Isu kereta lama 'dimainkan' oleh syarikat insuran ni dah lama dah. Macam-macam hal dan alasan diberikan oleh mereka untuk tidak diberi insuran 'pihak ketiga' oleh mereka. Kalau kita terus ke Pejabat Pos bermacam-macam alasan juga diberikan termasuklah menyuruh kita pergi ke Puspakom dulu untuk membuat pemeriksaan air kencing dan darah tinggi kereta tersebut takut-takut terkena H1N1 . Yang untung siapa didalam hal ini? Mestilah 'kerajaan', tauke syarikat insuran, Pos Malaysia Berhad, Puspakom dan kroni-kroni tertentu. Yang rugi dan susah (sebenarnya menyusahkan) siapa? Rakyat bawahan yang pakai kereta lama. Kenapa mereka pakai kereta lama? Sebabnya ialah mereka tak mampu nak beli kereta baru. Duit tak cukup untuk menanggung kos hidup yang semakin tinggi. 'Kerajaan' tak pernah fikir masalah ini pun!.
Adalah disarankan kepada 'kerajaan' supaya tidak menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah dan susah 'macam aku' ni pinjam cakap Mat Sabu supaya hanya dikenakan cukai jalan sahaja dan terus berurusan dengan JPJ sahaja (JPJ bersama rakyat) baru adil. Pergi JAHANAM dengan syarikat insuran lintah darat ni.
Kalaulah aku kaya dah tentu pakai BMW 7 siri...... tak gitu....
-mp-

0 ulasan