Lagu Kentut 1 Malaysia (BN=Barang Naik)

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 14 Disember 2010 0 ulasan

Hayati lagu ini.....

| edit post

Ingat BN Ingat Barang Naik

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 4 Disember 2010 0 ulasan


Yahoo.... barang naik lagi, terima kasih kepada KERAjaan Barisan Nasional @ KERAjaan Barang Naik kerana telah menaikan harga minyak RON 95, gas dan gula. Kami sebenarnya telah lama menunggu akan kenaikan harga barang tersebut dan terus menunggu supaya barang-barang lain pun naik juga hendaknya. Apalah sangat kenaikan harga barang tersebut jika dibandingkan dengan harga di pasaran antarabangsa.

Jika dibandingkan gaji@elaun Perdana Menteri/wakil rakyat adalah diharapkan supaya dapat dinaikan lagi harga barang keperluan dan inilah satu-satunya tanda KERAjaan BN yang amat prihatin kepada rakyat. Biarlah gaji rakyat sedikit/murah kami bersetuju supaya gaji Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dinaikkan lagi kalau boleh mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Kami setuju.

Kos sara hidup pun masih rendah jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Biarlah kami makan pagi kais pagi makan petang kais petang janji Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dapat duduk di rumah vila dan banglo serta berserapan di hotel 5 bintang. Taniah KERAjaan Barisan Nasional BN=Barang Naik. Kami tak sabar hendak menunggu bila lagi barang lain nak naik.

Berita malam tadi mengatakan ekonomi kita berada ditahap yang baik itu pertandanya barang nak naik lagi.

Dialog P.Ramli dalam filem 3 Abdul; "itu kalau anakanda marah, kalau ayahanda marah?", bakal bapa mertua jawab; "kalau ayahanda marah takda apa-apa".....

Kita yang melantik wakil rakyat, kita pula hendak diperbodohkan oleh wakil rakyat. Wakil rakyat hidup senang lenang, rakyat yang melantik mereka hidup dengan penuh kesusahan, apa lagi tunggu....jom tukar kerajaan.

-mp-


| edit post

Proton Inspira

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 16 November 2010 0 ulasan


Proton baru ni melancarkan model baru yang diberi nama 'Inspira'. Cantik dan menawan dengan moto; "Yang Bijak Memilikinya"......hehehe.... macam lawak je.... dengan harga RM 78,999 ke RM 91,+++ (untuk model 2.0) rasanya sebagai rakyat Malaysia adalah tidak berbaloi kerana jika untuk kegunaan dalam Malaysia adalah terlalu mahal. Dari segi kualitinya pula adalah 50-50 jika dibandingkan dengan kereta import.

Pada saya jika anda bijak anda akan memiliki kereta yang berkualiti tinggi seperti Toyota Vios ataupun Honda City dengan harga yang lebih kurang tetapi jika dibandingkan dengan kualiti jauh lebih baik dari proton. Sepatutnya proton meningkatkan kualiti kereta yang dikeluarkan bukannya meningkatkan harga kereta yang dikeluarkan. Anda bijak, anda fikirkan.

-mp-

| edit post

Sejarah: Tanah Melayu

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 10 November 2010 0 ulasan


Sidang Dewan Rakyat, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata 3 penjawat awam telah dikenakan tindakan termasuk digantung tugas kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman..... kesian kat 3 orang Melayu tu.....

Isunya di sini bukannya perkauman, adalah pelik bin ajaib yang asyik kena dalam isu perkauman ni adalah bangsa Melayu je, bangsa lain 'lepas'.... Sekarang ini ada dua bangsa (tak boleh disebut, nanti perkauman) yang lagi perkauman dari bangsa Melayu. Terutama golongan muda meraka, bukan setakat perkauman malah bersikap kurang ajar dengan bangsa Melayu. Sebenarnya mereka ini tidak tahu berterima kasih dengan tuan tanah di sini.

Memang patut pun mata pelajaran sejarah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah, biar mereka tahu asal usul mereka. Biar mereka tahu Rukun Negara, makna bendera Malaysia dan bunga kebangsaan Malaysia. Mereka ini sekarang sudah lupa asal usul mereka.

-mp-

| edit post

Minyak Petrol Naik Lagi..... Ron 97

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 3 November 2010 0 ulasan


Minyak petrol naik lagi Ron 97 kali ni 5sen, apa la ada dengan nilai 5sen tu, ye tak? Sebab naik adalah kerana harga minyak Ron 97 ditentukan oleh pasaran kata pak menteri yang menjaga hal ehwal harga Barang Naik (BN).

Kata pak menteri tu lagi di dalam KOSMO muka surat 2 bertarikh 3 November 2010, harga Ron 95 kekal tahun ini, ini sudah bagus, baiknya KERAjaan BN ni... eehhh untuk tahun ini???? laaa hanya tinggal satu bulan dua puluh tujuh hari je lagi... tahun depan sah lah mesti naik lagi.....BN la kata kan..... Kesian kat rakyat yang sokong pembangkang, sebab yang sokong BN tidak terlibat dengan kenaikan ini.

Bagi pengundi di Galas dan Batu Sapi inilah peluang anda untuk mengajar KERAjaan BN sepaya mereka tidak akan menaikkan harga barang sesuka hati.... jom kita tolak BN.

p/s:- Kenapa sejak akhir-akhir ini kalau kemalangan kenderaan selalu terbakar adakah kerana minyak Ron 97 dan Ron 95 mudah terbakar...

-mp-

| edit post

Apa Ada Pada UMNO...

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 26 September 2010 0 ulasan


Apalah yang nak diharapkan pada UMNO;

1. Agama Islam... hancus.... di bawah UMNO, Hukum ALLAH pun tak tertegak sejak UMNO memerintah dan kita dah pun merdeka 53 tahun. Perdana Menteri kita seorang ISLAM dan menjadi WAJIB seorang pemimpin ISLAM untuk mendirikan Kerajaan ISLAM sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat beliau. (bagi seorang ISLAM yang taat pada ALLAH dan Rasul, tiada alasan untuk berdalih)

2. Bangsa Melayu... hancusss.... sejak UMNO memerintah bangsa Melayu bukannya terkehadapan tetapi terkebelakang dari bangsa lain, bangsa menoriti kaum India pun dan terkehadapan terutama dalam bidang ekonomi. Sebab pemimpin mereka membela bangsa mereka biarpun bangsa mereka berada di pihak pembangkang. Pemimpin UMNO mengkayakan anak bini dan kroni mereka sahaja, bangsa Melayu terutamanya pembangkang Melayu biar mati pun tak apa. Itulah sebabnya bangsa Melayu jauh tertinggal kebelakang. Sebab UMNO berjuang untuk kroni UMNO, bukannya bangsa Melayu. Bangsa Cina jangan cakap la, walaupun mereka MCA, DAP, Keadilan mereka tetap saling bantu membantu. Yang dengki hasat hanya Melayu UMNO sahaja, bila dengar aje orang pembangkang terutama dari PAS datang nak minta bantuan pada wakil rakyat, macam nak terkeluar biji mata dan isi perut.....punya meluatnya dengan muka sekali tunjuk meluat.

3. Bahasa Melayu.... lagi la hancusss.... sekarang ini mana ada bangsa lain yang nak menghormati bangsa Melayu kecuali jika ada kepentingan. UMNO sendiri pun dinamakan dalam bahasa Inggeris satu bangsa yang pernah menjajah kita. Bahasa Jiwa Bangsa, jika bangsa Melayu sendiri tidak mendaulatkan bahasa mereka, kaum-kaum yang lain lagi la tidak peduli. Itu yang beranak di Malaysia sampai tua bangka pun tak tahu cakap Melayu dan bila kita tegur mereka kata pekauman pula. Yang peliknya mat bangla, mat pakistan, mat negro baru masuk Malaysia dah tahu cakap Melayu. Bila kita sendiri tidak mendaulatkan Bahasa Melayu, macam mana bangsa lain nak menghormati bangsa Melayu, itulah salah satu sebabnya bangsa lain dah berani 'naik tocang'.

4. Ekonomi.... malas nak cakap, lihatlah sendiri wahai bangsaku... tapi yang kelakarnya ada pemimpin UMNO kata kita sudah maju dengan bangsa lain, silap tu bukan bangsa Melayu, tapi kroni UMNO...... fikirlah sendiri dengan akal yang ALLAH S.W.T beri kepada kita....

5. Pembangunan..... yang ini UMNO selalu jadikan modal bercakap, apa yang hendak dikejarkan dengan pembangunan jika rakyat terutama bangsa Melayu hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Semua kerajaan di dunia ini wajib menyediakan pembangunan seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan lain-lain lagi, lagi pun wang yang digunakan bukannya wang UMNO, tapi wang rakyat yang dikutip dengan pelbagai cukai yang dikenakan kepada rakyat. Di Thailand dan Indonesia tiada UMNO pun tetapi masih terdapat pembangunan di sana......

