Terkena daa....

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 27 Ogos 2009

Manusia ini macam-macam perangai, hari Selasa lepas saya dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan diri sebagai agen dari Real Rewards (sebenarnya agen insuran A.I.G) menyatakan saya terpilih berkenaan dengan insuran harta benda di dalam rumah dan dikenakan stem duty RM 10.00 sahaja, saya pun terus bersetuju, tetapi pada hari Khamis dia meminta nombor kad debit visa saya setelah diberi dia memberitahu kos yang saya kena bayar ialah RM 385.00. Saya terkedu sekejap.....

Petang tadi saya menghubungi pihak bank untuk membatalkan urusan pembayaran, pihak bank maklumkan kepada saya kena buat pembatalan kad debit tersebut dalam kadar segera supaya pembayaran tidak boleh dibuat oleh agen insuran tersebut.

Moral dari cerita ini kita jangan mudah percaya pada orang yang menggunakan kemudahan teknologi dan telefon untuk berurusan dengan kita sebab pegawai bank yang saya hubungi bagitau bila kita sudah bagi nombor yang tetera pada muka depan kad bermakna mereka boleh menggunakan kad kita dari itu berhati-hatilah, jangan jadi macam saya.

p/s. Kalau nak cari makan biarlah beritika dan bermoral jangan mengenakan orang nanti rezeki tak halal dan tak berkat, tak gitu En. Mohd. Ridzuan b. ***** no. tel. 03-27225555 atau 1800-88-8811

-mp-

3 ulasan

  1. Syawal Ipoh Says:
  2. Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan
    dan kematangan...

     
  3. Aidi-Safuan Says:
  4. owh sheit...aku pown terkena la nih..
    mula2 kata dapat policy percuma. sekali tiap2 bulan
    duit kena tolak.cam hampeh...
    pastu dah batalkan,tetiber kena tolak gak duit.
    lagi banyak lak tuh.bler call balik,dier kater
    aku tukar policy lagi tinggi plak.watefan la!

     
  5. Pok Pa Shop Says:
  6. Salam, saudara, saya berminat dengan kes saudara ni
    sebabnya kawan serumah baru terkena bulan lepas...
    tak sangka bisnes putar belit diorang ni dah lama
    ada....

     

Catat Ulasan