H1N1..... selsema babi

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 13 Ogos 2009

Kes kematian akibat selsema babi terus meningkat setiap hari sehingga tulisan ini dicatat sudah hampir 50 kes kematian. Apa yang mendukacitakan tindakan 'kerajaan' di dalam kes ini amat lemah dan lembab lagi lambat dari "siput babi". Dengan bilangan pesakit yang makin bertambah di hospital, 'kerajaan' masih lagi sebuk dengan urusan politik bodoh dan isu pembangunan.

Rakyat yang semakin gelisah tidak dihiraukan, hanya kempen kesedaran dan menjaga kebersihan disarankan dan iklan di dalam tv. Apa yang menjadi tanda tanya kenapa di negara lain bilangan kes kematian adalah rendah dan berita mengenai kes ini diluar negara seperti Mexico, Amerika dan Kenada telah senyap atau pun reda?

Apakah langkah yang diambil oleh 'kerajaan' sekarang ini tidak berkesan? Jika 'ya' sepatutnya 'kerajaan' lagi agresif dalam menangani wabak ini. LUPAKAN HAL POLITIK DAN PEMBANGUNAN TUMPUKAN HAL WABAK INI DAN SELAMATKAN NYAWA RAKYAT ADALAH AGENDA TERPENTING. Jadikan ia masalah utama di negara ini, sepatutnya kempen menangani wabak ini dijadikan tajuk utama di dalam akhbar dan tv. Sepatutnya 'kerajaan' telah melacarkan kempen 'BBT' (Berusaha Berdoa Tawakkal).

Selamatkan nyawa rakyat dahulu dari agenda politik dan pembangunan dunia ini. Kami rakyat kecewa dengan tindakan 'kerajaan' yang lembab ini. Betul ajal maut di'tangan' Tuhan, tetapi ALLAH S.W.T menyuruh kita berikhtiar dahulu. Jangan sampai WABAK H1N1 ini bertambah parah lagi.

-mp-

0 ulasan

Catat Ulasan