Rumusannya, apalah yang nak diharapkan pada UMNO, UMNO ini bersifat mahluk dan sifat mahluk adalah tidak kekal, UMNO tidak membela bangsa Melayu dari itu berubahlah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebab mereka hendak Mendirikan Kerajaan Islam dan memerintah secara adil untuk semua rakyat Malaysia.

-mp-

| edit post

Melayu Hilang Kuasa?????

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan


Semenjak dua menjak ni, media arus perdana mencanangkan isu Melayu akan hilang kuasa sekiranya Melayu tidak bersatu. Selama ini Melayu bersatu ke? Pecahan Melayu sekarang ini pun dah banyak dah... dengan politiknya dengan NGO nya...

Yang mengelabah ialah Melayu UMNO, sebenor-benornya UMNO le yang takut, sebab mereka tahu merekalah yang akan hilang kuasa, bukannya bangsa Melayu.

Bangsaku Melayu lagi kuat di bawah naungan ISLAM. Bangunlah bangsaku berjuang di bawah Parti ISLAM SeMalaysia (PAS).

-mp-

| edit post

Gula Susah Balik.....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 19 September 2010 0 ulasan


Selepas seminggu berhari raya, banyak yang membuat rumah terbuka, dalam kemeriahan menjamu rakan taulan gula pula payah nak didapati dan dicatu semula oleh peniaga lintah darat. Di berberapa kawasan sekitar Ipoh, Batu Gajah dan di Seri Iskandar kebanyakan peniaga lintah darat ini membenarkan hanya 2 kg sahaja yg boleh dibeli oleh orang ramai.

Apa punya 'turrr' KERAjaan BN ni.... gula punya masalah pun tak boleh diselesaikan. Adakah ini tanda-tanda gula akan dinaikkan harga lagi, jika ini berlaku sudah tentu barang-barang yang lain akan naik lagi termasuklah minyak petrol (Ron 95 ada kajian mengatakan minyak ini mudah terbakar- itulah sebab sekarang ini jika berlaku kemalangan banyak kenderaan terbakar)

KERAjaan BN yang ada ini cuma tahu mengumpul kekayaan untuk mereka, anak bini dan kroni sahaja, rakyat biar 'mampus' kebulur dan hidup dalam kemiskinan serta kepayahan. Cuba kita lihat dengan mata kasar tentang kekayaan dan kemewahan pemimpin BN ini sampaikan tak munasabah diakal kita. Berapa elaun sebulan wakil rakyat?! Sedangkan mereka ini adalah wakil kita di Parlimen sahaja tetapi kekayaan mereka ini macamlah Malaysia ini emak bapak mereka yang punya.

-mp-


| edit post

Taniah Polis DiRaja Malaysia

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 13 September 2010 0 ulasan


Seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telahpun melancarkan Ops Sikap dan seminggu selepas Raya Ops Sikap pun berakhir. Di harap tiadalah dikeluarkan saman ekor keatas pemandu kenderaan yang pulang berhari Raya.

Kemudian kita dikejutkan dengan kehilangan ahli perniagaan kecantikan Dato' Sosilawati bersama tiga yang lain, di sini satu kepujian dan sekalung taniah harus diberikan kepada Pihak PDRM kerana dengan kecekapan dan kepantasan berjaya menyelesaikan kes misteri kehilangan Dato' Sosilawati dengan tertangkapnya suspek kes tersebut.

Apa yang diharapkan kepada PDRM di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara yang baru imej Polis dapat dipulihkan semula dan dihormati oleh rakyat. Syabas PDRM.

-mp-

| edit post

Buang Bayi

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 24 Ogos 2010 1 ulasan


Semenjak dua menjak ni di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat ini kes membuang bayi yang baru dilahirkan menjadi-jadi di 1Malaysia ini, hingga menyebabkan kehilangan nyawa bayi tersebut dan kerajaan terpaksa mengubal undang-undang untuk mensabitkan sipelaku kepada kes bunuh dan dijatuhi hukuman yang setimpal. Siapa yang wajib dipersalahkan di dalam kes ini?

Pada saya yang salah mengikut susunan ialah pertamanya KERAjaan BN, kemudian ibu bapa yang terlibat dan yang ketiganya pasangan yang terlibat. KERAjaan yang ada ini cuma memikirkan keuntungan dunia sahaja tanpa memikirkan AKHIRAT. Satu contoh; dalam urusan perkahwinan (nikah mengikut syariah) disusahkan dengan perbagai syarat dan peraturan yang menyusahkan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, ini belum lagi kes hendak berpoligami, yang hendak buat perkara 'baik' cemas tak dipenjara yang bersekedudukan dibiarkan bebas, inilah Malaysia yang pelik.

Apa yang kita takuti ialah bala dari ALLAH S.W.T, seperti apa yang berlaku di Pakistan, dengan banjir besarnya, ingat tidak lagi apa bila Kerajaan Pakistan bersekongkol dengan Amerika Syarikat memerangi mujahiddin di Afghnistan (Taliban) di atas alasan 'pengganas', berapa banyak umat Islam dibunuh tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Bila ALLAH S.W.T menurunkan balanya bukan sahaja kerajaan yang kena malah rakyat yang tidak berdosapun turut kena. Mana dia 'kawan baik' (Amerika Syarikat) yang di sanjung sangat oleh rejim Pakistan ketika Pakistan menerima 'azab' dari ALLAH S.W.T sekarang ini.

p/s:- renungkanlah dengan hati dan fikirkanlah dengan iman didada, jangan jadikan kes buang bayi di Malaysia ini mengundang bala dari ALLAH... (minta dijauhkan..... Amin)

-mp-

| edit post

RM Kukuh Berbanding Dolar US

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 19 Ogos 2010 1 ulasan


Berita TV3 8 malam tadi 'berkata' Ringgit Malaysia kukuh berbanding Dolar US dengan nilai tinggi (RM 3.00 - 1.00 Dolar US). Tinggi tu.... Ini menunjukkan nilai Ringgit sudah bagus. Dengan nilai Ringgit yang tinggi ni sepatutnya KERAjaan BN menurunkan semula harga minyak dan barang keperluan yang lain di pasaran supaya rakyat Malaysia dapat merasai nikmat kehidupan disebabkan Ringgit Malaysia berada dalam keadaan kukuh dan stabil.

Berita gembira bagi rakyat Malaysia dan juga kakitangan kerajaan, Ringgit kukuh ekonomi baik ini bermakna kos sara hidup akan menurun, barang keperluan murah dan gaji kakitangan kerajaan naik serta diberi bonus dan duit raya...... betul ke..... entah le. Melodi kata; tungguuuuuu....

p/s: cuma takut ini hanya propaganda KERAjaan BN aje.... semua kata ok tapi barang keperluan melambung tinggi termasuklah kos sara hidup.... pak-pak menteri bukannya tahu apa sebab deme semua kaya raya senang lenang walaupun baru sepenggal jadi wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat....rakyat hidup susah.....pelik bin ajaib Malaysia ni....
-mp-

| edit post

Ekonomi Malaysia Baik.... Betul Ke?!

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 18 Ogos 2010 1 ulasan


Berita TV3 jam 8 malam tadi memberitahu ekonomi Malaysia berada di tahap yang baik. Baguslah, dengan ini tiada alasan lagi bagi KERAjaan 1Malaysia untuk menaikkan gaji kakitangan kerajaan dan MEMBERI BONUS kepada mereka, kalaulah ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang amat baik bolehlah bagi bonus 8 bulan gaji. (adakah ini terjadi...mimpi kut)

Tapi apa yang pelik bin ajaibnya baru-baru ini KERAjaan BN menyelaraskan (menaikkan) harga barang keperluan serta minyak. Harga barang keperluan harian pengguna semakin hari semakin naik dan mahal ini secara langsung meningkatkan kos sara hidup yang amat tinggi sedangkan ianya sudahpun tinggi selama ini.

Mata wang Malaysia juga sekarang ini semakin susut nilai dipasaran terbuka, jika hendak dibandingkan dengan mata wang Thailand pun kita sudah susut nilai. Belum lagi harga barang yang melambung tinggi di pasaran, belum lagi dikira harga ayam yang naik berganda di bulan Ramadhan ini. Harga juadah berbuka puasa di Pasar Ramadhan pun naik berganda-ganda. (Kes ribut di Melaka, mungkin ada kena mengena dengan perniaga yang mengambil kesempatan kepada pembeli....fikir-fikirkan lah dengan iman di dada)

Apa yang mendukacitakan KERAjaan BN langsung tidak mengambil apa-apa tindakan di dalam mengawal harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi, yang ada KERAjaan BN masih lagi mengutamakan projek-projek mega yang membazir (projek untuk kroni mereka) tanpa mengambil kira masalah rakyat bawahan.

-mp-

| edit post

Perpaduan UMNO Dan PAS

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 24 Julai 2010 0 ulasan


Dalam minggu ini heboh pasal perpadauan UMNO dan Pas, nampak kalut pada sebelah pehak UMNO sampaikan PM, TPM dan lain-lain pihak hendak bercakap soal perpaduan UMNO dan PAS, dari pehak PAS nampak 'cool' saja. Apa nak dikalutkan sebelum ini PAS pernah 'join' BN serta diperlekehkan dan pada UMNO selama ini tiada yang 'baik'nya dari PAS ini.

Atau pun ini hanya gimik supaya rakyat terutama Melayu lupa isu 'pelarasan' atau lebih tepat lagi isu kenaikan barang dan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini. UMNO takut rakyat tahu pemimpin dan kroni mereka hidup dalam kemewahan tetapi rakyat termasuklah ahli UMNO sendiri dalam kemiskinan dan penderitaan.

Satu sahaja cadangan saya; bubar UMNO dan seluruh ahli dan Presiden UMNO masuk PAS atas dasar iman dan taqwa serta tukar Perlembagaan Malaysia kepada Al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w. itupun kalau Melayu UMNO berani atas sebab Islam dan bangsa Melayu. Sekian.

p/s:- UMNO ada berani ker...
-mp-

| edit post

Yahoooo....Best....Harga Barang Naik Lagi.....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 18 Julai 2010 0 ulasan


Bermula 16 Julai 2010 harga minyak, gas dan gula dinaikkan oleh KERAjaan BN. Dalam akhbar dan TV pro BN KERAjaan BN mereka kata pengurangan subsidi. Pemotongan subsidi akan membantu Malaysia untuk mengurangkan defisit dan mencapai sasaran pembangunan. Pengurangan subsidi gula pula akan membolehkan kita mempromosi gaya hidup sihat... kata 'deme' dalam KERAjaan BN yang bodoh lagi bangang. Sudah dua hari isu kenaikkan harga minyak, gas dan gula berlangsung tetapi yang PELIK BIN AJAIBNYA di dalam berita TV dan akhbar langsung tiada 'cerita' ini, takut sungguh mereka.

Isunya kenapa rakyat yang dijadikan mangsa? para Menteri dan kroni hidup dengan gaya mewah, dan rakyat yang melebihi 20 juta masih menjadi MANGSA dengan wakil rakyat yang tak sampai pun 300 orang di dalam Parlimen Malaysia. Rakyat seolah-oleh dijadikan mangsa dan KERAjaan BN hanya sebagai 'pembuli' kepada rakyat bukannya pembela. Alasan KERAjaan BN ialah isu subsidi dan isu pembangunan. Kalau hendak berjimat cermat kenapa projek MEGA yang bernilai ratusan juta ringgit diteruskan juga, hentikan projek-projek yang membazir wang rakyat serta potong elaun wakil rakyat dan persoalannya kenapa wakil rakyat BN yang baru sepenggal menjadi wakil rakyat BN hidup dalam kemewahan, dari mana datangnya wang yang bergitu banyak sedangkan rakyat tahu berapa elaun seorang wakil rakyat.

KERAjaan BN harus sedar rakyat 1Malaysia bukan lagi bodoh tetapi rakyat melihat KERAjaan BNlah yang bodoh tidak tahu merancang ekonomi negara. Malaysia sebagai negara pengeluar bahan mentah (minyak) tetapi harga minyak di Malaysia tinggi jika dibandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain. Bila rakyat tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi rakyat akan berdoa kepada ALLAH s.w.t dan KERAjaan BN kena ingat doa orang terinaya tiada hijab di sisi ALLAH s.w.t. jangan sampai besok rakyat berdoa setiap wakil rakyat BN meninggal dunia supaya dapat diadakan pilihanraya kecil ataupun mereka berdoa supaya BN dan UMNO tumbang dan berkubur di 1Malaysia ini.

p/s:- berfikirlah menggunakan akal yang diberi ALLAH supaya kita gunakan untuk menumbangkan kerajaan yang zalim ini (BN) di dalam PRU-13, InsyaALLAH

-mp-

| edit post

Oh! Malaysia Tanah Air Ku...

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 12 Julai 2010 0 ulasan


Di 1Malaysia ni selama ini kita ada Kaum Melayu (Yang DiPertuan), Kaum Pribumi, Kaum Cina Dan Kaum India (fakta sejarah kaum cina dan kaum india di bawa masuk oleh Penjajah Inggeris) tetapi selepas kita merdeka hampir 53 tahun 1Malaysia sudah ada berbagai kaum dari berbagai negara. Kita ada Mat Indon, Mat Bangla, Mat Vet., Mat Pilipina, Mat Siam, Awang Hitam, China Doll dan rakan yang sewaktu dengannya, pendek kata negara kita dah jadi macam negara antarabangsa la pulak, esok tukar nama negara "Malaytarabangsia".

Apa yang dirisaukan sejak ramai pendatang berhijrah mencari rezeki di negara ini kadar jenayah pun mula bertambah-tambah dan penyakit yang merbahaya tidak dapat dikawal lagi, kalau dahulu penyakit seperti TB (batuk kering), Malaria dan penyakit berjangkit lain dapat kerajaan mengawalnya tetapi sekarang kes-kes penyakit tersebut telahpun bertambah dengan mendadaknya. Apa yang dikesalkan rakyat negara ini yang menjadi mangsanya. Dah la kos rawatan bertambah dengan harga ubat yang mahal.

Pihak yang diberi kuasa WAJIB memantau dan mengambil tindakan yang TEGAS supaya keselamatan rakyat dan negara terjamin dan pintu keluar masuk negara hendaklah KEBAL serta tidak dapat dibolosi oleh Pendatang Tanpa Izin. Bagi Pendatang Dengan Izin juga hendaklah dikawal supaya 'rezeki' rakyat 1Malaysia terjamin.

p/s:- KERA jaan yang ada ini kenalah pantau dan kawal PATI jangan asyik pandai cakap dalam Parlimen aje, pas tu bior mereka bebas merayau jangan tahu nak untung ikut 'satu kepala' je.. tak gitu YB... risau tengok Malaysia ni tak setegas macam negara lain di dunia ni...

-mp-

| edit post

Saman Ekor

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 10 Julai 2010 0 ulasan


Timbul lagi isu saman ekor daripada PDRM, PM 1Malaysia telah mengulas isu ini dengan berkata "yang salah tetap salah,....." betul le tu.... tapi PDRM dan PM pernahkah terfikir bahawa adakah pemandu kenderaan tersebut betul-betul salah?!

Adalah lebih wajar dan adil bagi kedua-dua belah pehak sekiranya setaip operasi jalan raya yang dijalankan oleh PDRM persalah ditahan serta-merta dan di beri saman pada ketika itu juga supaya penjelasan dan keselahan dapat diperjelaskan.

Apa yang dipertikaikan dengan saman ekor ini ialah tempoh penyerahan saman tersebut terlalu lama serta memakan masa dan yang amat mendukacitakan pesalah telah di senarai hitamkan tanpa pengetahuan meraka (kerana saman tersebut tidak sampai kepada mereka) ini telah menyusahkan dan membebankan mereka dalam urusan seharian, hidupkan lesen memandu dan cukai jalan, semua itu kena di'jelas'kan oleh pesalah pada ketika itu juga, contoh; saman kena bayar baru boleh ambil cukai jalan, ini menyusahkan rakyat, mana pergi slogan: "RAKYAT DI DAHULUKAN".

Kebanyakan saman ekor ini berkait rapat dengan kes 'lari laju' di kawasan-kawasan tertentu, tetapi apakah resionalnya Polis yang bertugas bersembunyi dan tidak meletak tanda "Awas Polis Sedang Operasi" sebagai peringatan kepada pemandu kenderaan, barulah adil dan tidak sebagai 'mengena' pemandu. Lagi satu had laju perlu dinaikan bagi kawasan 60 km/j dan 70 km/j kerana pada masa sekarang kuasa kuda kenderaan pun dah tinggi-tinggi belaka.

Akhir sekali PDRM dan JPJ kena berganding bahu membuat operasi sekerap yang mungkin untuk menguatkusakan undang-undang serta mendidik pemandu supaya menjadi lebih berhemah bukannya menyaman mereka sekerap yang mungkin.

p/s:- ala-ala latuk, ala-ala latuk jangan saman....lagu Poei satu masa dulu, kenapa kerap sangat saman rakyat, KERA jaan dah takde duit ke... tahu tak kos hidup rakyat dah melambung tinggi sejak KERA jaan BN memerintah....pikir la sikit en. polis.... akai ada ka.... gaji en. polis tinggi campur ngan 'elaun' lagi.... rakyat susah en. polis....

-mp-

| edit post

Ulamak UMNO

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 25 Jun 2010 0 ulasan

Berita tv3 suku tadi dibahagian akhirnya memberitahu 40 ulama menyerahkan borang keahlian umno dan masuk umno, syabas diucapkan kepada 40 orang ulama tersebut. Bagus le bila dah ada ramai ulama dalam umno.

Dengan adanya ulama di dalam umno ni kita harapkan mereka menjadi ulama yang baik dan menegur pemerintah dengan berani kerana ALLAH s.w.t, jangan jadi ulama 'jahat' yang takut menegur pemerintah.

