Menyusahkan....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 9 Ogos 2009

Kenderaan (contoh: kereta) melebihi 10 tahun dan kurang dari RM 10,000.00 teramat susah nak dapat insuran pihak ketiga untuk ambil cukai jalan, macam-macam syarat dikenakan termasuklah kena bawak ke Puspakom, apa cerita ni.... yang untung syarikat insuran (syarikat insuran ini lebih teruk dari ahlong... lebih teruk dari lintah darat) yang susah rakyat bawahan berpendapatan rendah, ini semua bukan apa untuk melupuskan kenderaan tersebut secara halus (konon-kononnye nak ikut negara maju macam Jepun, tapi tahukah deme harga kereta di Jepun jauh lebih murah dari 'malaya' ni)... jadi dibuat macam-macam kerenah (ini semua mainan orang politik), nak suruh 'orang' berutang sampai 10 tahun ambil kereta baru, bodoh punya cadangan, agak-agak ade ke pak menteri dan tuake insuran pakai Proton Saga buatan tahun 1985.....

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan