' ni)... jadi dibuat macam-macam kerenah (ini semua mainan orang politik), nak suruh 'orang' berutang sampai 10 tahun ambil kereta baru, bodoh punya cadangan, agak-agak ade ke pak menteri dan tuake insuran pakai Proton Saga buatan tahun 1985.....

-mp-

| edit post

GULA Lemahnya Kite.....ye ke...

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 7 Ogos 2009 0 ulasan

Satu keajaiban Negaraku Malaysia ialah sesuatu perkara itu selalunya berulang semula. Isu gula tiada dipasaran belaku lagi, maka kecoh dan kepoh lah 'satu melaya' pasai gula. Itulah lemahnya 'kerajaan' kite isu remeh ini pun tidak boleh diselesaikan dengan SEGERA, walaupun 'kerajaan' kite mempunyai unit penguatkuasaan dan agensi untuk mengutkuasa undang-undang. Ramadhan Al Mubarrak datang lagi dan selepas ini isu harga dan 'barang tiada dipasaran' seperti TEPUNG, TELUR, AYAM dan ape tah bende lagi pasti berlaku sebabnya kite 'me LAYU', pekior, pikiaq dan fikirkan le...... tak gitu.... cuba kita jadi bangsa yang 'menegak' pulak......

-mp-

| edit post