Tugas pertama dan utama ulama umno ni menyuruh pemerintah MENEGAKKAN HUKUM ALLAH S.W.T MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS RASULLULLAH S.A.W (ada berani ker...), selepas itu menghalalkan yang HALAL dan mengharamkan yang HARAM, (contohs; lesen judi, lesen arak, kronilisma, rasuah, menyalahgunakuasa, menindas rakyat dll) menyuruh wakil rakyat BN yang Islam kembali taat secara menyeluruh sama ada suka atau terpaksa kepada ALLAH DAN RASUL.

Kalaulah ulama umno ini berjaya 'menyedokan' pemimpin umno dan ahlinya alangkah bahagianya 1Malaysia ini, adakah ini akan berlaku?, Tunggu dan lihat.....hehehehe..... tentu hidup kita aman damai tenang sebab dapat dengo ceramah agama tak payah permit, gula senang dapat, barang murah, bil api dan bil ayor murah giler....gaji tinggi....duit jadi berkat sebab dapat redho ALLAH...... (fikir-fikirkan lah dengan iman di dada...)

p/s:- boleh buat rancangan macam imam muda di astro, tapi tajuk rancangan kali ni 40 ulama umno yang berjaya menjadi pemimpin umno.......hehehe....

-mp-

| edit post

41% Kakitangan Kerajaan Makan Rasuah

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 4 Jun 2010 0 ulasan


Dalam kajian CUEPACS deme bagi tahu 41% kakitangan Kerajaan Malaysia makan rasuah, WoW banyak tu dah dekat separuh, ini kes berat ni..... sebagai contoh dalam 10 orang kakitangan 4 orang makan rasuah..... dasyat tu, kenapa mereka makan rasuah tak le teman tahu, mungkin gaji ciput kut... Apa yang teman dengo kalau kakitangan kerajaan makan rasuah tak le banyak sangat, masa teman sekolah dulu pun ada satu mamat polis ni suka nahan basikal budak sekolah kalau basikal bolin jawab nya kena tahan, kalau nak lepas kena bagi dia rasuah... sekupang pun dia ambik..... bukannya banyak pun sekupang dua aje, kesian kat kakitangan kerajaan.

Itu kajian CUEPACS pada kakitangan kerajaan, macam mana pulak menteri-menteri, timbalan menteri, SU Politik, ketua-ketua Bahagian dan Cawangan serta kroni yang sapu duit rakyat dan makan rasuah sampai berbilion dan jutaan ringgit tu..... kenapa tak diheboh dan siasat sumbat mereka dalam penjara, kenapa senyap je.... kekadang tu dah siap buat laporan tapi masih senyap aje..... kaya sangat ke menteri-menteri kita baru sepenggal dua dah ada harta berjuta-juta ringgit....kalau dah kaya tu tak payah le jadi menteri dah bagi can le orang lain pulak.

Sedarkah kita yang sekarang ini kos kehidupan terlalu tinggi di 1Malaysia ni, KERA jaan siap ugut lagi nak tarik subsidi untuk rakyat (sebenonye nak membodohkan Melayu), apa KERA jaan ingat duit yang ada dalam Perbendaharaan Malaysia tu duit menteri-menteri ke? Itu semua duit Rakyat Malaysia la, itu duit KAMI.....

p/s:- KERA jaan BN (Barang Naik) yang ada ini tau ngabihkan duit aje..... nak cari duit tak tahu.....

-mp-

| edit post

Gula Oh Gula....

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 20 Mei 2010 0 ulasan


Berita TV3 suku tadi dok ada berita pasal gula susah nak dapat balik, dulu sekali dah belaku bila naik harga ada balik sekejab.... lepas tu tak mandang balik.... Kosmo hari ni (4 Jun 2010) melaporkan PPDNKK nak kad jemputan kahwin untuk beli gula pada deme sebelum 3 hari majlis perkahwinan tersebut.... apa punya turrrr menteri yang berkenaan, sebelum tu ada satu kedai kalau nak beli gula kena tunjuk sijil nikah dulu, ada juga kena beli barang lain dulu sampai RM 100 ke atas baru dapat beli gula.

Perdana Menteri Melayu, Menteri berkenaan Melayu tapi nyusahkan orang Melayu, kalau dah tak boleh buat kerja turun dan letak jawatan, bagi yang berkelayakan, ramai lagi orang Melayu Islam boleh jadi PM dan Menteri lagi baik dari yang ada ini.

Bulan Ogos nanti kita nak sambut Ramadhan jawabnya dah tentu lagi susah nak cari gula, macam tahun lepas jugak, bila harga gula naik ada pulak.... yang untung kroni dan 'chukong' apa punya Menteri Melayu yang ada dalam Parlimen dok makan duit hasil titik peluh rakyat je..... bodoh punya kebinet 1Malaysia.

-mp-

| edit post

Tenaga Nuklear

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 18 Mei 2010 0 ulasan


Malaysia sedang mengkaji tenaga nuklear untuk kegunaan elektrik bagi pengguna di masa hadapan, tapi masalahnya adakah selamat digunakan? Kita takut macam mana berlakunya peristiwa kebocoran radio-aktif seperti di Chernobyl Rusia, apa yang dibimbangi tahap keselamatan nuklear tersebut..... sebabnya 1Malaysia ni buat ape pun runtuh, buat stedium runtuh, buat jambatan runtuh, buat jejatas runtuh, jadi kita takut buat logi nuklear runtuh jawabnye haru biru la dan kesan radio-aktifnye yang amat-amat merbahaya dan memakan masa yang lama untuk pulih.

Ada ura-ura Negeri Perak tak kesah jika loji nuklear didirikan di Perak, tapi pada saya janganlah dibuat di negeri ini ataupun di 1Malaysia sebab resikonya tinggi. Tapi kalau nak buat juga di 1Malaysia ni tempat yang sesuai tu banyak juga, antaranya;
i. Sebelah pejabat PM di Putrajaya
ii. Bangunan UMNO di PWTC
iii. Berhampiran Bukit Aman
iv. Kat belakang rumah Saifool Bukhari.....hehehe....

p/s:- ini satu lagi projek membodohkan orang melayu dan menipu rakyat malaysia, projek untuk bagi kroni kaya raya dan membazirkan wang rakyat, ada jaminankah bil elektrik jadi lagi murah, gula pun KERA jaan BN tak boleh kawal dok bagi rakyat susah hari-hari......

-mp-


| edit post

Rangkuman.....

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 15 Mei 2010 0 ulasan

Seminggu dua minggu ini sebuk sikit dengan hal ehwal peribadi... lama tak update blog...
Banyak berita 'panas', berita 'suam-suam kuku' dan berita sejuk mutakhir ini...

PANAS - Isu pilihanraya kecil Sibu:
Tak tahu le kalau kalah lagi Pakatan Rakyat jawabnnya harga barang dan kos kehidupan akan naik lagi, ini pun gula dah payah nak dapat di beberapa negeri itu adalah tanda-tanda jelas yang harga gula nak naik lagi, kalau harga gula naik maksudnya harga barang yang bersangkutan dengan gula akan naik juga, menteri apa tahu serapan pagi pun di hotel......., KERA jaan BN pun canang le jika gula berlebihan nanti dapat bermacam-macam penyakit kemudian hospital pun diswastakan.... padan dengan muka penyokong UMNO dan aku.... siapa susah? Rakyat, siapa senang-lenang dan kaya-raya? Menteri dan kroninya.....


SUAM-SUAM KUKU - Isu Polis:
Banyak pihak menuntut supaya Polis meminta maaf pada keluarga remaja yang tertembak tempoh hari, pada saya Polis tak payah minta maaf pada mereka, kerana mereka (Polis) hanya menjalankan tugas pada ketika itu, cuba bayangkan jika negara 1Malaysia ni tiada Polis, apa akan jadi dengan kita, nyawa kita, harta kita dan keluarga kita, jangan kita menunding jari kepada pihak Polis sahaja, cuba kita jadi warganegara yang baik dan sentiasa mengikut dan patuh pada undang-undang dan Polis pula jadilah anggota yang baik serta berhemah tinggi dalam menjalankan tugas dah tentu negara ini aman damai, sekarang ni pun banyak kes jenayah berlaku dan di tambah dengan pendatang asing yang memasuki secara haram di 1Malaysia ni.....

SEJUK - Isu Mohd. Saiful Bukhari Azlan:
Siapa dia, seorang jejaka tampan bergaya dan macam ala-ala lelaki berwatak lembut, beliau telah membuat laporan Polis yang beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yakni majikan beliau dan sedang dibicarakan di mahkamah, isu ini mencuri tumpuan dan jijik untuk dibaca bagi yang tengah makan.... "saya tidak membasuh dubur saya untuk menyimpan bukti".... selepas dua hari di........ lu pikir la sendiri....... wekkkkk

p/s:- nak komen pasal isu Polis, Unit SB Politik dan F.R.U sahaja yang saya tak suka sebab mereka ini memehak pada kepada UMNO dan BN..... berkerjalah secara adil, jujur, mesra rakyat dan berhemah sebab tuan-tuan akan ditanya di akhirat kelak.....

