'Kerajaan' yang ada ini (BN) dinasihatkan sudah-sudah le JANGAN menyusahkan rakyat lagi dengan bermacam-macam masalah yang diberi kepada rakyat. Bermula dengan pemakaian tali pinggang belakang, menyuruh menggunakan topi keledar yang ada tanda Sirim dan menghadkan tempoh usia topi keledar, menyusahkan pemilik kenderaan berkenaan urusan insuran pihak ketiga bagi kenderaan berusia lebih 10 tahun untuk mengambil cukai jalan, harga barang dipasaran naik, harga ikan dan ayam yang mahal tidak dikawal, gula tiada dipasaran (lepas ini tepung, minyak masak, telur, beras, ayam, daging dan macam-macam lagi akan tiada dipasaran ataupun harga naik melambung gila babi), minyak petrol Ron98 naik 20 sen, kaji semula tarif elektrik (untuk dinaikkan) walaupun TNB untung berbilion ringgit, lembab dan lambat (macam siput babi) bertindak menangani wabak selsema babi dan bermacam masalah yang akan di timbulkan lagi selepas ini oleh 'kerajaan' contoh pemasangan kemera perangkap had laju berfungsi 24 jam yang akan berkuatkuasa dalam bulan September ini, ops tarfik menjelang hari raya dan hari kebesaran lain. Cuba kita fikirkan dengan iman dan hati yang terbuka ini semua menyusahkan rakyat bawahan yang miskin dan memberi tekanan kepada rakyat (tak hairanlah dengan peningkatan kadar jenayah dan pesakit jiwa).
Sepatutnya 'kerajaan' yang ada ini meringankan beban rakyat dengan menaikan taraf hidup meraka dan menyediakan bantuan berupa kewangan atau barang keperluan kepada rakyat dengan wang yang rakyat berikan kepada 'kerajaan' dengan cukai kepada 'kerajaan'. Paling tidak pun kawal dan turunkan harga barang keperluan sebagai contoh harga beras yang naik melambung.
PM, menteri, pegawai polis, pegawai tentera dan pegawai 'kerajaan' tidak pernah merasa susah macam mana rakyat biasa susah untuk meneruskan kelansungan hidup seharian. Di sini saya lontarkan beberapa soalan untuk kita fikirkan jawapanya;
1. Pernahkah pak menteri pergi ke market membeli ikan kembong yang sudah pecah perut atau ayam sudah naik biru dan menanyakan berapa harga sekilo?
2. Pernahkah pak menteri memandu kereta sendiri ke stesyen minyak dan mengisi minyak petrol RM 20.00 dan berapa lama tahan dengan isian RM 20.00 tadi?
3. Pernahkah pak menteri singgah di kedai mamak 786 dan minum teh tarik satu, roti canai satu dan berapakah harganya?
4. Pernahkah pak menteri naik motosikal EX5 pakai topi keledar buruk dan singgah dikedai motor menanyakan berapakah harga satu topi keledar?
5. Pernahkah pak menteri merasa duit cuma tinggal RM100 sedangkan baru awal bulan?
6. Pernahkah pak menteri beratur panjang di pejabat Pos untuk membayar bil elektrik, bil air, bil telefon, bil handfon, bil astro, bil internet, cukai jalan, lesen memandu, cukai tanah dan entah amende lagi yang nilainya semakin lama semakin mahal?
7. Pernahkah pak menteri terfikir memikirkan masalah rakyat bukannya memikir masalah kroninya dan macam mana nak mengayakan anak bini pak menteri?
dan yang terakhir ini, soalan cepumas, PERNAHKAH PAK MENTERI TERFIKIR KALAH DALAM PILIHAN RAYA YANG KE-13?
-mp-