-mp-

| edit post

RM 130 Juta Untuk Sekolah Tamil

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 2 Mei 2010 0 ulasan


Kosmo 2 Mei 2010 di muka surat 4 ruangan semasa ada berita tajuk: 'RM 130 juta naik taraf sekolah Tamil' oleh KERA jaan 1Malaysia, WOW banyak tu, seronok deme, bangga walaupun menjadi kaum ketiga terbesar di 1Malaysia dan mendapat layanan 'istemewa' serta boleh tuntut macam-macam.

Minta KERA jaan 1Malaysia jangan abaikan dengan kaum nombor 1 terbesar di 1Malaysia ni dah le, kesian tengok bangsa Melayu yang masih merempat dan susah di bumi sendiri, jangan esok orang Melayu kata "kera di hutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan", kekadang tu ada sesetengah bangsa di 1Malaysia ni bila diberi sesuatu tak tahu berterima kasih pada bangsa yang menjadi Yang Di Pertuan tanah Melayu ni, dan tuntut macam-macam lagi, sebabnya deme ni buta sejarah dan lupa asal usul datuk nenek moyang deme.... fikir-fikirkan le......

p/s:- kesian kat bangsaku Melayu Islam di Tanah Melayu ni....masih ada yang susah walaupun tanah Melayu dah merdeka 53 tahun, bangsa Melayu masih ketinggalan dalam semua lapangan, tapi kesian lagi pada orang Melayu yang tak sedar-sedar dan tak nak berubah tukar kerajaan....kesian....

-mp-

| edit post

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 22 April 2010 0 ulasan



Pilihanraya kecil Hulu Selangor akan di adakan pada 25 April 2010, sekarang masa berkempen dan menabur janji. Apa yang menariknya setiap kali ada pilihanraya kecil media massa yang di'bayar' oleh KERA jaan akan memainkan isu-isu lapuk dan propaganda murahan. Pakatan Rakyat diburuk-burukan sehingga tahap maksimum tiada satu pun kebaikan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Ahli Pakatan Rakyat yang keluar parti usah cakaplah, tiap-tiap hari ada saja yang keluar, jangan esok yang tinggal Tuan Guru Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang lain semua keluar parti....hehe.... Bagi penyokong karat biru BN kenalah buka mata dan minda kunjungilah blog-blog Pakatan Rakyat dan berfikirlah dengan waras apa yang dibaca, macam saya, saya mendengar berita TV3 dan mengunjungi blog-blog pro BN dan menilai setiap apa yang didengar dan dibaca.

Apa yang penting bagi yang boleh mengundi pada 25 April nanti jalankanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi dan pilihlah wakil rakyat Yang Berkerja (YB) bukannya wakil rakyat Yang Berhormat (YB) pilih jangan tak pilih nanti kalau tersalah pilih Barang Naik (BN) ......

-mp-

| edit post

An Avening In Parit

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 13 April 2010 0 ulasan

Mempersembahkan lagu untuk orang Parit..



Ada jam beso Pekan Parit...

Terima kasih kepada Imuda dan dragonaz1303

-mp-

| edit post

Tolong Kempen Hulu Selangor... Undilah PKR (PR)

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 12 April 2010 0 ulasan



Tolak BN=Barang Naik

-mp-

| edit post

Malam Pun Panas....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 11 April 2010 0 ulasan


Semenjak dua menjak ni di Ipoh cuaca panas, cuma dalam minggu ni belah petang ada le hujan sikit itu pun lepas hujan bahang panas masih terasa. Apa yang menyebabkan panas itu teman tak tahu le, tapi dalam khutbah Jumaat yang lepas khatib ada bagi tau kes buang bayi di Ipoh dan berita TV3 malam tadi ada lagi kes buang bayi nasib baik di Selangor pulak.

Apa yang khatib bagitau selain kes buang bayi kes bersekedudukan dan melakukan zina berluas-luasa di Negeri teman sekarang ni, maksiat banyak tu le gamaknye panas melampau sekarang ni, ni tengah nulis blog ni bojut peluhnye yeop, duit api bulan ni pun melambung sebab tido pakai ekon. Kata ustaz teman kalau ALLAH turunkan bala kenanya sama rata tak kira yang buat jahat ke tidak.

Kita yang ALLAH bagi kesempatan hidup lagi ni banyakanlah amal ibadah sebelum terlambat dan berbuatlah kebajikan, bagi pihak yang ada kuasa pula jalankanlah kuasa itu untuk menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, supaya kita terhindar dari bala ALLAH, InsyaALLAH.

p/s: yang suke cuaca panas ni penjual ayor nyor mude dan mamak cendoi....masyukkkk sikitttt....hehe....

-mp-

| edit post

H1N1 Kembali....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 4 April 2010 0 ulasan


Akhbar KOSMO! Ahad 4 April 2010 melaporkan di muka depan H1N1 mengganas kembali meragut 2 nyawa ibu dan anak di Melaka. Minta warga Malaysia berwaspada dan bersama mencegah daripada merebak, had kan daripada mengunjungi kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Belum pun habis dengan isu demam denggi dan denggi berdarah ditambah satu lagi wabak merbahaya H1N1, sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya dihindari daripada wabak-wabak yang berbahaya di Malaysia ini......Amin......

p/s:- ini bala dari ALLAH supaya kita kembali ke pangkal jalan dan mengikut syariat Islam, tengoklah 1Malaysia berapa banyak maksiat disekeliling kita, sepatutnya 'kera-jaan' One Malaysia memainkan peranan untuk menghalang dan mencegah maksiat daripada berleluasa di 1Malaysia ni...... ni tidak menggalakan lagi maksiat ada le... tu le macam-macam bala yang ALLAH turunkan kepada 1Malaysia ni...... hukum ALLAH dihalang dari dilaksanakan..... mana nak dapat Rahmat dan Redho ALLAH...... fikir-fikirkan le dengan iman di dada....

-mp-

| edit post

Santai jab.....

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 28 Mac 2010 0 ulasan

Mari belajo bahasa orang putih.....

| edit post

Tanya Pada Orang Yang Sakit....

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 26 Mac 2010 0 ulasan


Bila kita bertanya pada orang yang sihat, apa yang mereka mahukan? Macam-macam mereka jawab, ada yang mahu kaya, ada yang mahu senang, ada yang mahu rumah, kereta,harta ada yang mahu tambah 'cawangan' satu lagi dan bermacam-macam jawapan yang kita dapat dengar dari mereka.

Tapi cuba kita tanya pada orang yang sakit, apa yang mereka mahukan?

Cuma satu sahaja jawapan iaitu mereka mahu SIHAT.

Itu sahaja jawapan yang keluar pada orang yang sedang sakit. Dari itu peliharalah kesihatan sebelum datangnya bermacam-macam penyakit, amalkan hidup sihat, banyak minum air kalau boleh minumlah air dari 'Nano Water Can' kerana dengan air ini ia telah mengecilkan serta mengaktifkan molekul-molekul air untuk memudahkan penyerapan air ke dalam tubuh kita. Ini cuma usaha dan akhtiar kita sahaja, yang menyihatkan kita hanya ALLAH S.W.T.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://bekasairajaib.com, jika berminat bolehlah membuat tempahan melalui email saya: perakmen@yahoo.com.my

-mp-

| edit post

Iklan jab......

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 25 Mac 2010 0 ulasan


NANO WATER CAN


Nano Water Can, ada yang memanggilnya bekas air 'ajaib', hendak cerita pun susah, saya telah membelinya dan mengamal meminum air dari bekas ini, saya telah lama mengidap sakit belakang, tetapi dengan Keizinan ALLAH S.W.T saya rasa saya sudah sembuh dan berasa lagi segar dan sihat dari dahulu, syukur kepada ALLAH. Ini cuma ikhtiar dan usaha kita sahaja yang menyembuh dan menyihatkan kita hanya ALLAH S.W.T.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman maya; http://bekasairajaib.com atau menghubungi saya di email: perakmen@yahoo.com.my untuk sebarang pertanya atau tempahan. Harga RM 360.00. Berbaloi-baloi.....

-mp-

| edit post


Orang sekarang, terutama genarasi muda remaja menjadikan artis sebagai contoh ikutan (role model) mereka. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini artislah yang banyak membawa kerosakan dan budaya negatif ke dalam masyarakat.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang dilakukan oleh artis 1Malaysia seperti kes tangkapan khalwat, dadah, pengedaran dadah, mulut celupar, gajala sosial negatif seperti kaki disco dan pap serta bermain-main dengan anjing (najis berat bagi Mazhab Syafie) yang semua ini jika kita biarkan akan menyebabkan keruntuhan akhlak terhadap golongan remaja, yang selama ini pun sudah parah akhlak remaja kita.

Bagi orang yang mengaku ISLAM sebenarnya ikutan yang terbaik (role model) hanyalah RASULULLAH s.a.w sahaja sebagai ikutan yang terbaik serta tempat dijadikan contoh untuk panduan hidup lebih-lebih lagi bagi golongan remaja Melayu ISLAM.

p/s: Ikutan yang terbaikku hanyalah Rasulullah s.a.w


-mp-

| edit post

Takut

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan


Pada malam Sabtu yang lepas saya menonton rancangan National Geographic di saluran 553 Astro mengesahkan pengalaman hidup tentera Amerika (US) dengan Pejuang Taliban. Apa yang menariknya mereka tentera US hampir semuanya berjambang dan berjanggut (mungkin untuk mengambil hati masyarakat setempat).

Tentera US ini menggunakan teknologi canggih sehinggakan dapat mengesan percakapan 'perisikan' Taliban, hebatnya teknologi mereka dan dibantu pula oleh seorang 'pembelot' (mengadaikan Islam untuk dunia) sebagai penterjemah bahasa. Di akhir kisah ini salah satu kenderaan konvoi tenteta US terkena bom yang dipasang oleh Pejuang Taliban dan mengorbankan seorang tentera US berserta dengan penterjemah bahasa tadi......(mati betul bukannya lakonan)

Tentera US di sana hidup dalam ketakutan dan tekanan yang dasyat (muka mereka tension) serta mereka betul-betul bergantung pada teknologi canggih yang dibekalkan kepada mereka oleh kerajaan Amerika. Jika tidak sudah lama mereka semua mati di bunuh oleh Pejuang Taliban. Tentera US ini lupa yang Pejuang Taliban ini 'bergantung terus kepada pencipta mereka' dan pencipta teknologi tentera US iaitu ALLAH S.W.T. Sehebat mana pun kecanggihan tenologi ketenteraan Amerika tidak dapat menandingi kehebatan MAHA Pencipta.

Pejuang Taliban berjuang kerana ALLAH S.W.T, tentera US dan sekutu mereka berjuang kerana apa?!........ fikir-fikirkan lah........

-mp-

| edit post

Sikap Pemandu

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 13 Mac 2010 0 ulasan


Memandu di bandar seperti di bandaraya Ipoh kadang-kala mencabar kesabaran kita. Sikap pemandu yang kurang ajar dan biadab (mejoritinya pemandu kereta) selalunya akan mendapat 'hadiah' maki hamun pemandu lain, yang pelik bin ajaibnya masa mengambil ujian lesen memandu tahu pula mengikut peraturan undang-undang jalan raya.

Jika pihak berkuasa membuat operasi jalan raya tahu pula mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dalam pengalaman dan 'kajian' berkenaan dengan bangsa pula, bangsa 'tutt' yang paling kurang ajar (tak boleh cakap kat sini nanti perkauman pulak...). Sikap kurang ajar ini tidak terlepas juga kepada pemandu kenderaan berat dan penunggang motosikal. Di sini pihak berkuasa yang berkenaan wajib memantau serta kerap mengadakan operasi sekatan jalan raya sekerap yang mungkin supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan.

Diantara sikap pemandu kurang ajar dan biadab ini adalah seperti berikut;

i.) Memandu perlahan di lorong paling kanan
ii.) Memandu sambil menggunakan telefon tangan
iii.) Memasuki lorong dengan cara bahaya
iv.) Memasuki simpang tanpa berhenti dahulu
v.) Melanggar lampu isyarat
vi.) Berlumba untuk menunjukkan ego masing-masing
vii.) Menunjuk isyarat lucah
viii.) Memandu dengan cara berbahaya dan melulu
ix.) Memandu laju
x) Samseng jalan raya
xi) Memandu terlalu perlahan di jalan raya
xii) .........banyak lagi.......tambah sendiri.....

Kepada pihak berkuasa yang berkenaan seperti JPJ, Polis, JKJR dan lain-lain agensi yang berkenaan kenalah selalu 'turun padang' lihat sendiri sikap pemandu kenderaan di jalan raya di 1Malaysia ini.

p/s:- saman je deme yang kurang ajor ni encik... dapat juga gomen duit, untung-untung hujung tahun ada bonus....hehe..


-mp-


| edit post

Broadband ke 'Beruk band'

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 7 Mac 2010 1 ulasan


Semenjak dua menjak ni broadband teman dah jadi 'beruk-band' punye le slow gila macam siput babi, tak tahu kenape, bil tak pernah mis bayo, bila kite telefon deme, deme kata line tak berapa nak elok musim panas ni kot? Tak pun pasai kes 'lewat' Anwar Ibrahim kot, tak tahu le teman yang mane satu betoi.... boring beb bile line takde dan slow kena pulak nak ber'blog' dan ber'muka buku' ape boleh buat sabo je le, deme kata 'Malaysia Boleh', boleh blah...

p/s:- Boleh le, boleh buat line slow macam siput ba alif ba ya...

-mp-

| edit post

Lompat Si Katak Lompat

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 5 Mac 2010 0 ulasan


Isu beberapa orang YB di dalam PR (PKR & DAP) yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas ataupun menyertai BN masih lagi berlaku dan ini menjadi 'modal' BN menghentam PR. Wakil Rakyat kena ingat mereka menang di dalam pilihanraya bukan kerana diri mereka semata-mata tetapi kerana parti yang meraka wakili, di samping mereka juga kena ingat selain sokongan rakyat amanah dan tanggungjawab juga berada di bahu mereka.

Pada saya mana-mana wakil rakyat yang keluar mana-mana parti dan menjadi wakil rakyat bebas WAJIB mengosongkan kerusi mereka dan diadakan pilihanraya kecil di kawasan mereka, biarlah rakyat menentukan siapa wakil mereka yang mereka mahu, barulah adil untuk rakyat.

p/s- nanti wujud pulak parti baru parti bebas atau parti 'katak' tak gitu YB-YB yang tak amanah dan mempunyai kepentingan duniawi semata-mata....kan ke nyusahkan rakyat je...
-mp-

| edit post

Kotak Ikan Berinsulasi

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 28 Februari 2010 0 ulasan


Penggunaan kotak ikan berinsulasi bermula 1 Mac ini, tetapi mengimport ikan hendak melancarkan mogok bagi membantah penggunaan kotak tersebut yang dikatakan jauh lebih mahal dari harga kotak ikan lama. Ada juga pengusaha ikan akan menaikkan harga ikan kerana kos bertambah kata mereka. Taniah kepada pengusaha ikan kerana berjaya menaikkan harga ikan yang sebelum inipun harga ikan sudah sememangnya tinggi, bayangkan harga sekilo ikan kembong RM 10.00 ke RM 12.00 di bandar Ipoh.

Taniah juga kepada pak-pak menteri dan penyokong tegar umno/BN kerana sejak BN memerintah banyak harga Barang Naik almaklumlah BN katakan, macam yang saya selalu katakan yang senang-lenang menteri, kroni dan pengampu yang sama waktu dengannya, yang susah rakyat bawahan, sudahlah kos kehidupan melambung tinggi, gaji dan pendapatan ditahap dahulu juga, orang atas ini tiada otak ke hendak berfikir. Patutlah kes jenayah di 1Malaysia ini makin menjadi-jadi rakyat hidup dalam tekanan serta tidak mendapat redho ALLAH sebab dapat 'KERA jaan' yang zalim serta membelakangkan hukum ALLAH.

Fikir-fikirkan lah......

-mp-

| edit post

PLUS

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 26 Februari 2010 0 ulasan


Dalam rancangan 999 (TV3) semalam ada memaparkan kisah PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) lambat menarik kereta yang rosak dilebuhraya sehingga ke rumah tol yang berhampiran dan diambil alih oleh kereta penunda persendirian. Ini secara langsung akan menyusahkan pengguna lebuhraya PLUS, sudahlah dibeban dengan kadar tol yang tinggi kena pula bayar perkhidmatan kereta penunda dan yang paling penting keselamatan pengguna lebuhraya tersebut. Dalam hal ini pihak PLUS kenalah bertimbang rasa, peka, cepat dan pantas dalam mengambil tindakan apa bila kenderaan pengguna rosak dilebuhraya mereka tetapi apa yang saya lihat sekarang ini cukup susah untuk kita jumpa PLUS Ronda sekarang ini.

Untung dah juta-juta, sepatutnya PLUS dah tambah PLUS Ronda serta pasang lampu jalan disepanjang lebuhraya mereka untuk keselamatan dan keselesaan pengguna berilah sedikit kebajikan kepada pengguna lebuhraya mereka, inilah gambaran sistem kapitalis tahu untung sahaja servis macam hampas.... apa komen JKJR Malaysia dalam hal ini....

-mp-

| edit post

Hari Pejuang Bahasa Melayu

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 17 Februari 2010 1 ulasan


Kosmo 16 Feb. 2010 didalam mukasurat 4, tajuk: 'Golongan anggap bahasa Melayu kolot dibidas'. Kritikan itu dilontarkan beberapa ahli panel yang membentangkan kertas kerja seperti Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"..... bahasa Melayu tidak seharusnya bergelut dalam usaha untuk dimertabatkan kerana ia sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968 Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pelajaran 1996"

Tetapi apa yang berlaku sekarang ini apabila orang Melayu itu sendiri segan dan malu untuk menggunakan bahasa ibundanya sendiri, terutama golongan terpelajar dan golongan pemimpin negara. Apabila orang Melayu pun tidak mahu bercakap menggunakan bahasa Melayu kaum-kaum lain seperti Cina dan India lagilah tidak mahu menggunakan bahasa Melayu.

Itulah sebabnya setelah 53 tahun merdeka kita masih lagi berjumpa dengan kaum Cina, India dan Melayu yang tidak tahu bercakap menggunakan bahasa Melayu dan loghatnya masih pekat kecinaan dan keindiannya. Mereka (Cina dan India) masih mengagungkan bahasa Inggeris dari bahasa Melayu itu sendiri, sedangkan darah mereka tumpah dibumi bertuah ini (Malaysia). Lain pula bangsa Negro (Afrika Amerika) mereka langsung tidak tahu berbahasa 'negro' sebaliknya mereka mendaulatkan bahasa Amerika, macam itulah kalau hendak jadi warganegara yang baik.

Kita tidak menafikan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa tetapi kita juga kena menDAULATkan bahasa Melayu sekiranya kita menghormati negara Malaysia ini yang pemimpin negaranya orang Melayu dan asalnyapun nama negara ini Tanah Melayu. Generasi muda sekarang ini kurang mencintai negara kelahirannya serta bahasa Melayu ialah kerana mereka kurang memahami sejarah Tanah Melayu itu sendiri.

Kalau bukan kita yang hendak menDAULATkan bahasa Melayu ini siapa lagi yang hendak menDAULATkannya adakah rakyat negara Peru, Cuba, Kenya, Samoa, Afrika Selatan atau yang sewaktu dengannya yang hendak menDAULATkan bahasa MELAYU ini, ataupun kita rakyat MALAYSIA..... fikir-fikirkan lah sendiri....

"BAHASA JIWA BANGSA"

-mp-

| edit post

Sketsa: Kapal Selam Tak Boleh Selam

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 14 Februari 2010 0 ulasan

Kapal selam pertama Malaysia, KD Tengku Abdul Rahman (KD TAR) baru tiga bulan berada di perairan kita tetapi sudah tidak boleh menyelam ada masalah tenikal kata 'deme'. Apa celita?!. Apa bila kita rajin membaca samaada melalui buku atau 'muka buku' kita akan mendapat banyak ilmu pegetahuan. Dalam banyak-banyak ilmu pengetahuan berkenaan dengan kapal selam ini, ada tiga jenis kapal selam yang belum pernah orang cerdik pandai menciptanya.

Tiga jenis kapal selam yang belum dicipta ialah, satu kapal selam yang boleh terbang diudara keduanya kapal selam yang boleh berjalan di daratan dan yang ketiganya kapal selam yang tidak boleh menyelam di dalam laut, eloklah 'KERA jaan' Malaysia menciptanya supaya boleh tepahat dalam sejarah dunia.

Sebelum ini pun kita hampir-hampir mencipta sejarah apabila kita mempunyai dua jet perjuang (F-5E) tanpa enjin untuk kita terbangkan mengawal ruang udara kita. Lagi satu kalau boleh kita cipta pula kereta kebal yang tidak kebal boleh kan, kan, kan, kenapa jadi macam ini..... pikioq le sendiri.....

-mp-


| edit post

Sketsa: Main Bola

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 10 Februari 2010 0 ulasan


Ada member tu anak orang berada lagi berkuasa ajak main bola sepak siap bagi baju lagi tapi ada beberapa syarat yang perlu diikuti kalau nak main bola dengan dia; antara syarat-syaratnya:
i. Padang mesti padang dia
ii. Pengadil bapa saudara dia
iii. Penjaga garisan sepupu dia
iv. Tiang gol dia 2 kaki, tiang gol kita 20 kaki
v. Masa pelawanan mata kita ditutup, tangan kita diikat.
Akhir sekali dia kata kalau kamu menang dia bagi dua hinggit aje.... abih cham no...

-mp-

| edit post

Lima Kosong

Dicatat oleh -matparit- 0 ulasan


Keputusan telahpun keluar, Mahkamah Persekutuan memihak kepada Zamri Abdul Kadir, apa boleh buat takdir menentu segalanya. Sabar menunggu PRU-13, untuk tumbangkan BN. Mereka merancang tapi mereka lupa bahawa ALLAH S.W.T Maha Merancang.

Tolak BN, tegakkan Daulah Islamiah. PAS untuk semua. Dari sekarang kita kena menyusun gerakan parti untuk berhadapan dengan pilihanraya yang ke 13.

"TOLAK BN UNDI PR"
"PAS
UNTUK SEMUA"

-mp-

| edit post

Harga Beberapa Barang Keperluan Naik Sehingga 140%

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 7 Februari 2010 1 ulasan

Dalam Kosmo Ahad muka surat 3 melaporkan; "Pulau Pinang - Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.......
....... beberapa barangan lain seperti milo, susu pekat manis dan rempah ratus mungkin naik antara 5 hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang." - Tahniah BN= Barang Naik.

Yang mengadu susah ialah orang kampung dan rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan tidak pandai nak makan rasuah juta-juta, yang senang-lenang ialah menteri-menteri dan pecacai UMNO/BN, meraka ni makan makanan berzat lagi berkhasiat, rakyat makan 'hampas' mereka.

Kalau dah macam ni sepatutnya 'KERA jaan BN' kena wujudkan kementerian baru yang di beri nama Kementerian Harga Barang Malaysia (KHBM) kawal semua harga barang di dalam Malaysia ni hapuskan sistem kapitalis yang menghisap darah rakyat dan hapuskan juga 'taukeh-taukeh' dan 'orang tengah' yang sentiasa mengambil kesempatan dan meneguk di air yang keruh.

-mp-

| edit post

Gaji Polis Naik

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 3 Februari 2010 0 ulasan


Berita TV3 jam 8:00 malam tadi memaklumkan bahawa kerajaan akan menaikan gaji anggota Polis Di Raja Malaysia mengikut pangkat dan gaji metrik diantara RM 1500 ke RM 6000. Itu sudah bagus, taniah Polis.

Gaji kakitangan kerajaan yang lain bila nak naik pulak? Barang keperluan aje yang selalu naik... naik le gaji kakitangan gomen yang lain pulak.... baru adil....

-mp-

| edit post



Hebat PAS Perak.

-mp-

| edit post

Blogger/Blog Akan Di Pantau Oleh KDN

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 31 Januari 2010 0 ulasan



Berita di TV3 jam 8:00 malam tadi, menteri di KDN memberitahu kepada pemberita bahawa KDN akan memantau para blogger di Malaysia ini. Beliau berkata ini adalah untuk menjaga keharmonian kaum dan juga keselamatan negara.

Pantau le jangan tak pantau, semua gomen nak pantau tapi barang keperluan susah la pulak nak pantau, petang tadi susah nak dapat gula, ngape tak pantau?! sedangkan harga gula dah naik, kan nak naik lagi kot! Kepala bana ape semua nak di pantau, rakyat hidup susah tak pulak nak dipantau, menteri hidup senang lenang... ini le Malaysia oh tanah air ku....

-mp-

| edit post

Mencari Ketenangan Di CH

Dicatat oleh -matparit- Sabtu, 30 Januari 2010 1 ulasan


Pada 29.01.2010 (Khamis) saya telah ber'konvoi' kapcai dengan sifu syawal ke Cameron Highland untuk bersantai menenangkan jiwa kacau kami. Perjalanan sungguh menarik dan kedinginan menyusuk kekalbu. Suasana tenang dan damai sebab waktu bukan cuti sekolah atau cuti mingguan.

Cuma sikap pemandu kenderaan bertayar empat kurang memberi perhatian kepada penunggang motor kapcai seperti kami, jadi kami perlu lebih berhati-hati, mungkin mereka ingat kami ini sama macam 'mat rempit' kot... Perlu diingati bukan semua penunggang motorsikal adalah 'mat rempit' kebanyakannya adalah penunggang yang berhemah.

Nota: Saya bukan 'mat rempit' saya 'mat parit'

-mp-

| edit post

Rasuah Pasir

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 21 Januari 2010 0 ulasan

Semalam heboh cerita ada kakitangan kerajaan di beberapa buah negeri termasuklah di Perak ditangkap oleh SPRM sebab menerima rasuah berkenaan dengan pasir. Pasir ini ibarat emas sebab permintaannya tinggi terutama dari negara Singapura. Kerajaan Malaysia melarang menjual pasir ke Singapura kecuali pasir silika itupun dengan kawalan yang ketat.

Apa yang hendak diceritakan disini ialah; kakitangan yang terbabit mungkin menerima rasuah adalah disebabkan oleh beberapa faktor salah satunya ialah disebabkan faktor semasa dengan kadar kos sara hidup yang tinggi dan gaji kakitangan kerajaan yang kecil ditambah dengan bebanan hutang jadi resiko untuk menerima rasuah semasa menjalankan tugas adalah tinggi. Jadi jalan penyelesaiannya ialah dengan menaikkan gaji kakitangan serta menjaga kebajikan kakitangan adalah penting.

Penutupnya; apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini ialah penerima rasuah ditangkap dan didakwa TETAPI pemberi rasuah tidak ditangkap dan dilepaskan, jika tiada peminta, pemberi dan penerima sudah tentulah tiada RASUAH di Negara kita ini.

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA"

-mp-

| edit post

Jom Tengok Sarkis....

Dicatat oleh -matparit- Khamis, 14 Januari 2010 0 ulasan



Otak P.Ramli berpandangan jauh, bergeliga, boleh bikin batu cincin daa...

-mp-

| edit post

Gaji Kakitangan Awam Tidak Dinaikkan...Satu Analisa Oleh KGN

Dicatat oleh -matparit- Rabu, 13 Januari 2010 0 ulasan

Satu kajian telah dibuat oleh 'infomer' dari Kementerian Gaji Negara (KGN) berkenaan dengan gaji kakitangan kerajaan, adalah dimaklumkan di dalam kajian 'ujikaji' tersebut pihak kerajaan tidak dapat menaikkan gaji kakitangan awam adalah disebabkan faktor kesihatan.

Kementerian Gaji Negara telah dihubungi oleh Kementerian Kesihatan Negara bahawa jika gaji kakitangan awam dinaikkan sekarang ini besar kemungkinan banyak kakitangan awam yang akan terkena penyakit strok dan sawan kinzir, ini kerana mengikut kajian kesihatan kakitangan kerajaan besar kemungkinan akan terganggu kerana banyak masa diperlukan oleh kakitangan kerajaan untuk mengira wang gaji mereka.

Ini adalah berpandukan hasil kajian kenaikan harga gula baru-baru ini, kerajaan terpaksa menaikkan harga gula ialah untuk mengelak rakyat 1Malaysia mengidap kencing manis atau dalam bahasa Inggeris nya 'sweet pissing'. Kepala bana amende punya alasan ngok ni......

Nota: Catatan diatas adalah satu hayalan melampau penulis sahaja, tiada kena mengena pada yang masih hidup ataupun yang sudah pergi tapi kembali....hehehe

-mp-

| edit post

Penjelesan Isu ALLAH Oleh Harun Din

Dicatat oleh -matparit- Isnin, 11 Januari 2010 0 ulasan



Nota: Pendirian Dato'Harun Din adalah sama dengan pendirian saya.

-mp-

| edit post

Banyaknye Jenayah Sekarang Ni...

Dicatat oleh -matparit- Ahad, 10 Januari 2010 0 ulasan

Selepas serapan saya membaca akbar harian dan banyak berita mengenai jenayah di Malaysia. Kes-kes jenayah pula adalah yang berat seperti kes bunuh, rompakan bersenjata api, memiliki senjata api dan di dalam akhbar tadi, polis menembak mati dua penjenayah, bukan sahaja dijumpai pistol malah beberapa butir bom tangan, ini terlalu bahaya (terima kasih kepada pihak polis sebab berjaya menembak mati penjenayah tersebut), dari mana penjenayah memperolehinya? Ini satu persoalan yang wajib difikirkan dengan serius oleh pihak berkuasa terutamanya pihak polis.

Banyak kes yang saya baca di akhbar penjenayah memiliki senjata api berat seperti M16, steyer, bom tangan, pump gun dan pistol yang 'berkuasa' tinggi, ini amat membimbangkan dan mengancam keselamatan orang awam malah negara kita. Daripada mana mereka memperolehinya? Adakah kawalan pintu masuk negara kita terlalu longgar ataupun sistem keselamatan negara kita longgar? Kerajaan kena menggambil tindakan yang segera dan memikirkan langkah-langkah keselamatan yang wajib diambil dalam membendung kes jenayah 'berat' ini.

Orang awam juga perlu menjadi mata dan telinga serta peka di dalam hal ini, kemudian menyalurkan maklumat kepada pihak yang berkuasa supaya kita dapat mengurangkan kadar jenayah di negara kita ini.

-mp-

| edit post

Amoi Rambut Perang

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 8 Januari 2010 1 ulasan

Pagi Jumaat yang indah saya gi jalan-jalan disebuah pasaraya, mengintai-ngintai handphone (HP) baru sebab HP lama saya dah 'meragam'. Tapi penjaga gerai HP tu tiada mungkin ke tandas kot, jadi saya tanya le kat amoi sebelah tu seksi la jugak sampaikan nampak alur #%$*@ #*@^ dia; "alo amoi ini taukeh HP mana dia pegi?", amoi tu jawab; "saya melayu abang", terkezut saya padan muka saya sapa suruh warnakan rambut macam 'minah salih', kesian saya.

Moral dari cerita ni, sikalang susah woo mau kenal itu awek ka amoi ka pasat ini melayu pompuan sikalang suka 'keler' dia punya rambut maa and pakai seksi maa seksa wooo.... Apa boleh buat dah terlebih kebaratan dari keISLAMan.

-mp-

| edit post

ALLAH Tuhanku Muhammad Rasulku

Dicatat oleh -matparit- Selasa, 5 Januari 2010 0 ulasan

Isu penggunaan nama ALLAH Yang Maha Suci sekali lagi ditimbulkan oleh puak kristian yang pada hemat saya iri hati pada Umat Islam di Malaysia, sebabnya mereka gagal untuk memurtadkan Umat Islam Malaysia seperti yang berlaku di Indonesia.

Pada saya sekiranya pihak kristian ini jujur mereka hendaklah mengenal ALLAH S.W.T tentang ZAT Nya, mengenal sifat wajib, mustahil dan harus bagi ALLAH S.W.T dan membesarkan ALLAH, tidak menyamakan dengan tuhan mereka yang banyak itu. God, Lord, Jesus, Son Of Living bagi mereka adalah tuhan mereka, bukannya ALLAH Yang Maha Suci. Itulah sebabnya di dalam Al-Quran turun surah Al Kafirun ayat; "bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku" ayat 6 surah ke 109.

Ini isu besar, isu Akidah dan tidak boleh dipermainkan. Agenda utama puak kristian ini adalah untuk memesongkan akidah Umat Islam di Malaysia ini. Jika pihak gereja/puak kristian ini jujur hendak menggunakan nama ALLAH S.W.T, masuklah Islam dan gunalah nama ALLAH itu untuk tujuan berdakwah kepada puak kristian yang lain.

Isu ini isu besar jangan pihak gereja kristian hendak bermain dengan isu agama pula. Kita boleh lihat muka-muka puak kristian ini di tv, tidak ada kejujuran pada muka mereka, yang ada pada mereka adalah untuk memesongkan akidah Umat Islam terutama bangsa Melayu di Malaysia, itulah agenda utama mereka.

Umat Islam di Malaysia kena bersatu di dalam isu ini tanpa mengira fahaman politik dan kaum, sebabnya Agama Islam dan kesucian Islam tidak boleh dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak sekalipun. Agama rasmi bagi negara Malaysia adalah Agama Islam ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagi rakyat Malaysia yang lahir di negara yang tercinta ini dimana darah mereka tumpah di sini kenalah taat dan patuh pada pelambagaan negara. Kalau ada rasa 'kekurangan' di negara ini eloklah mohon jadi warganegara negara lain, contohnya Amerika ke, India ke, China ke tak pun Kenya ke ataupun negara yang sewaktu dengannya.

-mp-

| edit post

BN = Barang Naik

Dicatat oleh -matparit- Jumaat, 1 Januari 2010 0 ulasan

Hadiah tahun baru masihi 2010 ialah gula naik 20 sen. Terima kasih 'KERA jaan BN'. Gula yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan boleh kena sweet pissing. Kenaikan harga gula ini tidak terlibat pada penyokong 'KERA jaan BN' hanya pada penyokong PR sahaja.

Adalah dijangka harga barang yang berasaskan gula turun tahap melampau ini sudah terbukti apabila pihak bbSB membuat siasatan harga segelas besar teh tarik adalah cuma 10 sen, WOW. Peniaga (mamak eeee) berkata sebab teh tarik beliau murah adalah kerana gula naik 20 sen, sumber berita dari Bertiadanama.

'KERA jaan BN' memberi jaminan lagi selepas ini tiada kenaikan harga atau kos pada minyak masak, tepung, petrol, ayam, tol dan bil elektrik. Lagi satu harga insuran kereta yang melebih sepuluh tahun adalah murah jika dibandingkan dengan negara Kenya dan Samoa, sumber berita dari Bertiadanama.

MELAYU ni kena tipu oleh 'KERA jaan BN' ni dari dulu kini dan selamanya..... berubahle kita sokong PR pulak.....

-mp-

| edit post